Telah lama para ilmuwan bingung dan hairan bagaimanakah cara sebuah piramid dibina. Ini kerana teknologi yang digunakan untuk mengangkat batu-batu besar yang boleh mencapai ribuan kilogram ke puncak-puncak bangunan belum ditemui di zamannya. Apa rahsia di balik pembinaan piramid ini? Adakah mereka mendapatkan bantuan dari makhluk asing dari angkasa lepas ataupun mendapatkan bantuan daripada jin? Akhbar America Times edisi 1 Desember 2006, menerbitkan berita ilmiah yang mengesahkan bahwa Firaun menggunakan tanah liat untuk membina piramid.
nuffnang ads
Showing posts with label Keajaiban Saintifik Didalam Al-Qur'an. Show all posts
Showing posts with label Keajaiban Saintifik Didalam Al-Qur'an. Show all posts
Thursday, March 21, 2013
Wednesday, August 31, 2011
Keajaiban Saintifik Didalam Al-Qur'an: Mikrobiologi Disebut Didalam Al-Qur'an Sejak Ribuan Tahun Dahulu
Another miracles from Al-Qur'an
Mikrobiologi merupakan kajian saintifik berkenaan mikroorganisma ataupun hidupan seni yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar seperti bakteria dan virus.
Pada abad ke-19, seorang saintis berbangsa Belanda, Antoni Van Leewenhoek merupakan orang yang pertama melihat bakteria dengan menggunakan mikroskop sederhana.
Hanya selepas kira-kira 50 tahun, ahli mikrobiologi yang terkenal pada abad ke-19, Evenovski dapat mengenal pasti bahawa virus merupakan mikroorganisma paling kecil setakat ini. Virus hanya bolah dilihat dengan menggunakan mikroskop elektronik. Kitab suci al-Quran telah membentuk satu konsep mikrobiologi di dalamnya.Firman Allah s.w.t. :
Katakanlah: "Serulah mereka yang kamu anggap (sebagai tuhan) selain Allah, mereka tidak memiliki (kekuasaan) sebesar zarah pun di langit dan di bumi, dan mereka tidak mempunyai suatu saham pun dalam (penciptaan) langit dan bumi dan sekali-kali tidak ada diantara mereka yang menjadi pembantu bagi-Nya. (Surah Saba': ayat 22)
Perkataan zarrah zarrah membawa maksud zarah atau partikel yang sangat kecil seperti mikroorganisma unisel (satu sel) dan molekul atom. Allah SWT. mengajarkan melalui ayat ini bahawa Dia (Allah) mengendalikan dunia ‘ghaib’ mikroorganisma.
Wednesday, February 2, 2011
Maklumat Kejadian Di Masa Hadapan Di Dalam Al-Qur'an Mengenai Kemenangan Byzantin. (Kerajaan Rom Timur)
![]() |
| Gambar Menunjukkan Tanah jajahan Byzantin |
Sepotong ayat menarik yang terdapat di dalam Al-Qur'an mengenai masa hadapan dapat dilihat dalam ayat pertama surah Rom, yang merujuk kepada empayar Byzantin, bahagian timur kerajaan Roman yang ada dahulu. Dalam ayat ini, ianya dinyatakan bahawa empayar Byzantin menemui kekalahan yang besar tetapi kemudianya ia mendapat kemenangan.
"Alif, Lam, Mim. Telah dikalahkan bangsa Rom. Di tanah yang paling rendah di permukaan bumi, dan mereka sesudah dikalahkan itu akan menang dalam berapa tahun. Bagi Allah lah urusan sebelum dan sesudah.”( Surah Ar-Rum: 1-4.)
Ayat ini diturunkan lebih kurang tahun 620 sebelum masihi, hampir 7 tahun selepas kekalahan teruk kerajaan kristian Byzantin di tangan kerajaan penyembah berhala Persia. Tetapi ia didedahkan di dalam ayat tersebut bahawa kerajaan Byzantin akan mendapat kemenangan kembali dalam masa yang singkat. Sebenarnya, Byzantin telah awal lebih sengsara menanggung kerugian yang besar yang kelihatan seolah-olah amat mustahil baginya, bahkan untuk kekal bertahan, untuk menang kembali. Bukan sahaja Persia, tetapi Avar, Slav, dan Vonhard juga memberikan ancaman yang besar kepada empayar Byzantin. Kerajaan Avar telah pun menjangkau dinding kota Konstantipol. Maharaja Byzantin Heraklius telah memerintahkan supaya meleburkan emas dan perak di gereja-gereja untuk mendapatkan wang bagi menampung perbelanjaan ketenteraan, apabila semua ini masih tidak mencukupi bahkan patung-patung gangsa juga dileburkan untuk tujuan yang sama. Banyak gabenor-gabenor memberontak menentang Heraklius. Dan empayar ketika itu berada dalam kedudukan hampir roboh. Mesopotamia, Alicik, Syria, Palestin, Mesir dan Armenia yang pada asalnya berada di bawah jajahan Byzantin, telah pun diceroboh oleh Persia.
Keajaiban Saintifik Di dalam Al-Qur’an: Angin Penyuburan
![]() |
| Sekadar Hiasan |
Dalam sepotong ayat Al-Qur'an, ciri-ciri 'penyuburan' dalam angin, dan formasi hujan sebagai hasilnya disebutkan;
“Dan Kami telah meniupkan angin yang menyuburkan dan Kami turunkan hujan dari langit lalu kami beri minum kamu dengan air itu” (Surah al-Hijr;22.)
Dalam ayat ini, dinyatakan bahawa peringkat pertama dalam pembentukan hujan ialah angin. Sehingga awal abad ke 20, hubungan antara angin dan hujan yang hanya diketahui ialah angin berfungsi menurunkan hujan. Bagaimanapun, penemuan meterologikal moden telah menunjukkan peranan 'penyuburan' angin dalam pembentukan hujan.
Gambaran fungsi penyuburan angin ini adalah seperti berikut;
Pada permukaan lautan dan laut-laut, apabila gelombang udara pecah, beribu-ribu zarah halus, dengan diameter sekecil satu dari beratus millimeter naik ke udara. Zarah-zarah ini, dikenali sebagai 'aerosol', bersebati dengan debu dari daratan melalui angin, dan dibawa ke lapisan atmosfera yang lebih tinggi. Zarah-zarah ini dibawa ke altitud yang lebih tinggi oleh angin sehingga kemudian bersebati dengan wap air di atas sana. Wap air menyahwap disekeliling zarah-zarah ini dan bertukar menjadi titisan air. Titisan air ini pertamanya akan bercantum dan membentuk awan, dan kemudian jatuh sebagai titisan hujan ke bumi.
Seperti yang dilihat, angin 'menyuburkan' wap air yang berselerakan di udara dengan zarah-zarah yang dibawa dari laut, dan akhirnya membantu pembentukan gumpalan awan.
Sekiranya angin tidak memiliki sifat ini, titisan air di atmosfera tidak akan terbentuk, dan di sana tidak akan wujud hujan.
Fakta yang paling penting di sini ialah bahawa peranan penting yang dimainkan oleh angin dalam pembentukan hujan telah dinyatakan berabad lamanya dalam ayat Al-Qur'an, ketika manusia hanya mengetahui sedikit sekali mengenai fenomena semulajadi.
Sumber: HarunYahya
p.s: Bayangkan jika dunia ini tiada hujan.
Tuesday, February 1, 2011
Keajaiban Saintifik Di dalam Al-Qur’an: Ketelapan Air Antara Lautan
Satu dari sifat-sifat laut yang baru kini ditemui ialah apa yang dinyatakan dalam sepotong ayat Al-Qur'an sebagai berikut;
“Dia membiarkan dua lautan mengalir yang keduanya kemudian bertemu, antara keduanya (lautan) ada batas yang tidak dilampaui oleh masing-masing”.Surah ar-Rahman;19-20.
![]() |
| Gambar yang memperlihatkan seakan-akan ada satu dinding yang memisahkan antara dua sungai |
Sifat lautan, sekalipun larut bersama-sama ialah satu sifat penelapan yang 'memisahkan' antara dua laut, adalah satu penemuan dalam bidang oceanographi. Hasil dari satu daya fizikal yang dipanggil 'ketegangan permukaan' (surface tension), kandungan air dalam dua laut yang berbeza tidak akan bercampur. Disebabkan oleh kepadatan cecairnya, ketegangan permukaan menghalang larutannya dari bersebati dengan yang lain, seolah terdapat di sana satu dinding nipis yang memisahkannya.
Apa yang menarik ialah sewaktu manusia belum mempunyai sebarang asas pengetahuan dalam bidang fizik, 'ketegangan permukaan' atau oceanographi, fenomena ini telah pun dinyatakan ketika Al-Qur'an diwahyukan.
Sumber: Harun Yahya
p.s: Air laut di lautan Atlantik lebih masin daripada di lautan Pasifik
Sunday, January 30, 2011
Keajaiban Saintifik Di dalam Al-Qur’an: Keajaiban Susu Ibu
Susu ibu adalah satu sebatian yang tiada tandingan yang diciptakan oleh Tuhan yang merupakan sumber-makanan yang bermutu tinggi bagi bayi yang baru lahir dan merupakan satu sebatian yang meningkatkan kerintangan melawan penyakit. Sekalipun makanan bayi tiruan yang dihasilkan oleh teknologi terkini tidak dapat menggantikan sumber nutrisi ini yang sungguh menakjubkan.
Setiap hari, faedah susu ibu ini kepada bayi ditemui. Satu dari fakta bahawa sains telah menyingkap mengenai khasiat susu ibu ialah bahawa proses penyusuan selama dua tahun selepas kelahiran adalah sangat berfaedah. Tuhan memberikan kita satu maklumat penting yang ditemui oleh sains baru ditemui kini, dengan ayat " susuannya mengambil dua tahun" 1400 tahun lalu.
Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu bapanya; ibunya telah megandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menceraikan (dari susuan) dalam dua tahun. Bersyukurlah kepada Ku dan kepada dua orang ibu bapamu, hanya kepadaKu lah tempat kembalimu. (Surah Luqman; 14)
Sumber: Harun Yahya
p.s: ada orang cakap sekarang ni susu ibu dah xrelevan ? sape cakap? meh sini nak luku pale! Sampai dah tua pun best lagi...hik2
Keajaiban Saintifik Di dalam Al-Qur’an: Kegelapan Dalam Lautan Dan Ombak Didalam Laut
"Atau seperti gelap gelita di lautan yang dalam, yang diliputi oleh ombak, yang di atasnya ombak (pula) di atasnya pula awan; gelap gelita yang tindih menindih, apabila dia mengeluarkan tangannya tiadalah dia dapat melihatnya, dan barangsiapa yang tiada diberi cahaya oleh Allah tiadalah dia mempunyai cahaya sedikitpun. Surah An-Nur: 40)
Persekitaran umum dasar laut diterangkan dalam sebuah buku bertajuk Ocean.
Kegelapan di dasar laut dan lautan ditemui sekitar kedalaman 200 meter dan ke bawah. Pada kedalaman ini, di sana hampir-hampir tidak terdapat cahaya. Di bawah kedalaman 1000 meter, di sana langsung tidak terdapat cahaya.
Hari ini, kita dapat mengetahui struktur umum mengenai lautan. Sifat-sifat makhluk hidupan di dalamnya, salinisasinya melalui pengetahun tentang kadar kandungan air, kawasan dan kedalamannya. Kapal selam dan peralatan khusus yang dibangunkan dengan teknologi moden, membantu saintis untuk merakamkam maklumat seperti ini.
Manusia tidak mampu menyelam lebih dari 40 meter ke bawah tanpa sebarang bantuan atau peralatan khusus. Mereka tidak dapat bertahan tanpa peralatan di dasar, bahagian yang gelap di lautan, seperti pada kedalaman 200 meter. Atas sebab ini, para saintis hanya akhir-akhir ini mampu menyingkap maklumat terperinci mengenai lautan ini. Bagaimanapun kenyataan 'gelap gelita di lautan yang dalam' telah pun di selitkan di dalam surah An-Nur 1400 tahun dahulu. Ianya sudah pasti satu dari keajaiban Al-Qur'an di mana maklumat seperti ini dikhabarkan ketika di mana tidak ada sebuah peralatan pun yang dapat membantu manusia untuk menyelam ke dasar lautan.
Sebagai tambahan, fakta di dalam ayat 40 surah Nur: gelap gelita di lautan yang dalam, yang diliputi oleh ombak, yang di atasnya ombak (pula) di atasnya pula awan; menarik perhatian kita kepada satu lagi keajaiban Al-Qur'an.
Para saintis baru-baru ini telah menemui bahawa di sana terdapat gelombang ombak di dalam lautan, yang mana terjadi pada kepekatan sempadan dua permukaan di atas lapisan-lapisan yang mempunyai kepekatan berbeza. Gelombang internal ini melitupi air laut yang dalam kerana bahagian yang jauh ke dalam mempunyai kepekatan yang lebih tinggi dari air yang berada di atasnya. Gelombang internal bertindak seperti ombak di permukaan lautan. Ianya boleh berpecah sama seperti ombak di permukaan. Ombak internal ini tidak dapat dilihat dengan mata manusia, tetapi ia dapat dikesan dengan mengkaji perubahan suhu atau salinisasi pada suatu kedudukan yang diberi.
Kenyataan yang terdapat di dalam Al-Qur'an berbunyi secara mutlak selari kepada penjelasan di atas. Tanpa perlu kepada pengkajian, seorang dapat melihat dengan jelas ombak pada permukaan laut. Tatapi suatu yang amat mustahil bagi seseorang untuk melihat ombak di dalam laut (internal). Sebenarnya, dalam surah Nur, Tuhan menarik perhatian manusia kepada satu lagi jenis ombak yang berlaku di dalam lautan. Suatu yang pasti, fakta ini yang baru ditemui oleh saintis baru-baru ini, menunjukkan sekali lagi bahawa Al-Qur'an adalah kalam Tuhan.
Sumber: Harun Yahya
p.s: Macam mane la agaknya ombak dalam laut? Subhanallah!
Keajaiban penghasilan madu dan sarang lebah
Seekor lebah pekerja dapat hidup selama 4 hingga 6 minggu. Selama tiga minggu selepas dilahirkan ia tinggal di dalam sarang. Tugas pertamanya ialah menjaga lebah - lebah yang sedang membesar. Ia memberi makanan kepada bayi lebah dengan madu dan debunga yang diambil daripada tempat simpanan. Apabila lebah pekerja ini mencecah umur 12 hari, tiba-tiba, lilin lebah mula dihasilkan di dalam badannya. Lilin lebah amat penting kepada lebah, kerana mereka membina sarang dengan lilin ini.
Korang dapat melihat gambar sarang lebah di atas. Dapatkah korang membina heksagon yang kemas seperti ini tanpa pembaris? Atau, dapatkan sehelai kertas kosong dan lukis bentuk heksagon dari satu penjuru kertas dan seorang kawan korang melukis daripada hujung lain. Dapatkah korang menghasilkan sebuah heksagon yang rapi, di tengah-tengah kertas, tanpa meninggalkan sedikit pun ruang? Pasti korang tidak akan dapat melakukannya, bukan? Untuk melakukannya, korang memerlukan peralatan dan korang perlu melakukan perkiraan yang kompleks. Tetapi, si lebah kecil ini yang baru berusia 12 hari, dapat menghasilkan sebuah sarang lebah yang sempurna. Tambahan pula, ia melakukannya tanpa sebarang peralatan. Setiap lebah memulakan pembinaan heksagon daripada satu sudut, dan bertemu di tengahnya. Korang mungkin dapat mengesan keluasan sarang lebah ini adalah sama. Bagaimanakah seekor lebah melaksanakan satu tugas yang tidak dapat dilakukan oleh seorang manusia dan ia melakukannya dengan cemerlang? Allahlah yang telah membenarkan lebah ini melakukan semua tugas-tugas tersebut. Allah telah menjadikan lebah bersama dengan kelebihan ini.
Mengapakah sarang lebah dibuat dalam bentuk heksagon? Ini juga menjadi satu persoalan, mengapa ia tidak bulat,tiga segi atau berbentuk petak? Ini kerana jika mereka membinanya dengan bentuk selain heksagon akan ada ruang-ruang tertinggal yang tidak digunakan di antara sel-sel; dengan itu, mereka hanya dapat menyimpan kurang madu dan terpaksa membazirkan lilin untuk menampal jurang ini. Sebenarnya, mereka juga boleh menyimpan madu di dalam bulatan atau segi tiga, tetapi heksagon adalah satu bentuk yang mempunyai ukur lilit yang terpendek. Walaupun mempunyai keluasan yang sama dengan bentuk-bentuk lain, tetapi mereka menggunakan kurang lilin untuk membuat sel-sel heksagon daripada apa yang mereka gunakan untuk membuat segi tiga dan bulatan. Dengan kata lain, mereka boleh menyimpan jumlah madu yang maksimum di dalam heksagon dan menggunakan jumlah lilin yang minimum.
Tanggungjawab seekor lebah pekerja tidak berakhir di situsahaja. Di antara tugas-tugasnya, sehingga ia berusia 3 minggu, ialah menyimpan jeli diraja dan debunga di dalam sarang madu, memastikan sarang bersih dan membuang lebah mati dan sampah sarap ke luar sarang. Di peringkat akhir tugas 3 minggunya, ia memulakan tugas terakhirnya sebagai pengawal keselamatan dan melindungi sarang tersebut daripada musuh. Apabila tempoh 3 minggu berakhir, lebah tersebut telah cukup mahir untuk mengutip jeli diraja, debunga dan air. Lebah pekerja akan keletihan setelah bekerja tanpa henti 2 hingga 3 minggu dan kemudian mati. Di dalam kehidupan mereka yang singkat, ia bekerja tanpa henti.
Tambahan pula tidak ada siapa pun yang mengajarnya untuk melakukan tugas-tugas mereka. Ia memerlukan kerja keras untuk menghasilkan madu. Contohnya, untuk mengumpulkan satu kilogram madu, 900 ekor lebah perlu bekerja sepanjang hari. Anggaran lain lebih memeranjatkan: untuk menghasilkan 450 gram madu tulen, 17 ribu lebah mesti menghinggapi 10 juta bunga. Ia mula bekerja sebaik sahaja selepas dilahirkan. Tidakkah ini mustahil? Tetapi lebah telah melaksanakan tugas yang mustahil ini, kerana Allah telah menjadikan mereka dengan kebolehan untuk melakukannya.
Lebah dapat menghasilkan madu lebih banyak daripada keperluan mereka. Seperti yang kamu ketahui, lebah menghasilkan madu di dalam badannya. Tubuh kecil mereka ini dapat menghasilkan madu yang mencukupi untuk keperluan mereka dan juga manusia. Tetapi mengapa lebah-lebah ini begitu pemurah? Mengapa mereka tidak memikirkan wang sahaja daripada memikirkan keperluan kita? Madu sangat berkhasiat kepada manusia. Kerana itulah, Allah telah menjadikan lebah bersama kebolehan menghasilkan madu dan memerintahkan mereka untuk menghasilkannya di dalam kuantiti yang banyak.
Allah menyebutkan di dalam Al-Quran: Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah: “Hendaklah engkau membuat sarangmu di gunung-ganang dan di pokok-pokok kayu, dan juga di bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia. Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan
dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu” (Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir. (Surah An-Nahl:68-69)
Sumber: Harun Yahya
p.s: pakar-pakar sains juga terperanjat dengan perkara ini, dan mencari jawapan kepada persoalan bagaimana ketertiban ini dijaga, dan bagaimana sejumlah besar lebah-lebah dapat bekerja bersama dengan begitu baik.
Friday, January 28, 2011
Keajaiban Saintifik Di dalam Al-Qur’an: Proses Pembentukan Hujan

Bagaimana pembentukan hujan kekal sebagai misteri besar untuk beberapa lama. Hanya setelah penciptaan radar cuaca barulah peringkat-peringkat pembentukan hujan dapat di ketahui.
Berdasarkan hal ini, pembentukan hujan terjadi dalam 3 peringkat. Pertama, bahan asas dalam hujan naik ke udara melalui tiupan angin. Kemudian, awan pun terbentuk dan akhirnya titisan hujan pun timbul.
Penilaian Al-Qur'an mengenai formasi hujan merujuk secara tepat kepada proses ini. Dalam sepotong ayat, pembentukan ini diterangkan sebagai berikut.
"Allah, Dialah yang mengirim angin lalu angin itu menggerakkan awan dan Allah membentangkannya di langit menurut yang dikehendakiNya, dan menjadikannya bergumpal-gumpal: lalu kamu lihat hujan keluar dari celah-celahnya. Maka apabila hujan itu turun menimpa hambaNya yang dikehendakiNya menjadikan mereka gembira. (Surah Ar-Rum: 48)
Zarah-zarah yang mengelilingi titisan garam dan zarah-zarah habuk semakin menebal dan membentuk titisan hujan, jadi, titisan yang menjadi lebih berat daripada udara akan meninggalkan gumpalan awan dan mula untuk gugur ke bumi sebagai hujan.
Sepertimana yang kita lihat, setiap peringkat dalam pembentukan hujan adalah berkaitan dengan ayat-ayat di dalam Al-Qur'an. Selanjutnya, semua peringkat ini diterangkan secara tepat dengan tertib yang tepat. Sama seperti fenomena semulajadi yang lain yang berlaku di bumi. Tuhan memberikan penjelasan yang paling tepat seperti fenomena-fenomena ini dan memaklumkan kepada manusia di dalam kitab Al-Qur'an beberapa abad sebelum ianya diketahui. Dalam ayat lain, maklumat berikut diterangkan mengenai pembentukan hujan;
"Tidakkah kamu melihat bahawa Allah mengarak awan, kemudian mengumpulkan antara (bagian-bagian)nya, kemudian menjadikannya bertindih-tindih, maka kelihatan olehmu hujan keluar dari celah-celahnya, dan Allah juga menurunkan (butiran) ais dari langit, dari gumpalan awan seperti gunung maka ditimpakanNya ais itu kepada siapa yang dikehendakiNya dan dipalingkanNya siapa yang dihendakiNya. Kilauan kilat itu hampir-hampir menghilangkan penglihatan. (Surah An-Nur: 43)
Para saintis yang mengkaji jenis-jenis awan menemui keputusan yang amat mengejutkan berkenaan dengan formasi gumpalan awan hujan. Gumpalan-gumpalan awan terbentuk berdasarkan kepada susunan dan peringakat yang amat jelas. Peringkat pembentukan awan Kumulonimbus, satu jenis dari awan seperti beriku.
Digerakkan dengan tiupan angin: gumpalan awan yang bergerak bersama iaitu digerakkan dengan tiupan angin.
Berkumpul- kemudiannya, awan-awan yang kecil (awan kumulus) yang digerakkan oleh angin berkumpul bersama, membentuk gumpalan yang lebih besar.
Melonggok- apabila awan-awan kecil telah berkumpul, rangka dalam lingkungan awan yang lebih besar bertambah. Rangka yang berada dekat dengan pusat awan adalah lebih kukuh berbanding yang berada di tepi rangka-rangka ini menyebabkan awan berkembang secara menegak, dan menyebabkan gumpalan awan berlonggok-longok. Perkembangan menegak ini menyebabkn jasad awak menganjur dalam ke bahagian yang lebih sejuk di dalam atmosfera. Di mana titisan air dan awan membentuk dan mula mengembang dengan lebih besar lagi. Apabila titisan air dan ais ini menjadi lebih berat sehingga gagal untuk ditampung oleh rangka di mana mereka terletak akhirnya mereka akan gugur dari gumpalan awan sebagai hujan, ais dan lain-lain.
Suatu yang harus diingat bahawa pakar meteorologi hanya mengetahui maklumat terperinci pembentukan hujan, struktur dan fungsinya hanya di akhir-akhir ini dan melalui peralatan canggih seperti kapal terbang, satelit, computer dan lain-lain. Ianya adalah bukti bahawa Tuhan telah memberikan kita cebisan maklumat yang tidak diketahui 1400 tahun dahulu.
Sumber: Harun Yahya
p.s: Hujan adalah nikmat, hujan memberi pengaruh besar dalam kehidupan seharian. Kumpulan HUJAN pun xdapat nak wat camtu.
Thursday, January 27, 2011
Keajaiban Saintifik Di dalam Al-Qur’an: Pengitaran Di Atmosfera
Ayat ke 11 dalam surah at-Tariq, merujuk kepada fungsi 'pembalikan' langit;
“Demi langit yang mempunyai (sistem) pengitaran”. Surat at-Tariq;11.
Perkataan yang ditafsirkan sebagai 'kitaran' dalam penerjemahan Al-Qur'an juga bermaksud 'menghantar balik' atau 'pengembalian'.
Seperti yang diketahui, atmosfera yang mengelilingi bumi mengandungi beberapa lapisan. Setiap lapisan memberikan tujuan penting bagi faedah kehidupan. Kajian telah menunjukkan bahawa semua lapisan ini menjalankan fungsi pemantulan material atau sinaran yang bergerak ke arahnya keluar semula ke luar angkasa atau turun kembali ke bumi. Sekarang kita akan meneliiti beberapa contoh fungsi 'pengitaran' yang dimainkan oleh lapisan-lapisan yang mengelilingi ruang langit bumi.
Troposfera, setinggi 13 hingga 15 kilometer di atas permukaan bumi membantu mengkondensasikan wap air yang naik ke udara dari permukaan bumi sebagai titisan hujan.
Lapisan ozon, pada ketinggian 25 kilometer, memancarkan semula sinaran merbahaya dan cahaya ultra violet yang datang dari luar angkasa kembali ke luar.
Lapisan ionosfera memancarkan liputan gelombang radio dari bumi kembali ke bahagian lain dalam bumi, sama seperti komunikasi satelit pasif, yang menyebabkan komunikasi tanpa wayar, radio dan siaran liputan televisyen dapat dilakukan untuk jarak yang lebih jauh.
Lapisan magnetosfera pula berfungsi mengembalikan zarah radioaktif merbahaya yang dipancarkan oleh matahari dan bintang-bintang lain kembali semula ke angkasa lepas sebelum sampai ke bumi.
Fakta mengenai sifat-sifat lapisan-lapisan atmosfera, yang baru diketahui baru-baru ini telah diumumkan berabad lamanya dalam Al-Qur'an, sekali lagi menunjukan bahawa Al-Qur'an sebenarnya adalah kata-kata Maha Suci Allah.
Sumber: Harun Yahya
p.s: selama ni belajar kat sekolah xtau pun semua ni dah di sebut dalam Al-Qur’an. Hmmm
Keajaiban Saintifik Di dalam Al-Qur’an: Perisai Istimewa Bumi

“Dan Kami jadikan langit itu sebagai atap terpelihara sedang mereka berpaling dari segala tanda (kekuasaan Allah) yang terdapat padanya.” (Surah al-Anbiya; 32)
Sifat istimewa langit ini telah dibuktikan melalui kajian saintifik yang dijalankan pada abad ke 20 ini.
Ruang atmosefera yang mengelilingi bumi sebenarnya menjalankan fungsi yang sangat penting untuk mengekalkan kehidupan untuk wujud. Ketika memusnahkan meteor-meteor besar dan kecil ketika mendekati bumi, ia menghalangnya dari jatuh ke dalam bumi dan dari membahayakan makhluk hidupan.
Sebagai tambahan, atmosfera menapis sinaran yang datang dari luar angkasa yang sangat membahayakan kepada hidupan. Apa yang menariknya, atmosfera menelap sinaran yang berguna dan berfaedah- cahaya nampak, tak nampak dan gelombang radio - untuk menembusinya. Semua jenis radiasi ini adalah sangat penting kepada kehidupan. Cahaya nampak, yang sebahagiannya dibenarkan menembusi dalam atmosfera adalah sangat diperlukan untuk menjalankan proses fotosintesis dalam tumbuhan yang membantu mengekalkan makhluk hidupan. Kebanyakan sinaran ultra violet dengan keamatan tinggi yang dipancarkan oleh matahari di telap keluar oleh lapisan ozon dalam atmosfera dan hanya membataskan -dan yang paling penting- bahagian kecil dalam spektrom ultra violet untuk mencecah permukaan bumi.
Fungsi protefktif atmosfera tidak berakhir di sini. Atmosfera juga melindungi bumi dari kesan pembekuan dari luar angkasa, dengan suhu lebih kurang -270 darjah centigrade.
Sebenarnya atmosfera tidak bersendirian dalam menjalankan fungsi perlindungan kepada bumi. Sebagai tambahan kepada atmosfera, Jalur Allan Velt, lapisan yang dihasilkan oleh medan magnet bumi, juga berfungsi sebagai perlindungan menentang radiasi yang merbahaya yang mengancam planet kita. Radiasi merbahaya ini, yang secara berterusan dipancarkan oleh matahari dan bintang-bintang lain berpotensi membawa maut kepada makhluk hidupan. Sekiranya Jalur Van Allan tidak wujud, letupan besar-besaran oleh tenaga yang dipanggil nyalaan solar (solar flares) yang kerap terjadi di matahari akan menghancurkan semua kehidupan dalam dunia.
Dr Hugh Ross menyatakan hal ini mengenai kepentingan jalur Van Allen kepada kehidupan;
Sebenarnya, bumi mempunyai kepadatan paling tinggi berbanding sebarang planet dalam sistem solar kita. Teras besar nikal-besi ini bertanggungjawab untuk medan magnet gergasi kita. Medan magnet ini menghasilkan perisai radiasi Van Allen yang melindungi bumi dari pengeboman radiasi. Sekiranya perisai ini tidak wujud, kehidupan tidak mungkin berada di bumi. Satu-satunya planet berbatu yang mempunyai medan magnet ialah Utarid- tetapi kekuatan medannya 100 kali lebih kecil berbanding medan magnet bumi, bahkan Zuhrah, saudara planet kita, tidak mempunyai sebarang medan magnet. Perisai radiasi Van Allen adalah satu rekaan yang unik kepada bumi.
Tenaga yang dipancarkan dari salah satu pembakaran yang dikesan baru-baru ini telah dikira dan dipastikan adalah bersamaan dengan 100 juta kali ganda bom atom yang digugurkan di Hiroshima!!. 58 jam selepas letupan ini, jarum kompas magnetik diperhatikan menunjukkan pergerakan yang luar biasa dan 250 kilometer di atas atmosfera bumi, suhu jatuh mendadak kepada 2500 darjah selsius.
Ringkasnya, sebuah sistem yang sempurna sedang bekerja di luar permukaan bumi. Ia mengelilingi dunia kita dan melindunginya dari ancaman luar. Saintis hanya menyedari hal ini beberapa tahun lalu. Tetapi Tuhan telah menerangkan kepada kita dalam Al-Qur'an mengenai atmosfera bumi yang berfungsi sebagai perisai pelindung 14 abad lalu.
P.s: Terima kasih teknologi hari ini kerana membongkar kehebatan Allah S.W.T untuk kita lebih
beriman.
Wednesday, January 26, 2011
Keajaiban Saintifik Di dalam Al-Qur’an: Bentuk Bumi
pada entri kali ini, kita akan membincangkan mengenai bentuk bumi yang kita diami hari. Sekarang kita telah ketahui bumi ini berbentuk sfera melalui subjek sains di sekolah-sekolah mahupun di universiti. Kita telah diberitahu bahawa ini telah dibuktikan melalui teknologi yang kita miliki hari ini, tapi tahukah anda bahawa, Al-Qur’an telah menerangkan perkara ini secara kiasan semenjak lebih 1,400 tahun dahulu.
"Dia menciptakan langit dan bumi dengan kebenaran. Dia membungkuskan malam atas siang dan membungkuskan siang atas malam” (Surah Az-Zumar:5)
Dalam Al-Qur'an, perkataan yang digunakan untuk menerangkan alam semesta adalah sangat penting. Kalimah arab yang diertikan sebagai 'membalut' dalam ayat di atas adalah 'takwir', dan dalam bahasa inggeris, ia bermakud 'menjadikan sesuatu membalut sesuatu yang lain, dililit sebagai satu pakaian yang terhampar. Sebagai contoh, dalam kamus arab perkataan ini digunakan untuk perbuatan membalut sesuatu mengelilingi suatu yang lain seperti mana orang yang memakai serban.
Maklumat yang diertikan di dalam ayat mengenai siang dan malam yang membalut antara satu sama lain menyatakan maklumat yang tepat mengenai bentuk dunia. Fenomena ini hanya akan menjadi benar sekiranya bumi adalah berbentuk bulat. Ini bererti bahawa di dalam Al-Qur'an, yang diturunkan di abad ke 7, bentuk sfera bumi telah di disebutkan secara kiasan di dalamnya.
Ianya harus diingat, bagaimanapun, bahawa pemahaman mengenai astronomi ketika itu melihat dunia secara berbeza. Ketika itu difikirkan bahawa bumi berbentuk dataran rata dan semua pengiraan saintifk dan penjelasan berdasarkan kepada kepercayaan ini. Ayat Al-Qur'an bagaimanapun telah memuatkan maklumat yang baru diketahui beberapa abad sebelum ini, oleh kerana Al-Qur'an adalah kalam Tuhan, perkataan yang paling tepat digunakan di dalamnya ketika menerangkan mengenai alam semesta.
p.s: mengapa bumi ini bulat?
Keajaiban Saintifik Di dalam Al-Qur’an: Orbit-orbit Di Alam Semesta

Banyak fakta-fakta menarik di sekeliling kita tapi tahukah anda fakta yang sangat menarik dan tepat adalah berada sangat hampir dengan kita sebagai umat islam ataupun penganut agama-agama lain sekalipun iaitu Al-Qur’an. Di dalam Al-Qur’an terdapat banyak ilmu-ilmu atau pengajaran-pengajaran yang diturunkan oleh Allah kepada kita supaya memberi kita pedoman dan iktibar di dalam kehidupan baik di dunia atau pun di akhirat kelak. Di dalam entri kali ini, saya ingin membuka mata kita semua dan saling ingat mengingati akan keajaiban saintifik yang dikemukakan di dalam Al-Qur’an. Terdapat begitu banyak sekali ayat-ayat berkenaan saintifik telah dikemukakan di dalam Al-Qur’an dan sebahagian besarnya baru ditemui kehebatan Allah ini melalui teknologi moden hari ini. Pada kali ini, saya ingin membuka mata kita tentang Orbit-orbit di alam semesta.
Ketika menerangkan mengenai bulan dan matahari dalam Al-Qur'an, ianya ditekankan bersama bahawa setiap satunya mempunyai laluan orbit tertentu;
“Dia yang menjadikan malam dan siang, matahari dan bulan, setiap mereka berenang di falak (tempat peredarannya)”. (Surah al-Anbiya; 33)
Dalam ayat lain dinyatakan juga bahawa matahari sebenarnya bukan objek yang statik tetapi juga mempunyai orbitnya tertentu;
“Dan matahari beredar di tempat peredarannya. Demikianlah ketetapan yang maha Perkasa dan maha Mengetahui.” (Surah Yaasin;38)
Fakta yang dikemukakan dalam Al-Qur'an ini telah ditemui melalui pemerhatian astronomi hari ini. Berdasarkan kepada kiraan pakar-pakar astronomi, matahari bergerak dalam kelajuan yang besar selaju 720, 000 km sejam mengarah ke bintang Vega dalam satu orbit tertentu dalam sistem Solar Apex. Ini bererti matahari bergerak sejauh 17,280,000 km sejam secara anggaran. Bersama-sama dengan matahari, dan semua planet dan satelit yang berada dalam lingkungan sistem graviti matahari (sistem solar) juga turut bergerak pada jarak yang sama. Sebagai tambahan, semua bintang dalam alam semesta adalah berada dalam satu persamaan pergerakan yang telah ditentukan.
Lanjutan hal ini, iaitu alam semesta dipenuhi dengan lintasan dan orbit telah dimaktubkan di dalam Al-Qur'an;
“Demi langit yang mempunyai jalan-jalan.” (Surah az-Dzariyat;7)
Terdapat lebih kurang 200 bilion galaksi dalam alam semesta, yang mengandungi hampir 200 billion bintang setiap satu. Kebanyakan dari bintang-bintang ini mempunyai planet-planet dan kebanyakan dari planet ini mempunyai satelit. Semua objek-objek langit ini bergerak menepati orbit-orbit yang telah dicongak. Untuk berapa juta tahun, semuanya 'berenang' melintasi orbit masing-masing dalam keseimbangan dan susunan yang sempurna bersama-sama dengan yang lain. Selanjutnya, bilangan komet yang banyak juga bergerak bersama dalam orbit-orbit yang telah ditentukan untuk mereka.
Orbit-orbit dalam alam semesta bukan sahaja dimiliki oleh jasad-jasad langit ini, tetapi juga dimiliki oleh galaksi-galaksi yang bergerak pada kelajuan yang besar dalam orbit-orbit yang telah ditetapkan. Sewaktu dalam pergerakan, tidak ada satupun objek langit ini yang memotong orbit atau bertembung dengan objek lain.
Suatu yang pasti, ketika Al-Qur'an di turunkan manusia tidak mempunyai sebarang teleskop seperti hari ini atau teknologi pemerhatian yang maju untuk memerhati jutaan kilometer ruang angkasa, dan juga tanpa pengetahuan fizik atau astronomi yang moden. Dengan hal ini, ianya suatu yang mustahil ketika itu untuk menentukan secara saintifik bahawa ruang langit 'dipenuhi dengan lintasan dan orbit' seperti yang dinyatakan dalam Al-Qur'an. Bagaimanapun, hal ini secara jelas diterangkan kepada manusia dalam Al-Qur'an yang diwahyukan ketika itu -kerana Al-Qur'an sebenarnya adalah kalam Tuhan.
p.s: akan mengupas dengan lebih banyak di masa akan datang, insyaallah.
Tuesday, January 25, 2011
GUNUNG – GANANG BERGERAK SEPANJANG MASA?

Dalam sebaris ayat di dalam Al Qur’an, kita telah dimaklumkan bahawa gunung-ganang bukanlah kaku seperti yang kita lihat, tetapi adalah dalam pergerakan secara berterusan.
“Dan kamu melihat gunung-gunung itu, kamu menyangka ianya tetap di tempatnya, padahal ia bergerak seperti geraknya awan” .(Surah an-Naml;88.)
Pergerakan gunung-ganang ini adalah disebabkan oleh gerakan dalam kerak bumi di mana ia terletak. Kerak bumi 'terapung' di atas lapisan mantel, yang lebih padat. Pada awal kurun ke 20, pertama kali dalam sejarah apabila seorang saintis jerman bermana Alfred Wegener mengemukakan bahawa benua-benua bumi sebenarnya bergabung bersama ketika ia terbentuk pertama kali, tetapi kemudian hanyut dalam arah yang berbeza-beza, dan akhirnya terpisah ketika bergerak menjauhi antara satu sama lain.
Pakar geologi baru hari ini menyedari bahawa Wegener sebenarnya adalah benar ketika mengemukakan fakta ini pada tahun 1980 an, 50 tahun selepas kematiannya. Seperti yang dinyatakan oleh Wegener dalam artikel yang diterbitkan pada tahun 1915, daratan bumi terbentuk dalam satu gugusan daratan 500 juta tahun lalu, dan daratan besar ini yang dipanggil Pangaea, terletak di kutub selatan.
Melalui anggaran, 80 juta tahun lalu, Pangaea terbahagi kepada dua bahagian yang hanyut dalam arah yang berbeza. Satu dari benua gergasi ini ialah Gondwana, yang meliputi Afrika, Australia, Antartika dan India. Bahagian yang satu lagi dipanggil Laurasia yang meliputi Eropah, Amerika utara dan Asia kecuali India. Lebih dari 150 juta tahun selepas pemisahan ini, Gondwana dan Laurasia berpecah kepada bahagian yang lebih kecil.
Semua benua ini yang timbul selepas penghayutan dataran Pangaea, bergerak secara konstan di permukaan bumi pada kadar beberapa sentimeter setahun, pada masa yang sama menyebabkan perubahan keseimbangan laut dan darat di bumi.
Ditemui sebagai satu hasil kajian geologikal yang dijalankan pada awal abad ke 20, pergerakan kerak bumi ini dijelaskan oleh saintis sebagai berikut;
Kerak dan bahagian atas mantel, dengan ketebalan hampir 100 kilometer, terbahagi kepada beberapa segmen dipanggil daratan. Terdapat enam daratan besar dan beberapa daratan kecil. Berdasarkan kepada teori dipangil 'tektonik daratan', daratan ini bergerak berpusing permukaan bumi, dengan membawa benua-benua dan lantai lautan bersamanya….pergerakan benua telah disukat pada kadar 1-5 sentimeter per tahun. Pergerakan daratan yang berterusan ini akan mengubah sedikit demi sedikit kedudukan geografi dunia. Setiap tahun, sebagai contoh, lautan Atlantik menjadi sedikit lebih luas.
Di sana harus dinyatakan beberapa fakta penting; Tuhan merujuk pergerakan gunung-ganang sebagai satu gerakan 'penghanyutan' dalam ayat tersebut. Hari ini, saintis moden juga menggunakan istilah "hanyutan benua' untuk fenomena ini.
Suatu yang tidak diragui ialah satu dari keajaiban Al-Qur'an ialah fakta saintifik ini yang baru diketahui baru-baru ini melalui bidang sains, telah pun dikhabarkan dalam Al-Qur'an sejak lama dahulu.
Sumber: Harun Yahya
p.s: agaknya,kalau kita boleh nampak gunung-gunung bergerak,apakah yang kita rasa?
Monday, January 24, 2011
KEAJAIBAN CAP JARI
Ketika Tuhan menyatakan dalam Al-Qur'an bahawa amat mudah bagiNya untuk membangkitkan manusia selepas kematian, cap jari manusia secara khusus ditekankan:
“Apakah manusia mengira bahawa kami tidak akan mengumpulkan (kembali) tulang-temulangnya?. Bahkan, Sebenarnya Kami berkuasa untuk menyusun (kembali) jari-jemarinya dengan sempurna”. (Surah al-Qiyamah; 3-4)
Kepentingan dalam cap jari mempunyai pengertian yang istimewa. Ini adalah kerana set cap jari setiap orang adalah unik bagi dirinya. Setiap orang yang hidup atau pernah hidup dalam dunia ini mempunyai satu set cap jari yang unik dan ia tidak akan sama.
Ini adalah sebab mengapa cap jari diterima sebagai satu bukti penting pengenalan diri, yang eksklusif kepada pemiliknya, dan digunakan untuk tujuan pengenalan identiti di seluruh dunia. cap jari juga tidak mungkin terhapus walaupun jari terbakar melainkan tangan kita putus.
Tetapi apa yang lebih penting ialah bahawa ciri-ciri cap jari ini baru ditemui pada akhir kurun ke 19. Sebelum itu, manusia menanggap cap jari adalah satu lengkungan yang biasa tanpa sebarang kepentingan atau pengertian yang spesifik. Bagaimanapun dalam Al-Qur'an, Tuhan mengisyaratkan cap jari, fakta yang tidak menarik minat siapa ketika itu, dan menarik tumpuan kita kepada kepentingannya- satu kepentingan yang akhirnya baru difahami hari ini.
petikan dari karya Harun Yahya: Keajaiban Saintifik Al-Qur'an (Klik untuk membaca dengan lebih lanjut)
KADAR HUJAN SETIAP TAHUN ADALAH SAMA?

Satu dari butir maklumat yang diberikan dalam Al-Qur'an mengenai hujan ialah penurunan hujan dalam kadar tertentu. Hal ini disebutkan dalam surah az-Zukhruf sebagai berikut;
“Dan Yang menurunkan air dari langit dengan kadar (tertentu) lalu Kami hidupkan dengan air itu negeri yang mati” (Surah Zukhruf: 11)
Kuantiti yang diukur dalam hujan telah ditemui oleh kajian moden. Satu anggaran yang telah dibuat iaitu setiap satu saat, dianggarkan 16 juta tan air mengewap dari permukaan bumi. Jumlah air yang mengewap dalam setahun lebih kurang 513 juta tan. Angka ini bersamaan dengan jumlah hujan yang turun ke bumi dalam setahun. Ini bererti air secara berterusan dikitarkan dalam satu kitaran yang seimbang, dalam satu 'kadar'. Hidupan dalam bumi bergantung kepada kitaran air ini. Sekalipun dengan menggunakan teknologi yang paling maju dalam dunia, mereka tidak akan mampu untuk menghasilkan kitaran ini secara tiruan.
Hanya dengan sedikit kekurangan dalam keseimbangan ini mampu untuk menimbulkan kecelaruan ekologikal yang besar yang akan memusnahkan hidupan dalam dunia. Bagaimanapun fenomena kitaran ini masih stabil dan hujan tetap turun dalam kadar kuantiti yang tepat seperti yang dinyatakan oleh Al-Qur'an.
Kesimpulannya setiap tahun hujan turun dengan kadar yang sama iaitu 513 juta tan dan ia tidak pernah berubah sejak beribu-ribu tahun! Amazing isn’t?
petikan dari karya Harun Yahya: Keajaiban Saintifik Al-Qur'an (Klik untuk membaca dengan lebih lanjut)
RELATIVITI MASA

Hari ini, konsep relativiti masa adalah merupakan satu fakta saintifik yang telah pun dibuktikan. Hal ini telah di dedahkan melalui Teori Relativiti Einstein seawal abad ke 20. Sebelum itu, manusia tidak mengetahui bahawa masa adalah satu konsep yang bersifat relatif, dan bahawa ianya boleh berubah bergantung kepada persekitaran. Akhirnya, saintis agung Albert Einstein secara terbuka membuktikan fakta ini melalui teori relativitinya. Dia menunjukkan bahawa masa adalah bebas dari jisim dan halaju. Dalam sejarah manusia, tiada seorang pun yang pernah menjelaskan fakta ini secara nyata. Meskipun dengan satu pengecualian; Al-Qur'an telah pun memuatkan maklumat mengenai kerelatifan masa lebih lama dari Einstein!! Beberapa ayat mengenai subjek ini berbunyi :
"Dan mereka meminta kepadamu agar azab itu disegerakan, padahal Allah sekali-kali tidak akan menyalahi janjinya. Sesungguhnya sehari di sisi Tuhanmu adalah seperti seribu tahun dari tahun-tahun yang kamu hitung. (Surah Al-Hadid: 47)
"Dia mengatur urusan dari langit ke bumi, kemudian (urusan) itu naik kepadaNya dalam satu saat yang kadarnya adalah seribu tahun menurut perhitunganmu". Surah As-Sajadah: 5)
"Para malaikat dan Jibril naik kepada Tuhan dalam sehari yang kadarnya lima puluh ribu tahun". (Surah Al-Ma'arij: 4)
Dalam setengah ayat, ianya dijelaskan bahawa manusia merasakan masa secara berbeza dan kadang-kadang mereka boleh merasa suatu masa yang singkat seolah-olah suatu masa yang panjang. Perbualan manusia berikut yang terjadi sewaktu pengadilan mereka di Hari Kemudian adalah satu contoh yang baik dalam hal ini.
"Allah berfirman: berapa tahun lamanya kamu tinggal dibumi?. Sahut mereka itu: kami tinggal sehari atau setengah hari, maka tanyakanlah kepada orang-orang yang menghitungnya. Allah berfirman: Kamu tiada tinggal (di dunia) melainkan sebentar saja jika kamu mengetahuinya”. (Surah Al-Mukminun: 112-114).
Fakta mengenai kerelatifan masa adalah sangat jelas disebutkan di dalam Al-Qur'an, yang dinyatakan pada tahun 610 adalah satu lagi bukti bahawa Al-Qur'an adalah sebuah kitab suci!
petikan dari karya Harun Yahya: Keajaiban Saintifik Al-Qur'an (Klik untuk membaca dengan lebih lanjut)
Subscribe to:
Posts (Atom)

















