nuffnang ads

Sunday, February 20, 2011

The Untold Story Of Son Of A Satan


(Amaran: hanya untuk bacaan 18 tahun ke atas. Dipenuhi dengan kata-kata kesat  dan perbuatan ganas. Segala nama dan watak di dalam kisah ini hanya rekaan semata-mata. Tidak ada kena mengena samada hidup atau yang mati. Jika terdapat persamaan, ia hanyalah secara kebetulan dan tidak disengajakan.)


Romeo pulang ke rumah dengan perasaan yang bercampur baur ibarat ada sesuatu yang menganggunya. Dia resah dan gelisah sejak dari pagi. Dirinya menjadi tidak keruan sebaik sahaja membuka pintu rumah nya. Dia pandang ke sekeliling rumahnya seperti mencari-cari sesuatu. Rumahnya ketika itu gelap. Kemudian dia naik ke atas dan pergi ke bilik anaknya. Kelihatan anaknya sedang nyeyak tidur. Dia tersenyum dan melangkah perlahan-lahan ke arah katil anaknya kerana bimbang anaknya akan terjaga. Perasaan celarunya sedikit terubat melihat kecomelan anaknya yang sedang tidur.

“aww, lihat anak ayah yang comel ni sedang tidur.” Bisik Romeo sambil tersenyum sambil mengusap-usap rambut anaknya yang berusia 2 tahun pada ketika itu.

Masih ingat lagi ketika dia masih bayi, Romeo sentiasa memandikan dan membersihkan anaknya yang bernama Laila itu. Seketika kemudian Romeo beralih pandang ke sebelah katilnya. Kelihatan isterinya sedang nyenyak tidur menyebabkan dirinya menjadi tidak keruan semula. Kemarahanya mendidih dan penuh dengan kebencian serta merta menarik rambut isterinya. Melihat isterinya meronta-ronta akibat perbuatannya itu, Romeo berkata,

“ Jangan buat aku gerakkan anak kita, dia tak perlu melihat apa yang hendak aku lakukan pada kau!” tengking Romeo.

Isterinya ketika itu hanya menangis diperlakukan sebegitu,

“Jangan menangis sial, adakah kau suka aku menengking kepada kau.” Tengking Romeo sambil menarik isterinya dengan menggunakan rambut keluar dari bilik tersebut.

“Sanggup kau menduakan aku dan mencintainya.  Kenapa Juliet, kenapa! Adakah suara aku terlalu bising buat kau. Malang bagi kau sial, malam ni aku dah tidak boleh sabar lagi!” Romeo melempang isterinya sehingga menyebabkannya terjatuh. Juliet hanya menangis dan merayu-rayu kepada Romeo.


Rahsia Kenapa Mickey Mouse Sentiasa Pakai Sarung Tangan (Komik)

hahahaha, i like this



Credit To : Quitor

10 Pemimpin Paling Kejam Dunia


Dalam sejarah, mereka lah yang paling kejam, ganas, tidak berperikemanusiaan dan segala macam lagi kejahatan yang telah dibuat. mereka juga tamak dan gilakan kuasa sehingga bertindak dan bertukar menjadi manusia yang paling tidak disukai didunia ini. dan mereka ialah:



 
NAMA YANG KEJAM: Atilia The Hun

KUASA KEKEJAMAN: Pemimpin Empayar Hunnic

TARIKH KEKEJAMAN: 434 hingga 453

REKOD KEKEJAMAN: Semasa penaklukannya di Austria hingga Jerman, beliau telah membunuh dan menghancurkan segala apa yang menjadi rintangannya yang menjadi rekod paling kejam dalam sejarah penaklukan orang gasar (Barbarian). Beliau juga merendamkan dirinya di dalam darahnya sendiri di malam perkahwinannya.



 
NAMA: Maximilien Robespierre

KUASA: Pemimpin Revolusi Perancis

TARIKH PEMERINTAHAN: dihukum mati tanpa bicara pada tahun 1794

REKOD KEKEJAMAN: beliau merupakan salah satu dari punca utama yang menyebabkan keganasan dan kekejaman ketika pra-revolusi perancis selama 10 bulan. Dalam masa itu, seramai 18,500 hingga 40,000 nyawa telah terbunuh kerana dihukum oleh tribunal revolusi yang diketuai olehnya.



 
NAMA YANG KEJAM: Ayatollah Khomeini

KUASA KEKEJAMAN: Pemimpin Agama Iran

TARIKH KEKEJAMAN: 1979 hingga 1989 (beliau mati disebabkan kanser pada umur 86 tahun)

REKOD KEKEJAMAN: beliau telah melakukan pembunuhan secara beramai-ramai didalam penjara selepas menyoal dan menghakimi yang tidak mahu tunduk kepada rejim pemerintahan ketika itu. Dianggarkan angka sebenar kematian didalam pembunuhan tersebut ialah 30,000 orang.




NAMA: Idi Amin Dada

KUASA: Presiden Uganda dan Pegawai Tentera

TARIKH KEKEJAMAN: mengambil alih tampuk pemerintahan tentera pada 1971

REKOD KEKEJAMAN: wataknya digambarkan sebagai pencabul hak asasi manusia, memimpin dengan kuasa veto, penyeksa etnik, membunuh tanpa menghakim dan pengusiran kaum india dari uganda. Jumlah mangsa yang terbunuh sejak beliau memerintah dianggarkan antara 80,000 hingga 500,000. Pada ogos, 4, 1972, Amin menyuarakan pendapatnya untuk mengusir 60,000 orang asia yang bukan penduduk uganda (kebanyakan mereka pemegang passport British). Kemudian beliau membuat pindaan terhadap pengusiran 80,000 orang asia, kecuali doktor, peguam dan guru.




 
NAMA YANG KEJAM: Leopold II

KUASA KEKEJAMAN: Raja Belgium

TARIKH KEKEJAMAN: 1865 hingga 1909

REKOD KEKEJAMAN: beliau telah menubuhkan Congo Free State, satu projek persendirian untuk mengutip hasil getah di tengah benua afrika. Projek ini menyebabkan ramai tenaga buruh dari Congo dipaksa dan juga menyebabkan kematian sehingga 3 juta orang hamba dari Congo. Tanah persendirian yang dimiliki oleh beliau adalah amat besar yang keluasannya 76 kali lebih besar dari Belgium yang menyebabkan beliau bebas untuk memerintah sesuka hati dengan tentera pribadinya, Force Publique.