nuffnang ads

Thursday, August 4, 2011

Keajaiban Buah Tunjuk Langit

Semalam aku pergi bazar Ramadhan, tengah jalan-jalan sambil usha-usha makanan, aku ternampak sesuatu benda yang pelik. Mula-mula aku ingat perhiasan. Aku pun pelik la kat tengah-tengah bazar Ramadhan ni ada pulak jual perhiasan. Pastu aku pun pergi la tengok. Rupa-rupanya, itu adalah sejenis buah.



Buah Tunjuk Langit (Swietenia macrophylla.) juga dikenali sebagai Sky-fruit atau Buah Mahagony merupakan sejenis tumbuhan herba yang terdapat di Asia Tenggara. 

Swietenia macrophylla, Mahogani Daun Besar atau Mahogani Honduras adalah tumbuhan liar yang berasal dari jenis pokok Meliaceae (keluarga pokok Mahogani atau Mahoni). Pokok ini tumbuh di kawasan hutan hujan tropika yang bersuhu kering dan lembap terutamanya di Amerika Selatan, India Barat, Kepulauan Indonesia, Fiji, Honduras, Kepulauan Solomon dan juga Malaysia. Ia digelar Raja Swietenia atau Raja Mahogani oleh kerana mutu kayunya yang tinggi di pasaran dunia sejak beratus tahun yang lalu.


Pokok Tunjuk Langit mempunyai akar yang serumpun, berwarna merah dan memiliki rasa lemak. Ia mudah tumbuh di kawasan lembah yang lembab dan agak teduh. Kebiasannya herba ini boleh didapati berhampiran dengan kampung dan kebun kecil getah di bahagian utara Semenanjung.

Fotografi Bandar Dubai Menggunakan Peralatan Abad ke 19 Yang Paling COOL

Ultra modern vintage


Seorang jurugambar, Martin Becka, telah menghasilkan siri fotografi bandar Dubai pada tahun 2008 dengan menggunakan peralatan dari abad ke-19 dan hasilnya sememangnya menarik. Ianya kelihatan seperti realiti dunia super moden seperti yang digambarkan didalam filem 1920-an, 'Metropolis' arahan Fritz lang.




Fotografi Bob Marley Sedang Bermain Bola Yang Paling RARE

"One good thing about music, when it hits you, you feel no pain." - Bob Marley




Lukisan Gergasi Menggunakan Ratusan Manusia Yang Paling AWESOME

"Art for the sky opens hearts, instills vision and changes the way we see the world"

Seni yang Awesome ni dipanggil "Art For The Sky". Ia adalah hasil kreativiti seorang jurugambar yang bernama Daniel Dancer. Dengan cara menyusun dan mengatur manusia, hasil seni ini boleh dihayati melalui pandangan dari atas langit. Kebanyakan seni ini adalah untuk projek amal dan bermotifkan untuk menjaga serta memelihara alam sekitar.