nuffnang ads

Thursday, April 25, 2013

5 Contoh Makanan Sihat Di Mamak

1M...1 Malaysia...1 Mamak!! Wakakaka!!! =D


Kite sebagai rakyat Malaysia memang sinonim dengan kedai mamak. Kalo kite tengok mane-mane kedai mamak, kompem penuh sokmo. Setiap hari ada je orang tak kira la siang ke malam kan? Mandrem ape la yang mamak ni da buat....hehehehe...nak tengok bola...lepak kedai mamak...yelah suasana dia memang best kan...riuh dah macam kat stadium. Aku pun selalu jugak lepak mamak, "Restoran Old Town". Sampai dah kenal dah pekerja-pekerja kat situ. Orang selalu cakap makanan kat kedai mamak ni tak sihat la..berminyak la...tapi sebenarnye ade je makanan yang sihat...makanan yang tak sihat tu kite cuba la elakkan okay? Jadi, jom kite lihat 5 contoh makanan sihat di kedai mamak.


1. Capati

Capati sesuai menggantikan roti canai yang menjadi pilihan masing masing. Jika bandingkan sekeping roti canai dengan 300 kalori, better for you guys untuk makan capati hanya dengan 190 kalori lebih kurang. So dari situ kurang kalori yang di ambil dan boleh di ambil kerap berbanding roti canai. Sihat bukan?



2. Ayam tandoori

Terliur dengan ayam tandoori? Tiada masalah anda nak makan. Sepotong ayam tandoori(bahagian dada) bersamaan dengan 220 kalori. Lagipun ayam merupakan sumber mudah untuk mendapatkan protein asas. Jadi jangan ragu ragu hendak makan ayam tandoori ya!


3. Telur rebus

Jika anda rasa tak berkeinginan nak makan yang berat berat, pesan sahaja 2-3 biji telur rebus. Satu biji telur rebus bersamaan dengan 90 kalori. Tak perlulah anda berlapar kalau lepak di mamak, kan ada alternatif lain tu!


4. Nasi kandar

Nasi kandar makanan sihat ke? Ya, jika anda mahir dalam pengawalan makanan. Nasi putih segenggam, lauk lebih tak mengapa, dan kurangkan kuah. Tiada apa yang mustahil. Paling tidak, jika anda menikmati nasi kandar dengan 'portion' yang betul, mungkin dalam 400-500 kalori hidangan anda itu. Sekali sekala apa salahnya kan?


5. Teh tarik kurang manis satu!

Perkara paling utama bila lepak mamak, teh tarik wajib ada! Ianya sihat bila anda pesan teh tarik kurang manis. Disarankan apabila anda lepak, harus beserta dengan air kosong sebagai tambahan. Tips yang berguna – minum hanya separuh gelas sahaja teh tarik kurang manis tersebut, dari situ anda dapat mengawal pengambilan gula dalam badan. Kalau kena kencing manis siapa yang susah?



 p/s: Fikir fikirkan dan selamat beramal! :)






Sumber: health

No comments: