nuffnang ads

Sunday, August 7, 2011

Carzor - Rekaan Pencukur Kecemasan Bersaiz Kad Kredit Yang Paling KREATIF

Sesuai untuk mereka yang berevolusi dari beruk. #sarcasm 

Anda seorang yang berbulu secara ketelaluan? anda juga seorang lelaki yang mementingkan kebersihan dan kesucian muka? Ataupun anda seorang lelaki yang selalu merantau dan pelupa? Ini adalah rekaan yang paling sesuai untuk manusia seperti kamu. Sebuah pencukur bersaiz kad kredit (86x54x3 mm) yang dinamakan Carzor - sesuai untuk dibawa kemana-mana sahaja. Ianya adalah satu pakej lengkap pencukur (bersama pisau) dan dilengkapi dengan cermin kecil untuk memudahkan anda untuk mencukur.

Rekaannya yang menarik dan mudah untuk dibawa, amat diperlukan bagi seseorang yang perlu bercukur setiap pagi. Bukan itu sahaja, anda juga boleh memilih sendiri pelbagai gel pewangi untuk mengharumkan pencukur anda dengan haruman seperti - mint, lemon, orange dan ocean.

Berminat? Boleh beli di SINI dengan harga hanya $17 U.S dollar.




Minda Bisnes Seorang Ayah Yang Paling GENIUS

Idea yang menarik tetapi agak mustahil 



Kemalangan Kereta Kebal Yang Paling Fail

"Ain't So Tough Now, Eh?!"


Kemalangan macam ni memang jarang kita lihat. Walaupun namanya kereta kebal namun ia tetap tidak kebal dari kemalangan. Betul la kata orang, malang tidak berbau tapi kalau dah berlakunya kemalangan bau minyak petrol dan darah ada la. Kalau dah nak kemalangan tu kemalangan la juga. KUN FAYAKUN!!