nuffnang ads

Tuesday, August 16, 2011

Lelaki Magnet Malaysia Yang Paling COOL

This power are not an illusion

Liew Thow Lin, 74 tahun merupakan seorang kontraktor yang dah pencen dan berbangsa cina. Dia digelar sebagai Lelaki Magnet Malaysia kerana mempunyai kebolehan yang mengagumkan untuk melekatkan objek besi ke badannya. Setelah kajian dilakukan oleh seorang pensyarah dari Universiti Teknologi Malaysia yang bernama Nasrul Humaimi Mahmood mengatakan kemungkinan kebolehannya ini disebabkan oleh kulitnya yang mempunyai sifat untuk menyedut dan kenyataan ini telah disokong oleh Prof. Dr. Mohamed Amin Alias yang juga merupakan pensyarah Universiti Teknologi Malaysia. Ianya seperti sudah ada di dalam gen dan DNA nya. Sebab itulah kelebihannya ini juga diwarisi oleh 2 orang anaknya dan 2 orang cucunya.






Seni $100,000 Di Dinding Muzium Yang Paling SARKASTIK

Spendable art that's not for sale

Kamu ada duit sebanyak USD$100,000, dan apa yang kamu ingin lakukan dengan duit tersebut? Bagi seorang artis yang berumur 70 tahun, Hans-Peter Feldmann, beliau tahu apa yang ingin dilakukannya. Pada musim luruh yang lepas, beliau telah menerima anugerah Biennal Hugo Boss atas hasil seni yang dilakukannya dan membawa pulang USD$100,000 sebagai ganjaran. Beliau merupakan artis yang paling tua ketika anugerah itu berlansung. Bagi menunjukkan apresiasi beliau terhadap hadiah yang diterimanya, beliau telah menyusun setiap satu dolar daripadanya di sebuah bilik di Musium Guggenheim.

Beliau yang menyusun duit itu bersama rakannya telah mengambil masa selama 13 hari untuk mengabiskan 100,000 keping duit 1 dolar untuk memenuhi setiap dinding yang telah disediakan untuknya. Beliau melakukan tersebut supaya apabila ada pengunjung yang melawatinya, akan kagum dengan permandangan tersebut dan sedar akan kuantitinya yang banyak.

Beliau telah menggunaka semua jenis duit 1 dolar termasuklah yang telah dipakai bagi menunjukkan betapa  bergunanya jika ianya dihabiskan ke arah kebaikan. Beliau ada menerangkan bahawa pecinta-pencita seni pada suatu ketika dahulu membuat sesuatu seni hanya kerana mereka mencintainya, tetapi sekarang hasil seni hanyalah dilakukan untuk duit dan itu juga salah satu sebab mengapa beliau melakukan seperti ini. Di dinding ini, kita dapat lihat gambaran betapa banyaknya nilai 100,000 itu, tetapi ianya tidak dapat dibandingkan dengan jumlah keseluruhan hutang negara Amerika yang aku paparkan pada beberapa hari lalu. Ianya terlalu banyak untuk digambarkan. Enjoy your 100,000 dollar bills!



Marbelous - Meja Diukir Dengan Laluan Guli Yang Paling GENIUS

sesuai untuk kanak-kanak 

Sebuah meja (kurang pasti samada meja makan ataupun meja ape) yang paling genius telah direka oleh pereka Belanda iaitu Nathan Wierink dan Tineke Beunders. Meja ini diperbuat daripada kayu dan mempunyai laluan bersilang yang mana guli boleh melaluinya dan terus jatuh ke lantai. Amat menyeronokkan jika melihat guli-guli yang melalui ukiran tersebut, walaupun ianya masih belum begitu detail tetapi pergerakan guli-guli tersebut membuatkan kita terpukau. Sebelum menunggu hidangan makanan (jika dibuat sebgai meja makan), kita boleh merehatkankan dulu minda dengan bermain guli. Meja yang telah mendapat berbagai anugerah ini direka berdasarkan minda kanak-kanak dan dewasa ini agak berbaloi untuk dimiliki. Enjoy!