Seekor lebah pekerja dapat hidup selama 4 hingga 6 minggu. Selama tiga minggu selepas dilahirkan ia tinggal di dalam sarang. Tugas pertamanya ialah menjaga lebah - lebah yang sedang membesar. Ia memberi makanan kepada bayi lebah dengan madu dan debunga yang diambil daripada tempat simpanan. Apabila lebah pekerja ini mencecah umur 12 hari, tiba-tiba, lilin lebah mula dihasilkan di dalam badannya. Lilin lebah amat penting kepada lebah, kerana mereka membina sarang dengan lilin ini.
Korang dapat melihat gambar sarang lebah di atas. Dapatkah korang membina heksagon yang kemas seperti ini tanpa pembaris? Atau, dapatkan sehelai kertas kosong dan lukis bentuk heksagon dari satu penjuru kertas dan seorang kawan korang melukis daripada hujung lain. Dapatkah korang menghasilkan sebuah heksagon yang rapi, di tengah-tengah kertas, tanpa meninggalkan sedikit pun ruang? Pasti korang tidak akan dapat melakukannya, bukan? Untuk melakukannya, korang memerlukan peralatan dan korang perlu melakukan perkiraan yang kompleks. Tetapi, si lebah kecil ini yang baru berusia 12 hari, dapat menghasilkan sebuah sarang lebah yang sempurna. Tambahan pula, ia melakukannya tanpa sebarang peralatan. Setiap lebah memulakan pembinaan heksagon daripada satu sudut, dan bertemu di tengahnya. Korang mungkin dapat mengesan keluasan sarang lebah ini adalah sama. Bagaimanakah seekor lebah melaksanakan satu tugas yang tidak dapat dilakukan oleh seorang manusia dan ia melakukannya dengan cemerlang? Allahlah yang telah membenarkan lebah ini melakukan semua tugas-tugas tersebut. Allah telah menjadikan lebah bersama dengan kelebihan ini.
Mengapakah sarang lebah dibuat dalam bentuk heksagon? Ini juga menjadi satu persoalan, mengapa ia tidak bulat,tiga segi atau berbentuk petak? Ini kerana jika mereka membinanya dengan bentuk selain heksagon akan ada ruang-ruang tertinggal yang tidak digunakan di antara sel-sel; dengan itu, mereka hanya dapat menyimpan kurang madu dan terpaksa membazirkan lilin untuk menampal jurang ini. Sebenarnya, mereka juga boleh menyimpan madu di dalam bulatan atau segi tiga, tetapi heksagon adalah satu bentuk yang mempunyai ukur lilit yang terpendek. Walaupun mempunyai keluasan yang sama dengan bentuk-bentuk lain, tetapi mereka menggunakan kurang lilin untuk membuat sel-sel heksagon daripada apa yang mereka gunakan untuk membuat segi tiga dan bulatan. Dengan kata lain, mereka boleh menyimpan jumlah madu yang maksimum di dalam heksagon dan menggunakan jumlah lilin yang minimum.
Tanggungjawab seekor lebah pekerja tidak berakhir di situsahaja. Di antara tugas-tugasnya, sehingga ia berusia 3 minggu, ialah menyimpan jeli diraja dan debunga di dalam sarang madu, memastikan sarang bersih dan membuang lebah mati dan sampah sarap ke luar sarang. Di peringkat akhir tugas 3 minggunya, ia memulakan tugas terakhirnya sebagai pengawal keselamatan dan melindungi sarang tersebut daripada musuh. Apabila tempoh 3 minggu berakhir, lebah tersebut telah cukup mahir untuk mengutip jeli diraja, debunga dan air. Lebah pekerja akan keletihan setelah bekerja tanpa henti 2 hingga 3 minggu dan kemudian mati. Di dalam kehidupan mereka yang singkat, ia bekerja tanpa henti.
Tambahan pula tidak ada siapa pun yang mengajarnya untuk melakukan tugas-tugas mereka. Ia memerlukan kerja keras untuk menghasilkan madu. Contohnya, untuk mengumpulkan satu kilogram madu, 900 ekor lebah perlu bekerja sepanjang hari. Anggaran lain lebih memeranjatkan: untuk menghasilkan 450 gram madu tulen, 17 ribu lebah mesti menghinggapi 10 juta bunga. Ia mula bekerja sebaik sahaja selepas dilahirkan. Tidakkah ini mustahil? Tetapi lebah telah melaksanakan tugas yang mustahil ini, kerana Allah telah menjadikan mereka dengan kebolehan untuk melakukannya.
Lebah dapat menghasilkan madu lebih banyak daripada keperluan mereka. Seperti yang kamu ketahui, lebah menghasilkan madu di dalam badannya. Tubuh kecil mereka ini dapat menghasilkan madu yang mencukupi untuk keperluan mereka dan juga manusia. Tetapi mengapa lebah-lebah ini begitu pemurah? Mengapa mereka tidak memikirkan wang sahaja daripada memikirkan keperluan kita? Madu sangat berkhasiat kepada manusia. Kerana itulah, Allah telah menjadikan lebah bersama kebolehan menghasilkan madu dan memerintahkan mereka untuk menghasilkannya di dalam kuantiti yang banyak.
Allah menyebutkan di dalam Al-Quran: Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah: “Hendaklah engkau membuat sarangmu di gunung-ganang dan di pokok-pokok kayu, dan juga di bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia. Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan
dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu” (Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir. (Surah An-Nahl:68-69)
Sumber: Harun Yahya
p.s: pakar-pakar sains juga terperanjat dengan perkara ini, dan mencari jawapan kepada persoalan bagaimana ketertiban ini dijaga, dan bagaimana sejumlah besar lebah-lebah dapat bekerja bersama dengan begitu baik.
2 comments:
Allah Maha Besar...walaupun kecil tapi bermanfaat
segala yang Allah cipta tidak sia-sia
Post a Comment