nuffnang ads

Wednesday, August 24, 2011

Boxers - Fotografi Sebelum Dan Selepas Perlawanan Tinju Yang Paling COOL

So messed up

Kita semua tahu bahawa perlawanan tinju adalah sebuah perlawanan yang agak ganas. jika seseorang peserta itu keluar dari gelanggang, pastinya akan terdapat darah, peluh dan luka. Jarang perseta yang keluar dalam keadaan bersih sepertimana sebelum mereka masuk ke gelanggang. Jadi, atas sebab itulah seorang artis seni dari Denmark, Nicolai Howalt telah memulakan satu siri projek yang telaha dinamakan 'Boxers', yang mana beliau akan merakam gambar setiap peninju pada sebelum dan selepas mereka bertarung. Kita boleh lihat darah yang mengalir dan wajah kepenatan mereka. Kebanyakan yang telah dirakam beliau adalah masih begitu muda yang mana mungkin sesetengah orang akan merasa terganggu melihat luka-luka darah yang mengalir di muka seorang budak. I don't know what to say, but every photo is raw and artistic. Enjoy! 




Skulptur Manipulasi Sayuran Dan Buahan Yang Paling KREATIF

Makan pon sodap!

Seni skulptur sayuran dan buahan yang comel ini dihasilkan oleh Carl Kleiner. Beliau membuat khas skulptur ini untuk kempen iklan IKEA telah meletakkan tahap kekreatifannya ditahap maksimum. Skulptur yang segar dan menarik ini dihasilkan dalam banyak bentuk atau wajah haiwan dan telah difotografikan dihadapan latar belakang yang colourful seterusnya menimbulkan kesegaran sayuran skulptur tersebut. Tetapi, jika ianya dimakan, adalah lebih baik. Enjoy!