nuffnang ads

Thursday, February 10, 2011

Perjuangan Seorang Blogger


Akhirnya malam itu Akmal dapat juga menyiapkan sebuah entri di dalam blognya setelah berjam-jam menulis dan mengerah otaknya untuk mendapatkan idea. Akmal tersenyum puas. Sebelum beliau post entri tersebut, diteliti dahulu karangan nya supaya memastikan tiada kesalahan tulisan ataupun bahasa yang telah dilakukan agar tidak berputar belit. Diperhatikan satu persatu ayat yang ditulisnya sebelum ini. Setelah berpuas hati dengan karangannya, beliau masih tidak menekan butang post. Dia termenung seketika. Diperhatikan sekali lagi hasil karyanya. Ayat dan isinya sudah lengkap dan mantap  tetapi ianya seperti tidak bernyawa. Ah, rupanya tiada gambar yang menjadi penyeri tulisannya itu. Setelah itu, Akmal membuka folder pictures didalam komputer ribanya. 

Sekadar Hiasan
 Didalam folder tersebut, terdapat ratusan gambar-gambar menarik, tetapi apa yang diperlukannya ialah yang bersesuaian dengan entrinya kali ini iaitu tentang keadaan politik semasa dunia. Setelah mendapat gambar yang terbaik, beliau kemudiannya meletakkan gambar ditempat yang dirasakan sesuai olehnya. Setelah membuat post mortem yang terakhir, akhirnya Akmal menekan butang post setelah membaca Bismillahirahmanirahim dengan harapan pembaca-pembaca setia blognya akan mendapat manfaat daripada tulisannya.

 Akmal tersenyum puas sesudah itu. Dia menyandarkan dirinya ke dinding dan mengeluh puas. Kemudian dia mengambil sebatang rokok dan mencucuhnya. Disedut dalam-dalam rokok berjenama John itu sambil memikir bermacam masalah yang dihadapinya sejak berkecimpung di dalam dunia blogger ini.

Sekadar Hiasan