nuffnang ads

Friday, April 19, 2013

Cara-Cara Minum Air

Kita Minum Dulu....!!! - Iklan Susu Everyday

Kenapa Perlu Minum Air?

Air adalah bahan yang penting didalam badan dan sangat diperlukan untuk enzim penghadaman makanan, pengaliran darah dan peluh atau keringat yang sempurna...

Air akan menyeragamkan suhu badan anda dan membawa segala zat pemakanan yang diperlukan keseluruh badan..

Air adalah penting untuk semua organ badan berfungsi dan juga untuk proses didalam se-sel badan...

Air adalah penting untuk fungsi penghadaman makanan dan pembuangan air serta kumuhan pembakaran lemak (ketone). Minum air yang banyak juga akan membantu masalah sembelit....

Ia juga membantu mengekalkan PH yang seimbang didalam badan anda. PH badan yang asidik akan melambatkan pembakaran lemak...




Ramai yang beranggapan kita kena minum air banyak-banyak. Kononnya baik untuk kesihatan dan tubuh badan kita. Namun ramai yang tidak tahu kesan bahaya sekiranya kita minum air secara berlebihan dari keperluan badan kita.

Kebanyakan fakta mengatakan kita seharusnya minum 8 gelas sehari (lebih kurang 3-4 liter). Tapi adakah itu benar dan tepat? Setiap manusia ini berbeza-beza dari segi umur dan saiz. Ada yang kecil, ada yang besar, ada yang panjang, ada yang pendak dan bermacam-macam bentuk ada. Jadi adakah semua tahap keperluan air setiap manusia itu adalah sama? I dont think so...


Persoalannya, berapa banyak air yang perlu diminum dalam sehari?

Ada beberapa formula untuk menentukan berapa banyak air yg perlu kita ambil dalam sehari:


1. Berat badan (dalam kg) dibahagikan dengan 30

(Contohnya, jika berat 60kg (60/30 = 2).
Bermakna, tubuh badan anda memerlukan sebanyak 2 liter air sehari)

2. Mengikut berat dan ketinggian seseorang

Berat badan normal – 3 liter sehari (8 gelas)
Lebihan berat badan – Setiap penambahan berat 10 kg, perlu minum 1.5 liter lebih air
Kurang berat badan – 3-4 liter sehari (8-11 gelas sehari)


Tak tahu anda dalam kategori mana? Kurang berat badan? Normal? Lebih berat badan? Obes? Sila rujuk graf di bawah sebagai rujukan.

Contoh:
Dengan ketinggian 160 cm, jadi berat ideal adalah antara 50kg - 63kg. (Kita ambil purata dalam 56.5 kg). Tetapi berat sekiranya berat adalah 78 kg. Bermakna terlebih 20kg. Mengikut note di atas, setiap pertambahan 10 kg kena tambah 1.5 liter. Ini bermakna:
3 liter + (1.5*2) = 6 liter!!


3. Bergantung kepada diet harian, amalan senaman dan persekitaran

Apa yang anda benar-benar perlukan adalah cecair yang cukup untuk menggantikan apa yang anda hilang setiap hari samada dalam bentuk peluh, urine, pernafasan, dan proses tubuh yang lain. Itu semua memerlukan 8 – 10 gelas setiap hari.

Jika anda banyak memakan makanan yang mengandungi jumlah air yang banyak seperti sayur-sayuran dan buah-buahan serta serat penuh yang padanya terdapat lebih kurang 4 cawan cecair, anda peprlu menambah sekurang-kurangnya 4 – 6 gelas lagi air

Jika anda tidak banyak menggunakan garam atau rempah ratus di dalam masakan anda, keperluan untuk minum air adalah lebih rendah. Sebaliknya, jika menambah pengambilan garam dan rempah ratus dalam makanan, anda perlu minum beberapa gelas air dalam sehari.

Tidak kira bagaimana diet harian anda, jika anda seorang yang selalu berpeluh disebabkan bersenam atau selalu terdedah kepada cuaca yang panas, anda perlulah minum air secukupnya untuk badan anda atau makan makanan yang mengandungi air berbanding mereka yang kurang berpeluh. Jika dalam situasi ini selepas anda minum 8 – 10 gelas sehari dan anda masih berasa dahaga juga, anda perlu minum dengan lebih banyak




Apa akan jadi kalau terlebih minum pula?

Minum air melebihi jumlah yang diperlukan akan meningkatkan jumlah isipadu darah anda. Darah di dalam badan adalah terdiri daripada sistem peredaran darah yang tertutup. Sekiranya isipadu darah meningkat di dalam badan, ia akan membebankan jantung dan salur darah anda.

Buah pinggang anda pula perlu bekerja lebih masa untuk menapis air yang berlebihan keluar dari sistem peredaran darah dalam badan anda. Buah pinggang anda tidak boleh disamakan dengan paip di rumah anda yang mana semakin banyak air melaluinya, semakin bersih keadaan paip tersebut; tetapi sistem penapisan dalam badan pada buah pinggang anda adalah terdiri daripada beberapa siri kapilari khas yang dikenali sebagai glomeruli yang akan menukar darah kepada bentuk urine. Glomeruli anda boleh rosak disebabkan kesan haus dan geseran, dan jumlah air yang banyak di dalam badan juga merupakan salah satu sebab kerosakan buah pinggang.

Regangan fizikal seperti bersenam mengurangkan kebolehan buah pinggang untuk menghantar urine ke pundi kencing untuk dicernakan. Minum terlalu banyak sebelum atau semasa bersenam akan meningkatkan kandungan cecair di dalam badan dan otak, seterusnya menyebabkan sel otak mengembang dan menyebabkan sakit kepala, muntah-muntah, mual, dan boleh mengakibatkan kematian.

Meminum terlalu banyak air boleh menyebabkan keracunan air (sekiranya menahan membuang air kecil) ataupun situasi elektrolit tak seimbang.

Peringatan:
Untuk mengelakkan ini berlaku, minum air secukupnya untuk menghilangkan dahaga. Jika anda perlu minum dengan sangat banyak, minum air isotonic seperti Gatorade, 100 Plus atau air isotonic yang lain yang mengandungi vitamin dan elektrolit, bukan semata-mata air. Lebih banyak anda meminum air, lebih banyak anda perlu menggantikan elektrolit anda. Di mana anda boleh memperolehi bekalan elektrolit? Dari air minuman sukan seperti 100 Plus, Excel dan lain-lain ataupun cara mudah masukkan secubit garam ke dalam setiap gelen air minuman anda. Nah! Anda sudah mendapat bekalan elektrolit yang cukup.



Elakkan Minum Air Pada 7 Waktu Ini

Anda tidak digalakkan untuk minum pada waktu-waktu ini untuk memelihara tubuh badan anda agar sentiasa berada pada tahap terbaik. 7 waktu tersebut adalah:


1. Sebaik saja bangun tidur.
Tapi anda memang digalakkan minum dulu air kosong sebelum bersarapan.

2. Selepas keluar dari bilik mandi atau tandas.

3. Selepas memakan buah-buahan.

4. Selepas bersenam, beriadah ataupun melakukan kerja-kerja berat.
Kalau nak minum gak, tunggulah selepas beberapa ketika. Ataupun rehat sekejap, lepas tu barulah minum (saya paham sangat keadaan anda masa nie).

5. Sewaktu tengah makan.
Senang kata, cuba elakkan makan berulam air. Mengikut kata orang, tabiat inilah yang mengakibatkan perut buncit.

6. Sebelum atau sesudah makan.
 Tapi anda boleh minum baik dalam jangka waktu 30 minit sebelum makan ataupun 30 minit selepas makan.

7. Selepas melakukan persetubuhan dengan pasangan.
Mudah-mudahan anda boleh mengikuti petua di atas. Mula-mula mungkin susah sikit kot. Tapi, lama-kelamaan ia pasti akan sebati dengan diri anda.

Sebagai permulaan, cuba anda amalkan selama 21 hari berturut-turut dulu. Lepas 21 hari, saya yakin anda pasti rasa lebih mudah untuk mengikutinya.






p/s: Tahukah anda, air putih sebenarnya membantu kita mengawal berat badan? Pendek kata untuk tujuan     
      diet..kuruskan badan =)






Sumber:abc







5 comments:

ummu said...

Wah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. Minum air yang cukup jika ambil vitamin

Anonymous said...

admin kata 7 waktu elak minum air... selepas bangun tidur tapi bile kat gambar org botak tu , suruh minum air selepas bangun tidur plak. which one bro?

Arsyad Rahman said...

Lepas tido bkn elok minum air..? Mna satu ok ni

Arsyad Rahman said...

Lepas tido bkn elok minum air..? Mna satu ok ni

Anonymous said...

Maksudnya jangan la sedar je dari tido terus minum air..pergi la kencing dulu gosok gigi dulu...barulah minum air...iaitu sebelum mula sarapan lebih kurang 10 min ke setgh jam selepas sedar dari tido tadi.