Saya gembira, saya bersyukur atas nikmat yang dikurniakan kepada saya. Saya juga sentiasa menunaikan perintah Allah dan insyaallah, kalau ada masa, saya ingin menunaikan haji. Ini semua saya lakukan semata-mata ingin menunjukkan rasa syukur saya kepada Allah atas semua nikmat yang telah diberikan. Saya telah menjalani kehidupan sebegini semenjak tamat ijazah sarjana muda di sebuah universiti terkemuka tempatan dengan kepujian. Saya gembira selama ini.
Tetapi sejak akhir-akhir ini, diri saya ini seperti kosong. seperti tidak mempunyai apa-apa. Saya rasa seperti kehilangan sesuatu ibarat kepingan ‘jigsaw’ yang hilang. Perasaan ini datang secara tiba-tiba. Saya berani bersumpah, bahawa inilah kali pertama terjadi perkara sebegini terjadi terhadap diri saya. Sepanjang masa saya resah, gelisah yang sememang nya tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Kehidupan saya semakin hari, semakin murung. Prestasi kerja saya juga semakin merosot kerana terlalu asyik berfikir, apakah sebenarnya yang terjadi kepada diri saya. Saya juga banyak menghabiskan masa dirumah dan sentiasa termenung. Saya hidup didalam kesunyian walau pun dilimpahi dengan kekayaan dan kesenangan.
Sudah berbagai-bagai cara telah saya lakukan bagi menghilangkan perasaan sebegini. Sudah bermacam-macam orang telah saya temui bagi menyelesaikan masalah saya, tetapi ia tetap mengecewakan. Saya juga telah mengambil cuti beberapa minggu untuk melancong bagi menghilangkan perasaan ini tetapi perasaan ini terus memburuku. Dan ia berlarutan berbulan-bulan lamanya.
Suatu hari, ketika saya sedang memikirkan nasib saya diatas sofa mewah di ruang tamu rumah saya, saya ternampak sekeping dvd terselit dibawah karpet. Saya curiga, sebelum ini ia tiada. Maka saya pun mengambil dan membelek dvd tersebut. Setelah meramati beberapa lama, kemudian baru saya tersedar bahawa dvd itu sebenarnya sebahagian daripada dvd filem koleksi simpanan saya. Saya temenung, bagaimanakah ia boleh berada disitu sedangkan saya tidak pernah mengalihkannya daripada rak simpanan. Setelah lama merenung cover dvd tersebut. Saya rasa teruja untuk menontonnya kembali. Saya rasa mungkin dengan cara ini saya akan dapat melupakan seketika masalah yang menyelubungi hidup saya.
Setelah memasukkan dvd tersebut didalam dvd player, saya bersandar diatas sofa dan bersedia untuk menontonnya tanpa menyedari 2 jam berikutnya bakal merubah hidup saya.
Setelah tamat filem tersebut. Saya termenung. Saya temenung panjang, seketika kemudian saya menangis, saya menangis sepuas-puasnya. Saya bersyukur kepada Allah, kerana telah memberi petunjuk kepada saya akan penyelesaian segala masalah yang telah saya alami. Dengan linangan air mata, saya menyedari akan apa yang telah menyebabkan diri saya ini kosong, resah, gelisah dan segala kesukaran yang menyeliputi hidup saya selama ini. Melalui filem tersebut, saya telah menyedari bahawa dengan segala kekayaan dan keseronokan yang saya miliki selama ini tidak seiring dengan tuntutan jiwa saya. Tuntutan nafsu saya. Ianya satu perasaan yang telah dikurniakan oleh Allah sebagai nikmat kepada seluruh manusia sejak sekian lama, dan saya tidak memilikinya. Dan perasaan cinta itu ialah perasaan CINTA!
Selama ini saya terlalu sibuk dengan kerja dan kehidupan saya sehinga telah melupakan perasaan tersebut. Saya seringkali menolak perasaan tersebut daripada memiliki hati saya. Sepertimana saya menolak dan menghancurkan perasan beberapa orang wanita yang ingin memiliki hati saya atas alasan sibuk bekerja. Walaupun saya tahu mereka benar-benar cintakan kan saya, inginkan jiwa saya untuk dikasihi dan bukan kerana harta yang saya miliki. Saya telah sakiti mereka, menghancurkan perasaan mereka. Ya Allah, mungkinkah ini balasan Mu terhadap ku yang telah berlaku kejam tehadap hamba mu yang ikhlas? Sesungguhnya aku telah menolak fitrah yang dikurnia kan oleh Mu terhadap semua makhluk yang bergelar manusia. Pada malam itu saya menangis sepuas-puasnya atas kebodohan ku yang hanya mengejar kekayaan dan kejayaan tanpa menyedari bahawa semua itu tidak akan bererti jika tidak diiringi dengan cinta yang sejati.
3 tahun berlalu….
Sekarang kehidupan saya semakin baik. Saya juga telah membuka sebuah restoran di KLCC dan mempunyai beberapa cawangan diseluruh Negara. Alhamdulillah, ini semua atas berkat usaha saya dan isteri saya. Ya, sekarang saya telah berkahwin dengan seorang insan yang sangat saya cintai, dan pernah saya hancurkan hatinya suatu ketika dahulu. Saya begitu bahagia hidup dengannya. Segala kekayaan yang saya miliki menjadi semakin bermakna apabila bersamanya. Saya juga telah mempunyai seorang anak perempuan yang sangat comel dan sedang menunggu kehadiran seorang lagi cahaya mata yang sedang dikandung oleh isteri saya. Dan saya tidak akan sekali-kali menyakiti perasaan nya.
Sekarang baru saya sedar, bahawa harta semata-mata tidak dapat menjamin kebahagiaan dalam hidup tanpa kehadiran cinta sejati. Lebih tepat lagi cinta yang diredhai oleh Allah. Cinta yang terlarang akan membuatkan kita semua semakin merana. Cinta juga tidak akan dapat dinikmati jika hanya kerana nafsu semata. Allah telah menjadikan kita berpasang–pasangan dan dia tidak menjadikan sesuatu dengan sia-sia. Dia telah menjadikan cinta sebagai satu nikmat kepada manusia untuk berkasih sayang dan bersyukur kepadaNya dengan syarat kita berada di landasan yang telah ditetapkannya. Ingat, jangan sesekali anda menolak cinta kerana ingin mengejar kekayaan dan membina nama semata kerana kelak anda pasti akan merana. Sekian.
p.s: Dapat ilham lepas tengok cerita ‘Eat Pray Love’
9 comments:
bestnya penangan citer eat pray love .. hermm =='
wah....
bagus2..
:D thanks...
tak sempat lagi nak nonton dan membaca eat pray love, org cakap novelnya bagus tapi filemnya kurang. betul ke?
saya xbc novel die...tp kalau tgk movie die syok jgak la... :D
oh, kena tengok filem dulu baru boleh baca kan. :)
best kn citer eat pray love...tgk kt cinema..layan giler..lawak pon ader..sedey pon ader...hihi.....
anak isteri harta benda ialah fitnah: yang akan ditanya tentang apa yang telah kita lakukan terhadapnya
i like what cemomoi said :D
Post a Comment