nuffnang ads

Tuesday, July 26, 2011

Fotografi 'Stop - Motion' Oleh Holger Pooten Yang Paling AWESOME

Amazing pieces of art


Sememangnya seni fotografi 'stop motion' menjanjikan hasil yang tidak mengecewakan dan sentiasa menarik jika seseorang itu pandai untuk mengeksploitasikan sesebuah moment. Jadi kali ini, aku nak kongsi dengan korang semua hasil kerja stop motion oleh seorang Jurugambar yang bernama Holger Pooten. Beliau yang banyak menumpukan hasil kerjanya terhadap teknik stop motion telah menghasilkan lambakan gambar-gambar yang menarik untuk dilihat, dan dibawah adalah sebahagian daripadanya. Enjoy!!




Facebook Vs Google + (Infographic)

Who will win??

Baru-baru ini Google telah melancarkan satu laman sosial terbaru rekaan mereka yang dinamakan sebagai Google + dan telah menjadi bualan sedunia. Walaubagaimanapun, ia hanyalah sebagai ujian atau prototype yang mana tidak semua yang boleh merasai aura laman tersebut kerana pihak Google hanya 'menjemput' orang-orang yang terpilih sahaja untuk menggunakannya. Tetapi apakah kelebihan Google + ini sehingga menjadi perbualan hangat ketika ini sehingga membandingkan dengan laman sosial terkenal, Facebook? mari kita lihat infografik dibawah untuk mengetahuinya. Enjoy!!



Adakah Durian Raja Buah-Buahan?

All Hail To The King!!!




     Durian adalah buah tropikal yang berasal dari Asia Tenggara. Warna buah durian biasanya warna hijau dan kadang-kadang agak perang sedikit. Durian ni boleh membesar sampai 30 cm panjang dan 15 cm diameter dan biasanya berat dia lebih kurang 1 hingga 3 kilo.