nuffnang ads

Friday, August 26, 2011

Perlawanan Lampu Neon Di Jepun Yang Paling DUMBASS (NSFW)

This is madness!

Jepun sememangnya terkenal dengan perkara-perkara yang unik dan pelik. Tetapi perlawanan dengan menggunakan batang lampu kalimantang ini adalah antara yang paling pelik dan bodoh sekali pernah dilakukan. Dua orang lelaki gemuk memukul satu sama lain dengan menggunakan batang lampu kaca sehingga kedua-duanya berlumuran darah dan siapa yang paling lama bertahan, dikira menang.

Ianya pasti tidak akan mendapat tempat diseluruh dunia memandangkan ianya terlalu ganas tetapi di jepun, perlawanan ini begitu popular walaupun perlawanan itu hanya mengundang kesakitan dan jika lampu-lampu tersebut mempunyai cairan merkuri, pastinya boleh mengundang kematian kepada pesertanya. Perlawanan ini juga seperti gusti tetapi ianya melibatkan pendarahan dengan lebih banyak. tapi aku rasa, pesertanya pasti mendapat kepuasan apabila dapat memukul lawannya dengan kaca tersebut. Pernahkah anda semua memecahkan sebatang lampu kalimantang yang telah rosak ke lantai, dinding ataupun ke tiang? jika pernah, anda tahu perasaannya bagaimana!




Penjenamaan Semula Syarikat Terkenal Ke Atas Kondom Yang Paling KREATIF (NSFW)

Adult stuffs!!

Sebuah blog Tumblr, New Condom telah menghasilkan beberapa penjenamaan semula syarikat-syarikat terkenal ketika ini seperti KFC, Pringles, Enegizer dan banyak lagi ke atas kondom secara tidak rasmi. Ianya dilakukan sekadar suka-suka oleh seorang pereka berbakat yang berumur 19 tahun, Max Write. Rekaan tersebut diletakkan sekali dengan logo dan moto syarikat yang berkenaan dan seterusnya membawa makna yang penuh mendalam. As i said, this kind of thing just for adult to really understand the hidden meanings. 18++.



DKNY Golden Delicious Fragrance - Minyak Wangi Pertama Di Dunia Bernilai Sejuta Dolar

what the???   

DKNY telah bekerjasama dengan pakar barang kemas, Martin Katz untuk menghasilkan botol minyak wangi pertama didunia yang bernilai sejuta dolar dan diberi nama DKNY Golden Delicious Million Dollar Fragrance Bottle. Botol minyak wangi tersebut telah diukir dari emas kuning dan putih 14 karat dan mempunyai 2,909 permata yang diambil dari seluruh dunia, ia juga mempunyai 1.65 karat Turqouise Paraiba Tourmaline dari Brazil, Oval Cabochon sejenis nilam seberat 7.18 dari Sri Lanka. Bukan itu sahaja, ia turut dilengkapi dengan 15 rantaian berlian berwarna merah jambu seberat  1.28 karat dari Australia, 4 rantaian berlian berbentuk bunga mawar seberat 0.32 karat, 3.07 karat delima berpotongan bujur dan 4.03 karat Berlian berbentuk buah pear. Wow, shitload of stones!

Kesemua permata, berlian dan emas ini diletakkan sendiri oleh Martin Katz. Permata-permata ini telah dibentuk bersempena mercutanda bangunan di Amerika yang mana ianya sangat sinonim dengan lambang DKNY sendiri. Botol ini akan dipertunjukkan ke seluruh dunia dan akan dijual hanya atas niat yang baik.  Walaupun disangka ianya hanya suatu pembaziran, mereka tetap pandai menutup mata kita semua dengan menyalurkan sebahagian dari hasil penjualan botol itu ke  pusat-pusat kebajikan diseluruh dunia. Well, sekurang-kurangnya ada jugak mereka-mereka yang kesesusahan dapat hasil daripadanya. Wlaubagaimanapun, bakal pembelinya sudah tentu seorang yang jutawan dan banyak duit lebihan yang tidak terpakai.


      


Sumber: luxuryes via worldrecordsacademy