nuffnang ads

Tuesday, March 26, 2013

Sains dan Sunnah: Lalat


Sedang kita melepak minum petang di kedai mamak, tiba-tiba seekor lalat terbang lalu jatuh masuk ke dalam minuman kita. Apakah yang harus kita lakukan?




Abu Hurairah r.a. berkata: Nabi s.a.w. bersabda:

“Sekiranya seekor lalat jatuh ke dalam minuman salah seorang dari kamu, maka celuplah ia. Kemudian buanglah ia kerana salah satu sayapnya mempunyai racun, dan disebelah yang lain mempunyai penawar.”

[Hadis Sahih Riwayat Bukhari (3320), Abu Daud (3844), Ibnu Majah (3505)]



Huraian Hadith:

Islam menghendaki kita supaya menjaga kebersihan bukan sahaja pada pakaian dan tempat tinggal malah pada makanan dan juga minuman. Rasulullah SAW amat menitikberatkan hal ini sehinggakan apabila seekor lalat pun yang memasuki makanan atau minuman, baginda menyuruh kita berwaspada terhadap penyakit yang bakal menimpa seperti keracunan makanan dan sebagainya.