nuffnang ads

Saturday, July 23, 2011

Kejadian Alam Yang Paling AWESOME

Sesungguhnya apabila seseorang itu berfikir dan meneliti kejadian alam ini maka ia dapat petunjuk bahawa Allah s.w.t yang telah menjadikannya.

Sebuah kapal layar sedang melakukan perjalanan di Pasifik selatan ketika kejadian yang menakjubkan ini berlaku. Lihatlah foto-foto ini dan cuba untuk bayangkan yang anda sedang melihat fenomena ini.




Apa tu? Pantai ke?
                                                        Salah!! Ni bukan gambar pantai




Ianya adalah gambar batu gunung berapi yang terapung di atas air

Komen Rage Orang U.S ( Women World Cup, NSFW) Yang Paling Lucu

lol Americans


So, akhirnya kita tahu bukan sahaja penyokong Indonesia yang RAGE bila timnas diorang kalah dengan Harimau Malaya dan seterusnya mengeluarkan komen2 di Facebook dan di forum-forum tetapi begitu juga dengan penyokong bolasepak wanita Amerika Syarikat yang kalah dengan pasukan Jepun melalui tendangan penalti ketika final women World Cup baru-baru ini. What a jokes, american. Rata-rata yang komen (di facebook) semua mengharapkan Jepun dilanda tsunami sekali lagi. Hahaha. Satu je aku nak komen, belajarlah terima hakikat. Papehal, selamat maju jaya kepada Harimau Malaya dalam misi untuk membaham SINGApura. Apapun result nanti, kita perlulah belajar terima hakikat dan teruskan menyokong pasukan Harimau Malaya supaya mereka sentiasa meningkatkan mutu perlawanan. Enjoy!!






Akademi Sukan Shichahai Di China Yang Paling Berkesan

Melentur buluh biarlah daripada rebung


Akademi sukan Shichahai dai China adalah salah satu faktor yang membawa kejayaan kepada negara China dalam Kejohanan Olimpik yang lalu. Akademi sukan ini telah melahirkan berpuluh-puluh atlet yang telah memenangi pingat emas ketika temasya Olimpik diadakan. Akademi ini juga dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan China tetapi apakah rahsia yang menyebabkan Akademi dapat melahirkan sebegitu ramai atlet sukan bertaraf dunia sehingga mampu meraih pingat emas di kesemua kejohanan?

Akademi ini mempunyai 600 lebih pelajar yang diambil dari seluruh China yang berada dalam lingkungan umur 6 hingga 18 tahun. Ya, di China, seorang atlet sememangnya dilatih dan dibimbing semenjak berusia 6 tahun lagi bagi menghasilkan seorang lagi atlet yang bertaraf bintang. Mereka semua dilatih enam hari seminggu, yang mana pada waktu pagi mereka belajar dan mereka akan berlatih selama berjam-jam selepas tamatnya pembelajaran formal. Ibu bapa mereka hanya dibenarkan untuk melawat anak-anak mereka sekali seminggu dan mereka juga tidak membantah kerana mereka yakin bahawa anak mereka bakal menjadi seorang bintang suatu hari nanti.

Latihan yang diberikan sememangnya sangat berat dan kebiasaannya jurulatih mereka adalah sangat tegas dan jarang untuk senyum. latihan yang diberikan melebihi dari pembelajaran yang diterima sehinggakan ada diantara pelajar akademi tersebut tidak dapat membaca walaupun sudah berada di darjah lima. Walaupun begitu, mereka ada diantara mereka yang tidak dapat menghabiskan perjuangan mereka di Akademi tersebut kerana tidak tahan akan kekerasan latihan yang diberikan. Bagi yang berjaya bertahan disitu, mereka akan menjadi seorang atlet yang bakal menyerlah.

Walaupun akademi tersebut berjaya dalam menghasilkan atlet, mereka juga telah dituduh dalam memberikan tekanan yang berlebihan terhadap kanak-kanak dan juga tuduhan mendera mereka. pada tahun 2005, seorang wakil dari Britain datang melawat akademi tersebut dan tersentuh melihat kanak-kanak disitu dilatih. Beliau dapat melihat seorang kanak-kanak perempuan berusia 7 tahun yang menangis apabila melakukan handstand dan seorang budak lelaki yang mempunyai kesan-kesan dibelakang badannya. Kesimpulannya disini, seseorang yang berjaya dalam sukan bukanlah mereka dilahirkan dengat bakat dan kejayaan, tetapi latihan yang keras dan bersungguh sejak kecil adalah punca utama kejayaan mereka. Practice makes perfect.




Stail Bertindik Di Seluruh Badan Yang Paling DUMBASS (NSFW)

This is no good.


Koleksi manusia-manusia yang gila bertindik dari seluruh dunia. Enjoy!!