nuffnang ads

Showing posts with label Yang Paling Kreatif. Show all posts
Showing posts with label Yang Paling Kreatif. Show all posts

Wednesday, February 1, 2012

Public Phone Yang Paling Kreatif

"Hey Steve I'm on a pay phone, so if you're there pick up, pick up, pick up, pick up, pick up, pick up, pick up, pick up, well OK, call me back." - Chip Douglas/The Cable Guy (Jim Carrey)

Tu adalah dialog dari movie The Cable Guy (1996). Movie ni adalah tentang seorang Cable Guy yang kesunyian dan psiko yang membesar dengan hanya televisyen ingin mempunyai kawan. Target dia adalah seorang Designer dimana dia bagi saluran TV percuma secara haram. Mula-mula, Designer tu hepi la. Tapi lama-lama Cable Guy ni selalu je mengganggu. Pastu Designer ni pun tension la, langsung terus reject friendship si Cable Guy tu dan kemudian terjadilah pelbagai perkara yang teruk. Kalau nak tau selanjutnye tengok sendiri la cite ni. Tak best la kalo aku cite sume kan? Bagi aku cite ni menarik la dan mesti korang macam keliru dengan tajuk entry ni kan...tapi bukan pasal movie ni yang aku nak cerita. Sebenarnya aku nak tunjuk kat korang pasal Public Phone Yang Paling Kreatif. Saje je nak nampak banyak sikit penulisan tuk entry ni...HOHOHOHO!!! LOL!!! =D


Budak-budak zaman sekarang tahu ke apa itu Public Phone ni? Ada lagi ke kat Malaysia ni? Kalau ada pun banyak yang dah rosak dah aku tengok. Kalau dulu memang ramai la yang guna. Tapi semenjak zaman teknologi dan makin power ni. Sume pakai handphone je kan? Budak sekolah pun dah ada handphone dah la ni. Aku dulu, abes SPM pastu kerja sendiri (time tu aku kerja kejap kat The Store jadi Sales Assistant) baru dapat beli handphone. Untung la budak-budak zaman sekarang. Apa-apa pun jom kite lihat gambar Public Phone dibawah. ENJOY!!!





Sunday, January 1, 2012

Lampu Isyarat Berkonsepkan Jam Pasir Yang Paling KREATIF

RED.YELLOW.GREEN

Biasanya kita tengok lampu isyarat dia ada 3 bulat yang berwarna merah, kuning dan hijau. Yang terkini yang ada kat Malaysia pun just yang ada timer, so kita bole tahu berapa lama lagi masa yang tinggal untuk kita terus memecut. Tapi kini, Thanva Thivawong telah membawa lampu isyarat ke satu level yang baru dimana ia berkonsepkan jam pasir. Huhu....sangat kreatif dan menarik!!! Bile la nak ada kat Malaysia ni??



Thursday, September 29, 2011

Jubah Mandi Yang Paling KREATIF!!

You look GREAT!! even in the TOILET....



JUBAH MANDI BATMAN



JUBAH MANDI BABY JERUNG



JUBAH MANDI STAR WARS

Wednesday, September 21, 2011

10 Iklan Penyedut Hampagas Yang Paling KREATIF

Vision without action is merely a dream, action without vision just passes the time, vision with action can change the world!



Tuesday, September 20, 2011

Sleeping Bag Yang Paling Kreatif

WEIRD but CREATIVE!!!



Shark Attack Sleeping Bag




Bear Sleeping Bag




Tauntaun Sleeping Bag


Monday, September 19, 2011

R2-D2, C3PO Dan Stormtrooper Versi 1920-an Yang Paling KREATIF

Steampunk version of star wars characters!

Bagi peminat filem star wars, anda pasti mengenali watak-watak seperti R2D2, C3PO dan Stormtrooper. Ianya sememangnya watak lagenda bagi industri perfileman hollywood. Tetapi bagaiman jika karakter-karakter tersebut datang dari tahun 1920-an? Bagaimanakah rupa bentuk mereka? Bagi seorang pereka, Jordan Thomas, beliau telah mereka figura berupa karakter tersebut jika mereka datang darin tahu 1920-an.




Sunday, September 11, 2011

Lukisan Diatas Deretan Pensil Yang Paling KREATIF

another creative art made from pencils 

Aku yakin ramai diantara kita yang pernah melukis diatas kertas, well sememangnya kita melukis atas kertas kan. Ok, nonsense. Tapi pernahkah anda semua melukis di atas pensil? aku yakin memang takda, betul tak? Tapi tidak bagi seorang pelukis yang menggunakan nama pena sebagai Ghostpatrol. Beliau yang berasal dari Melbourne , Australia, telah menghasilkan sebuah siri lukisan yang telah dilukis diatas deretan pensil yang telah disusun rapat. Ianya sememangnya cool dan kreatif! Kalau nak enjoy lebih banyak lukisan sebegini, anda boleh lah ke SINI atau SINI.



Poster Iklan 'Safety Road' Yang Paling KREATIF

nice poster

Sememangnya kita tahu jalanraya merupakan antara tempat yang paling banyak menumpahkan darah akibat kemalangan. Sudah bermacam-macam cara telah dilakukan bagi mengurangkan kemalangan secara termasuklah mengedarkan poster-poster kesedaran memandu secara berhemah. Berbagai cara kreatif telah dilakukan oleh berbagai pihak bagi menyedarkan pemandu supaya berhati-hati di jalanraya dan poster-poster dibawah ini adalah antar yang paling kreatif. Poster yang telah dihasilkan oleh sebuah syarikat pengiklanan di New Zealand dan mereka telah banyak menghasilkan iklan-iklan yang menarik dan kreatif. Untuk melihat lebih banyak iklan-iklan yang kreatif dari syarikat tersebut, anda bolehlah ke SINI





Saturday, September 10, 2011

Motorsikal Mini Diperbuat Dari Kulit Lobster Yang Paling KREATIF

don't throw the lobster shells!

Seorang chef yang kreatif dari Taiwan telah menggunakan sebaik mungkin kulit lobster yang telah dibuang untuk membuat sebuah motorsikal miniatur. Ianya sangat kreatif dan menarik sehinggakan pakar-pakar pengukir makanan telah mempamerkan hasil kerja beliau kepada khalayak ramai ketika menjalankan sebuah seminar seni memasak, di Fuzhou, China. Jadi, bagi para tukang masak sekalian, janganlah dibuang kulit-kulit lobster setelah diambil isinya, sebaliknya lakukanlah sesuatu yang menarik daripadanya. Enjoy!



Friday, September 9, 2011

Poster Iklan Produk Moden Dalam Versi Retro Yang Paling KREATIF

nice vintage style 

Dapatkah anda baynagkan, anda adalah seorang penduduk ketika tahun 20-an dan terlihat sebuah poster yang menunnjukkan sebuah telefon bimbit. Apakah reaksi anda sedangkan pada waktu itu telefon bimbit masih belum pun dicipta? Ataupun anda bayangkan sajalah jika pada tahun 20-an dahulu sudah terdapat penggunaan internet yang meluas. Tak terbayang? ok, mari kita tengok poster-poster dibawah bagi menggambarkan iklan-iklan moden yang di 'retro'kan sesuai dengan tahun 1920-an. Sangat KREATIF! Enjoy.



Thursday, September 8, 2011

Dari Bangunan Biasa Kepada Bangunan Bertemakan Cerita Dongeng Yang Paling COOL

Disneyland looks alike !

Seorang pelukis dari ukraine, Daria Marchenko telah mengubah beberapa bangunan biasa kepada bangunan yang bertemakan cerita dongeng. Beliau bersama-sama rakannya telah diupah oleh syarikat Night Express untuk mengubah bangunan milik syarikat itu dengan melukis mural 3D bertemakan cerita dongeng dan kartun sesuai dengan permintaan mereka. Syarikat penghantaran yang beroperasi pada malam itu ingin mengingatkan pelanggan mereka tentang kisah-kisah dongeng yang selalu mereka dengar ketika kecil. Dengan bakat dan skill yang tinggi, Daria dan rakan-rakannya telah merealisasikan impian syarikat itu. Enjoy!



Wednesday, September 7, 2011

Barangan-Barangan Diperbuat Dari Kertas Oleh Jennifer Collier Yang Paling KREATIF

Another contribute art from paper!

Seorang artis dari UK, Jennifer Collier telah melakukan barangan-barangan harian kita termasuk baju, sudu, kasut, kamera,typwriter dan macam-macam lagi dengan hanya menggunakan kertas, surat khabar terpakai, kadbod dan peta-peta lama. Kesemua hasil kerjanya direka dengan penuh teliti sehingga kita yang melihatnya merasakan ianya boleh berfungsi walaupun hakikatnya tidak. Barangan kreatif beliau ini akan dipamerkan di Origin Craft Fair pada 22-28 september ini. Untuk melihat dengan lebih banyak rekaan-rekaan beliau, anda boleh la ke laman web beliau di SINI. Enjoy! 



Tuesday, September 6, 2011

Magnet Untuk Shopping List Yang Paling KREATIF

Sesuai untuk suri rumah!

Bagi para isteri, suri rumah dan juga mereka yang bujang, magnet ini adalah inovasi kreatif bagi membantu anda untuk mengingati barangan keperluan yang perlu dibeli. Magnet rekaan Chriss Glass ini terdapat dalam dua jenis, magnet khas untuk barangan keperluan harian dan juga senarai rempah ratus. Bagi barangan keperluan harian disediakan dalam 35 jenis magnet yang menyenaraikan barangan seperti roti, daging, minyak masak, telur dan lain-lain. Manakala bagi rempah ratus pula, terdapat 20 jenis magnet yang tertulis rempah-rempah seperti cili, kulit kayu manis, daun kari dan macam-macam lagi. Sekarang, jika terdapat keperluan dapur yang telah habis, hanya lekatkan sahaja magnet yang berkaitan di peti ais atau tempat lain. 



Pasangan Muda Di China Telah Mengubah Lori Kepada Sebuah Rumah Bergerak

Ingenious home to cut cost!

Diakibatkan tidak mampu untuk membeli rumah sebenar, sepasang kekasih di Kunming China, telah mengubah lori milik mereka kepada sebuah rumah bergerak yang selesa. Susah untuk kita semua yang berumah membayangkan seseorang boleh hidup dengan selesa di belakang lori, tetapi disebabkan harga rumah disana terlalu mahal, mereka terpaksa mengubahsuai lori milik mereka untuk dijadikan kediaman. Dengan keluasan hanya 8.5 meter persegi, ianya dilengkapi dengan kjelengkapan seperti rumah-rumah biasa yang lain seperti sebuah dapur kecil, sinki, dapur elektrik, katil, peti ais, flat screen tv dan juga sebuah komputer yang dilengkapi intenet. Di lori tersebut juga terdapat sebuah tandas, dan pastinya mereka tahu bagaimana untuk membuangnya. 

Berbanding dengan rumah biasa, mereka hanya membelanjakan 130,000 yuan (anggaran RM 59,240) untuk menghasilkannya yang mana jauh lebih murah. Ianya bukanlah sebuah rumah yang luas, tetapi kelengkapannya sudah cukup untuk membuatkan mereka selesa berada disitu walaupun susah untuk mengemas (rumah selalu bergoyang apabila lori tersebut bergerak). Yang penting disini, kekreatifan dan survival skill yang mereka miliki menyebabkan mereka mampu hidup walaupun dihimpit masalah kewangan.






Saturday, September 3, 2011

Peta Interaktif Bandar New York Dalam Bentuk Dunia Mario 8 Bit Yang Paling KREATIF

This is creative!!

Mario memang adalah nama yang tidak asing lagi bagi kita. Sebuah video game yang terkenal pada 90-an ini telah membawa impak yang besar pada industri game. Tetapi, dapatkah anda bayangkan, sebuah peta yang direka didalam bentuk dunia mario? Aku yakin ramai yang tidak terfikit tentang ini. Tetapi tidak bagi seorang penulis, Jesse Eisemann, beliau telah membuat satu peta interaktif 8 bit New York berdasarkan peta konsep dari video game Super Mario. Ianya sangat kreatif dan menarik. Jika anda hendak menjelajah sendiri bandar New York didalam dunia mario, anda bolehlah ke SINI. Enjoy!




Sumber: flavorwire

Thursday, September 1, 2011

Corak Karpet Parsi Moden Direka Dari Google Earth Yang Paling KREATIF

Thanks to Google Earth!

Dengan hanya menggunakan Google Earth, pereka dari Jerman, David Hanauer telah dapat menghasilkan corak-corak kontemporari terhadap pembuatan seni purba karpet parsi. Beliau menamakan projek ini sebagai 'Worldwide Carpets' telah memulakannya sejak 2008 lagi selepas beliau kagum melihat pandangan dari atas terhadap bangunan dan lanskap di Las Vegas dan juga pandangan dari atas penyusunan teratur kawasan perumahan. Selepas itu timbullah idea untuk menggunakan gambar-gambar bandar dari pada atas (ariel) untuk dijadikan corak keatas karpet parsi moden dan sebagai jalan altenatif, beliau telah menggunakan Google Earth memandangkan ianya boleh digunakan dengan percuma. Melihat kepada corak-corak yang telah direka beliau, pasti kita menganggap ianya adalah corak abstrak yang biasa tanpa memikirkan tentang ianya adalah sebenarnya gambar ariel Las Vegas. 

Sebelum melakukan satu-satu corak, beliau mengenalpasti terlebih dahulu bahagian mana yang sesuai untuk dijadikan sebagai corak di Google Earth. Setelah menjumpai tempat-tempat yang menarik, beliau akan menggabungkan 4 gambar yang sama dengan tempat yang dipilih beliau sekaligus membentuk corak karpet parsi. Tetapi corak-corak itu tidaklah diletakkan pada karpet biasa yang dijahit dengan menggunakan tangan, tetapi beliau telah printkan corak itu ke atas karpet Polyester. Walaupun begitu, jalan dan sumber yang digunakan untuk menghasilkan sesebuah corak adalah amat kreatif. Dibawah adalah sebahagian dari corakcorak menarik yang telah dihasilkan beliau. Enjoy!




Friday, August 26, 2011

Penjenamaan Semula Syarikat Terkenal Ke Atas Kondom Yang Paling KREATIF (NSFW)

Adult stuffs!!

Sebuah blog Tumblr, New Condom telah menghasilkan beberapa penjenamaan semula syarikat-syarikat terkenal ketika ini seperti KFC, Pringles, Enegizer dan banyak lagi ke atas kondom secara tidak rasmi. Ianya dilakukan sekadar suka-suka oleh seorang pereka berbakat yang berumur 19 tahun, Max Write. Rekaan tersebut diletakkan sekali dengan logo dan moto syarikat yang berkenaan dan seterusnya membawa makna yang penuh mendalam. As i said, this kind of thing just for adult to really understand the hidden meanings. 18++.



Wednesday, August 24, 2011

Skulptur Manipulasi Sayuran Dan Buahan Yang Paling KREATIF

Makan pon sodap!

Seni skulptur sayuran dan buahan yang comel ini dihasilkan oleh Carl Kleiner. Beliau membuat khas skulptur ini untuk kempen iklan IKEA telah meletakkan tahap kekreatifannya ditahap maksimum. Skulptur yang segar dan menarik ini dihasilkan dalam banyak bentuk atau wajah haiwan dan telah difotografikan dihadapan latar belakang yang colourful seterusnya menimbulkan kesegaran sayuran skulptur tersebut. Tetapi, jika ianya dimakan, adalah lebih baik. Enjoy!




Monday, August 22, 2011

Poster Diperbuat Dari Pecahan Barangan Elektronik Yang Paling KREATIF

poster yang sangat kreatif

Seorang pengarah kesenian, Murilo Melo telah menghasilkan siri poster yang kreatif untuk Companthia Athletica Gyms di Brazil dengan menggunakan pecahan barangan-barangan elektronik seperti televisyen, video game dan komputer. Beliau telah membuat bentuk manusia sedang melakukan senaman ataupun sedang bersukan dengan menggunakan pecahan barangan tersebut. Projek ini mengambil masa selama 4 bulan sebelum siap. Walaupun begitu hasilnya amatlah menakjubkan. Enjoy! 



Sunday, August 21, 2011

Skulptur Pelik Oleh Choi Xoo Ang Yang Paling KREATIF

freak creatures you got there

Hasil rekaan pelik oleh Choi Xoo Ang ini sememangnya penuh makna tersirat. Beliau yang berasal dari Korea Selatan telah menggunakan tanah liat polimer untuk menghasilkan skulptur sebegini. Terdapat banyak versi telah dihasilkan olehnya termasuklah arca figura manusia yang tidak boleh bercakap, mendengar atau melihat dan banyak lagi. Anda boleh lihat hasil kreativitinya dengan lebih banyak di SINI dan SINI. Enjoy!