nuffnang ads

Sunday, December 16, 2012

Kosong


Petang yang indah.

Seperti hari indah yang lain, petang ini masih tiada yang istimewa. Masih tidak terkeluar dari ulangan hari yang lain. Taman tasik yang berada di pinngir bandar itu masih dipenuhi oleh manusia manusia yang ingin menikmati keindahan alam, ada juga ingin berlari lari anak mengelilingi tasik yang separa bulat itu, dan ada juga mahu memecut laju. Tidak kurang juga manusia yang mahu meluangkan masa bersama keluarga, kekasih dan kawan kawan, meratah permandangan tasik indah bekas tinggalan lombong bijih timah. Dari kebanyakan ragam manusia manusia tersebut, terdapat lah aku berdiri di di hadapan pintu masuk ke tasik tersebut, mengikuti sebilangan gelagat manusia yang mahu memerhati kan gelagat manusia yang lain. Satu serpihan gelagat yang kecil dikalangan gelagat ‘stereotype’ yang lain.

Berpakaian kasual , berbaju T-shirt hitam yang terdapat tulisan yang menggunakan font ‘Avatar’ di bahagian hadapan yang tertulis, “Believe” dan kosong dibahagian belakang. Berseluar jeans biru lusuh yang menyapu jalan, berselipar hijau gelap dan tergantung sebuah kamera digital di pangkal leher. Berambut kusut masai dan berbekalkan muka yang sedikit masam, dengan sekali pandang, setiap manusia yang mempunyai akal fikiran yang waras tentu dapat mengagak bahawa aku ke tasik itu bukan untuk ber’jogging’. Mata mata mereka pastinya memandang tepat ke arah aku kerana aku berpakaian lain dari mereka.

Tanpa memperdulikan mereka semua, aku berdiri di belakang batang besi penghalang yang melengkung di pintu masuk tersebut sambil tersenyum, walaupun tasik tersebut tidak mempunyai pagar yang menutup seluruh kawasan , tetapi ditempat aku berdiri itulah laluan masuk utama untuk tasik itu. Sambil menarik nafas yang panjang, aku menuruni anak tangga yang terhidang di depan aku dengan langkahan yang tidak terlalu laju dan tidak terlalu perlahan tetapi dengan langkahan yang yakin. Yakin akan perjalanan yang panjang bakal dilalui sebentar lagi.

Harap semuanya berjalan seperti yang dirancang.

Yang sebenarnya, tujuan asal aku ke tasik tersebut adalah untuk menyiapkan satu lagi assignment yang telah diberikan oleh pensyarah berkenaan dengan kehidupan manusia. Jadi untuk memudahkan kerja, aku pilih, ‘gelagat manusia ketika jogging’. Walaupun aku tahu pemilihan tajuk yang aku buat mungkin tidak begitu akademik, tetapi itulah cara yang paling mudah untuk aku menyiapkannya tambahan pula ‘deadline’ hanya tinggal lagi 2 hari! Jadi, begitulah ceritanya bagaimana aku disini.

Di tasik yang telah berusia hampir 80 tahun itu, telah diturap disekeliling tasik tersebut dengan tar berkelebaran 2 meter, menyusuri keseluruhan tasik sebagai trek larian atau trek pejalan kaki. Di sekeliling tasik tersebut juga terdapat puluhan kerusi batu yang disusun dikiri dan kanan tasik tersebut. Semuanya disusun selang seli di setiap 100 meter pertama dan 150 meter yang terakhir. Dan pada petang ini, kesemuanya telah diduduki! Terdapat juga empat  buah pondok kecil disediakan oleh pihak berkuasa, sesuai untuk dijadikan tempat bersantai bagi yang bekeluarga. 4 pondok tersusun didalam geometri yang sama di 4 penjuru tasik tersebut walaupun tasik itu bukan bersegi empat. Seperti tidak mahu ketinggalan sama seperti tasik tasik tipikal lain,  di tasik itu juga dipasang mekanisme besi yang digunakan oleh pelari untuk merenggangkan otot dan tak kurang juga digunakan oleh manusia lain untuk dijadikan tempat bergambar dan kemudian diuploadnya mereka mereka ini di facebook atau instagram atau mana-mana lamanwebsosial yang lain. Sigh! Dan bagi mengvariasikan lagi tasik tersebut supaya setiap peringkat umur hadir bagi memeriahkan tasik tersebut, disediakan juga ‘playground’ lengkap dengan semua permainan kanak-kanak. Tasik ini adalah laman sesuai untuk manusia melakukan berbagai aktiviti sebelum waktu malam tiba. Dan sekarang, berdiri nya aku di tengah trek larian di titik permulaan tasik tersebut sambil memandang kiri dan kanan dengan mata yang figuratif.  seterusnya memulakan langkahan menuju kearah kanan, ke arah puluhan manusia yang bersantai dikiri dan kanan trek. Perfect spot!

Untuk memerhatikan gelagat manusia , observasi yang menyeluruh dan teliti amat diperlukan. Ini kerana dengan observasi tajam, kita dapat mengenali dan mengetahui sebahagian (kalau tidak keseluruhan) dari personaliti seseorang. Sebahagian besar manusia hanya melihat apa yang mereka ingin lihat, mereka hampir tidak dapat melihat keseluruhan perkara yang ada didepan mata mereka dan dengan sebab itu mereka sering tertipu, tertipu dengan pandangan terhad mereka sendiri.
  
Tetapi semua itu memerlukan latihan dan perngetahuan yang tinggi dan aku berusaha kearah itu. Jadi untuk mempertajamkan lagi skil pemerhatian aku, petang ini merupakan waktu yang sesuai untuk menggunakan sepasang mata dan seketul otak yang berharga ini.  Atas sebab observasi ini lah aku mengambil keputusan dalam masa yang singkat untuk melangkah ke kanan. Kerana kanan lebih ‘hidup’ dari kiri yang ‘pitam’. Kanan lebih ‘terang’ dari kiri yang ‘suram’. Kanan  lebih ‘bersuara’ dari kiri yang ‘pemalu’. Kerana kanan lebih ‘remaja’ dari kiri yang dipenuhi ‘keluarga’.

Ya, aku lebih selesa memerhatikan gelagat remaja kerana mereka senang untuk didekati dan ada dimana mana dan disetiap masa. Walaupun begitu, mereka sangat senang di’baca’. Tidak seperti keluarga. Setiap ahlinya membawa emosi, perasaan dan rahsia yang berbeza baik bagi anak lelaki dan perempuan, ibu dan semestinya bapa.  Faktor ‘deadline’ yang semakin mencekik juga membuatkan aku  memilih ‘remaja’ pada petang ini.

Aku teruskan langkahan sambil mencampak jauh pandangan yang luas terhidang ke seratus meter kehadapan. Terdapat seribu cerita disebalik puluhan muka. Aku tersenyum. Kerja petang ini pasti jadi lebih mudah!