nuffnang ads

Tuesday, May 29, 2012

Ketam Kulit Lembut

Lembut Bukan Sebarang Lembut

Ketam adalah krustasia decapod dari infraorder Brachyura, dimana biasanya mempunyai "ekor" yang amat pendek atau di mana abdomennya adalah seluruhnya tersembunyi di bawah thoraks. Mereka umumnya diliputi dengan satu cengkerang eksoskeleton tebal, dan dilengkapi dengan sepasang kuku chelae. Ketam dijumpai di semua lautan dunia, terdapat juga banyak ketam air tawar dan haiwan terestrial, khususnya di rantau tropikal.

Ketam, sinonim dengan cangkerang yang kulitnya keras. Berikutan itu ada di antara kita yang tidak gemar memakan ketam. Kerana jika tersilap langkah, sudah pasti akan tertelan kulitnya dan boleh menyebabkan kecederaan pada tekak. Ada juga yang tergigit kulit ketam sehingga menyebabkan kecederaan pada gusi dan gigi.

Tuesday, March 13, 2012

Merdu Suara Memberontak



Korupsi,korupsi, korupsi..

Dikepalai oleh hati yang basi
kapitalis yang berani untuk dilaknati
hidung tinggi dikawal rantai besi
"aku senang, kau semua boleh pergi mati!"

Korupsi, korupsi, korupsi...

Bangsa bawahan terus membenci
perjuangan hanya didalam hati
kebangkitan pasti dipijak lagi
bilakah kebangsatan ini akan terhenti??

Korupsi, korupsi, korupsi..

Tiada apa yang aku ingin katakan lagi
kerana ENGKAU SEMEMANGNYA BABI..


Monday, February 13, 2012

Bergantungan Di Angkasa


Bulan ibarat diriku
Dia ibarat matahari

Tidak mungkin akan bertemu
Hingga kini masih mencari

Bulan bulan bersinar terang
menagih belas mentari

Bulan cantik mengambang
Tatkala matahari menghidupkan bumi

pagi , dia akan kembali..
pagi , ku akan pergi..

petang, dia melarikan diri..
petang, aku menyusul sunyi..

satu sumbangan berkongsi..

PASTI! Tidak akan bersemi, walaupun sekali..

Aku masih menanti, bertemu matahari
Untuk menyinari diri ini

Sepi....