nuffnang ads

Saturday, March 5, 2011

ANGGARAN KEKUATAN TENTERA UDARA DIRAJA MALAYSIA (TUDM) (PROUD TO BE MALAYSIAN)



Jika entri lepas aku ada menyenaraikan anggaran kekuatan Tentera Darat Malaysia (Klik SINI),  kali ini aku nak senaraikan anggaran kasar kekuatan dan kelengkapan peperangan yang dimiliki oleh Tentera Udara Di Raja Malaysia(TUDM). Mereka inilah yang kita sandarkan tugas untuk menjaga kedaulatan udara, laut dan darat negara kita yang tercinta ini. Tugas mereka agak berat dan kita pasti tertanya-tanya, adakah kelengkapan jet-jet ataupun pesawat-pesawat yang dimiliki Tentera Udara kita mencukupi untuk menjaga udara kita? Jadi di bawah adalah senarai kelengkapan dan keupayaan jet-jet pejuang dan pesawat-pesawat yang di miliki oleh Tentera Udara Malaysia (Anggaran Kasar). 



1. Ada yang bertanya kepada saya, sama ada Tentera Udara Di Raja Malaysia (TUDM) mempunyai kelebihan jika berlaku pertempuran udara dengan China atau Singapura.

2. Ini merupakan soalan yang popular memandang jumlah pesawat tempur yang dimiliki oleh TUDM sangat kecil berbanding ratusan yang dimiliki oleh Singapura, jumlah itu terdiri dari 18 SU-30 MKM, 17 MIG 29, 27 pesawat Hawk 108 dan 208, lapan Hornet F-18D serta beberapa buah  F-5E Tiger.

3. Isunya, apa benar memiliki jumlah pesawat yang kecil merupakan satu kekurangan yang sangat melumpuhkan keperluan pertahanan negara, ia mungkin benar tetapi ada sedikit perbezaan dalam konteks Singapura dengan Malaysia

4. Sebelum itu saya perlu ingatkan, Indonesia turut memiliki SU-30 dan SU-27 bagaimanapun ia merupakan pesawat standard dan tidak diupgrade sepenuh.

5. Pesawat Sukhoi Indonesia juga tidak mempunyai peluru berpandu Beyond Visual Range (BVR) dan tidak mempunyai kebolehan untuk membuat serangan pada waktu malam (Hanya Malaysia, Singapura dan Thailand sahaja yang mempunyai keupayaan membuat serangan waktu malam di Asia Tenggara).


6. Ok kita henti bicara mengenai Indonesia dan jika kita lihat pula kekuatan Singapura, Republic Singapore Air Force (RSAF) mempunyai jumlah pesawat yang mengerunkan, pesawat tempur mereka  terdiri dari F-5E, F-16 Viper dan F-15SG.

7. Jumlah itu seolah-olah cukup untuk mengatasi apa yang TUDM gunakan sekarang walaupun kita mempunyai SU-30.

8. Disini letaknya kesilapan kita kerana selalu membuat analisis dengan menggunakan nombor, angka atau jumlah dan perkara ini sudah pernah disentuh oleh majalah TEMPUR di mana kebanyakkan kita mengenepikan soal doktrin dan strategi.

9. Akibatnya, kita membodohkan diri sendiri dan mengecilkan keupayaan anak tempatan serta kemampuan TUDM dalam mempertahankan negara ini, kita sering terlupa tentang keupayaan sesebuah pesawat dan strategi yang dipakai serta kelebihan yang dimiliki oleh negara.

10. Dahulu saya sendiri pun memandang rendah keupayaan TUDM tetapi tidak sehingga SU-30MKM memasuki inventorinya, kita lihat Singapura sudah mula berubah “air muka”.

11.Republik itu mengambil tindakan yang sangat drastik apabila Malaysia membuat pengumuman, KAMI MAHUKAN SUKHOI.

12.Serentak dengan itu Singapura mula membuat tempahan F-15 Strike Eagle versi SG dan semua orang tahu, ia adalah reaksi dari pembelian Malaysia ke atas SU-30MKM.
12.Disini kita tanya diri kita sendiri, mengapa F-15SG dan mengapa tidak ditambah sahaja jumlah pesawat F-16 yang ada.

13.Jika RSAF itu kebal, mengapa harus serius dengan pengumuman itu.

14.Nyatalah, Singapura sudah mula goyah kerana F-16 bukanlah lawan abadi SU-30 MKM, pesawat dengan nama timangan Viper itu dicipta untuk beradu dengan MIG 29 tetapi bukan Sukhoi.

15.Dalam satu latihan yang diberi nama SINDEX 2004 dengan India, pesawat tercanggih Singapura F-16 tewas dalam semua segi apabila bertempur dengan jentera Sukhoi dari versi MKI.

16….dan kita semua tahu, Sukhoi Malaysia direka dengan kemampuan yang sama atau lebih baik dari Sukhoi India, dan ia digelar MKM.

17.Kemenangan SU-30 MKI milik India disiarkan secara besar-besaran oleh akhbar India manakala keupayaan F-16 Singapura diperkecil dan diperlekehkan.

18.Kementerian Pertahanan Singapura yang “bengang” dengan insiden itu telah  mengeluarkan satu kenyataan akhbar untuk siaran media Singapura bahawa pihak India mewar-warkan kemenangan itu di sebabkan mereka itu tuan rumah untuk eksesais tersebut.

19.Sikap media India yang memperbesarkan kemenangan Sukhoi mereka juga disebabkan pesawat seteru negara itu iaitu Pakistan turut menggunakan F-16, demikian kata seorang forumer Singapura yang memberikan reaksinya terhadap kenyataan dari “Singapore Ministry of Defence” itu.

20.Selepas SINDEX 2004, Singapura mula risau memikirkan masa depannya, apatah lagi, SU-30 versi MKM bakal memasuki inventori TUDM dalam tiga tahun lagi ketika itu, malahan satu lagi negara jiran yang mempunyai potensi untuk mengancam mereka iaitu Indonesia turut mengoperasikan SU-27 dan Su-30.

21.Pengajaran dari SIMDEX 2004 ini menyebabkan Singapura yang gah kekuatan udaranya buat pertama kali berasa kerdil berhadapan dengan TUDM dan terpaksa memilih F-15SG sebagai kuda melawan SU-30MKM.

22.Jika benar TUDM merupakan sebuah kuasa yang boleh diremehkan, tentera udara Singapura (RSAF) tidak akan mengambil langkah drastik seperti ini. Tidak cukup hebatkah jumlah pesawat F-16 mereka untuk berhadapan dengan susunan MIG 29, F-18 dan sekumpulan 18 buah Sukhoi.

23.Sedihnya jika sebuah kuasa besar seperti RSAF menghormati keupayaan milik negara, masih ada juga rakyat Malaysia yang memperolok-olok kekuatan TUDM dan terlalu yakin akan kemenangan negara lawan yang terkenal melalui serangan pre emptive strikenya.

 (Artikel ini diambil Dari Military Of Malaysia, Klik SINI untuk membaca dengan lebih lanjut)

 
Klik Untuk Besarkan



PESAWAT PEJUANG


  • 18 x Sukhoi Su-30MKM (sedang dalam proses penghantaran)
    TUDM membuat tempahan untuk 18 buah pesawat
    Sukhoi Su-30MKM untuk digunakan dalam peranan penguasaan udara. TUDM mengkaji untuk mengeratkan kerjasama dengan Tentera Udara India yang menggunakan pesawat Su-30MKI (yang hampir sama dengan standard pesawat yang digunakan oleh TUDM) untuk mendapatkan maklumat dan pengalaman penggunaan dan pengurusan pesawat Sukhoi Su-30 ini. Pembelian pesawat Su-30 ini juga melibatkan perolehan persenjataan moden seperti peluru berpandu BVR dan “panduan radar aktif” seperti mana teknologi peluru berpandu AIM-120 AMRAAM. Pesawat Su-30MKM TUDM menggunakan peralatan avionik yang dibekalkan oleh Thales. Keupayaan Su-30MKM dipercayai menyamai model terbaru dari variasi Sukhoi Su-27 iaitu Sukhoi Su-35BM.
  • 14 x Mikoyan-Gurevich MiG-29N Fulcrum
    TUDM membuat belian MiG-29N apabila Amerika Syarikat enggan meluluskan penjualan peluru berpandu AMRAAM kepada TUDM sebagai sebahagian daripada pakej pembelian pesawat Boeing
    F/A-18D Hornet. Rusia sebaliknya menawarkan pakej persenjataan termoden termasuk 2 x misil R-27R1 BVR dan 4 x misil R-73E WVR dengan ciri kawalan aktif radar dan BVR seperti AMRAAM. Pesawat MiG-29N TUDM dilengkapkan dengan peralatan avionik buatan Barat dan menggunakan enjin Tumanski RD-33 yang lebih berkuasa dengan jangka hayat yang lebih panjang dan jarak yang lebih lama antara penyenggaraan (MTBO) ditetapkan pada 750 jam penerbangan. Penghantaran pesawat bermula dalam tahun 1992.
  • 2 x Mikoyan-Gurevich MiG-29NUB
    Versi dua tempat duduk ini digunakan untuk tujuan latihan dalam perkhidmatan. Pesawat ini mempunyai keupayaan tempur dan boleh membawa persenjataan seerti misil dan meriam.
  • 8 x Boeing F/A-18D Hornet
    8 buah pesawat F/A-18D Hornet dibeli untuk memberikan TUDM keupayaan menjalankan serangan dalam pelbagai cuaca, termasuk serangan waktu malam. Pesawat mempunyai keupayaan menggunakan bom dari siri
    Paveway II.
  • 16 x Hawk 208
  • 2 x Nortrop RF-5E Tigereye
    Untuk tujuan peninjauan.
  • 3 x Northrop F-5F
  • 6x Hawk 108 (latihan lanjutan)
  • 10 x Aermacchi MB-339A (latihan lanjutan)
  • 10 x Northrop F-5E Tiger II (simpanan)
    TUDM bercadang untuk menaik taraf pesawat F-5E seperti yang dilakukan oleh Taiwan tetapi rancangan terbantut disebabkan oleh kos yang terlibat terlampau tinggi. Usaha untuk menjual pesawat kepada pihak ketiga juga tidak berhasil. Keupayaan pesawat F-5E untuk hanya membawa 2 buah misil
    AIM-9 Sidewinder menjadikan tidak lagi sesuai untuk perkhidmatan di barisan hadapan.
  • 8 x Aermacchi MB-339CD (pesanan baru)
    pesanan ini untuk menambahkan dan menggantikan pesawat latihan MB 339 TUDM yang musnah akibat kemalanagan.

Pesawat FA-18D Hornet TUDM digunakan untuk operasi serangan

PESAWAT PENGANGKUT
  • 8 x Lockheed C-130H-30 Hercules
    Pesawat ini digunakan untuk pengangkutan taktikal termasuk pergerakan anggota antara Sabah dan Sarawak dengan Semenanjung Malaysia. Beberapa buah pesawat telah diubah suai dengan pemanjangan fiuslaj dilakukan oleh
    AIROD. Pesawat C-130 dipanggil Charlie dalam perkhidmatan TUDM.
  • 4 X Lockheed KC-130T (pesawat untuk pengisian minyak di udara)
    Pesawat ini menjalankan tugasan pengisian minyak di udara untuk pesawat-pesawat TUDM menggunakan teknik “hose and drogue” seperti yang digunakan oleh Tentera Laut Amerika Syarikat.
  • 8 x Cessna 402B Pengangkutan Ringan
    pesawat ini digunakan untuk tujuan komunikasi dan juga untuk latihan penyesuaian juruterbang menggunakan pesawat multi enjin.
  • 8 x Airtech CN-235-220M
    Pesawat ini menggantikan perkhidmatan pesawat
    DHC-4 Caribou yang telah bersara daripada perkhidmatan. Pesawat ini juga menjalankan tugasan latihan penerjunan payung terjun untuk 10 Briged Para dan Grup Gerak Khas di samping tugasan pengangkutan yang lain.
  • 2 x Airtech CN-235-220M (VIP)
    Pesawat CN235 ini disesuaikan untuk pengangkutan penumpang.
  • 1 x Boeing BBJ (VIP)
    Pesawat pengembangan
    Boeing 737-700 ini boleh membuat penerbangan jarak jauh tanpa perlu singgah untuk mengisi minyak.
  • 1 x Bombardier Global Express (VIP)
    Pesawat ini boleh membawa VIP untuk m\penerbangan jarak jauh tanpa perlu singgah untuk pengisian minyak.
  • 1 x Bombardier CRJ-700 Regional Jet (VIP)
    Pesawat ini boleh membawa VIP untuk penerbangan jarak jauh tanpa perlu singgah untuk pengisian minyak.
  • 1 x Dassault Falcon 900B (VIP)
    Pesawat pengangkutan eksekutif digunakan untuk pengangkutan VIP untuk lawatan-lawatan ke luar negara.
  • 2 x Fokker F28-1000 Fellowship (VIP)
    Pesawat ini digunakan untuk penerbangan anggota di antara Semenanjung Malaysia dengan Sabah dan Sarawak. Kegunaan untuk penerbangan VIp kian berkurangan dengan kehadiran pesawat-pesawat lain yang lebih moden dan lebih selesa.
  • 4 x Airbus A400M buatan Airbus Military - (4 buah pesawat dipesan)

Lockheed Hercules memikul beban misi pengangkutan udara TUDM.

PESAWAT PERONDA MARITIM
  • 4 x Beechcraft Super King Air B200T MPA
    pesawat ringan dua enjin ini digunakan untuk rondaan persisiran pantai dan laut dekat. Rondaan laut samudera biasanya dijalankan oleh pesawat PC-130H-30-MP Hercules.
  • 2 x Lockheed PC-130H-30-MP Hercules (untuk tugasan rondaan maritim)
    Versi pesawat Hercules yang digunakan untuk misi rondaan maritim. Pesawat ini mempunyai peralatan deria dan cerapan yang boleh dibuka pasang dengan cepat untuk membolehkan pesawat ini disusun atur menjadi pesawat pengangkut. Dalam peranan rondaan maritim, pesawat ini boleh terbang dengan menggunakan dua enjin sahaja dengan dua enjin lagi dimatikan untuk menjimatkan penggunaan minyak dan membolehkan rondaan sehingga 10 jam lamanya.

HELIKOPTER
  • 28 x Sikorsky S-61A-4 Nuri (pengangkutan)
    Pesawat ini mempunyai dua enjin berbanding dengan Sikorsky
    SH-3 Sea King yang asal, dan mempunyai tempat duduk untuk 31 orang anggota tentera. Pesawat ini juga boleh diubah untuk membawa askar-askar yang cedera dengan memasang pengusung. TUDM merancang untuk menggantikan pesawat Nuri dalam tempoh 2006 hingga 2010 dan beberapa jenis helikopter telah diberikan pertimbangan, termasuk Eurocopter EC 725, the AgustaWestland AW101, Sikorsky S-92 dan NHI NH90. Eurocopter EC 725 dari Perancis akhirnya dipilih bagi menggantikan pesawat Nuri yang melibatkan 12 unit pesawat dan mungkin bakal menambah lagi pesawat EC 725 dimasa akan datang.
  • 6 x Sikorsky S-61A-4 Nuri (CSAR)
    Pesawat ini digunakan khusus untuk operasi mencari dan menyelamat tempur termasuk operasi menyelamat semasa pertempuran dan dilengkapkan dengan winch dan mesingan untuk mempertahankan diri.
  • 2 x Agusta Sikorsky AS61A-N1 (VIP)
    Pesawat buatan Agusta digunakan untuk pengangkutan VIP. Pengeluaran helikopter S-61 telah dihentikan oleh Sikorsky dan hanya dikeluarkan di bawah lesen pengeluaran oleh Westland dan Agusta. Versi yang digunakan TUDM hampir sama dengan standard helikopter
    Sikorsky S-61 yang lain dengan kelainan peralatan avionik sahaja.
  • 2 x Sikorsky S-70 Black Hawk (Pengangkutan VIP)
    Helikopter S-70 Black Hawk digunakan untuk pengangkutan VIP dan dilengkapkan dengan tangki minyak luar untuk penerbangan jarak jauh.
Helikopter Nuri telah banyak berjasa dan hendak digantikan dalam perkhidmatan TUDM.


PESAWAT LATIHAN
  • 36 x Pilatus PC-7
    TUDM telah membuat tempahan dan telah menerima 44 buah pesawat
    Pilatus PC-7 Turbo Trainer II dari pembuat Pilatus Aircraft, Switzerland. Pesawat PC-7 telah ditempatkan berkhidmat untuk latihan juruterbang di Pusat Latihan Penerbangan I (Pulatibang I) di Alor Setar (kini Kolej Tentera Udara). Sementara untuk latihan lanjutan pula, pesawat Pilatus PC-7 ditempatkan di Pulatibang 2 di Kuantan bersama-sama dengan pesawat Aermacchi. Sebilangan pesawat PC-7 telah musnah akibat kemalangan.
  • 8 x Pilatus PC-7 MkII (10 unit lagi dalam pesanan)
    TUDM telah membuat tempahan untuk 10 buah pesawat Pilatus PC-7 MkII sebagai gantian kepada pesawat-pesawat yang telah musnah akibat terhempas ataupun kemalangan.
  • 20 x MD3-160 Aerotiga
    TUDM merupakan pelanggan awal pesawat MD3-160 Aerotiga buatan tempatan. Pesawat ini kini ditempatkan di Pusat latihan Penerbangan I (Pulatibang I) di Alor Setar dan digunakan untuk latihan penerbangan ab initio.

Pilatus PC-7 digunakan untuk latihan juruterbang. Ia juga boleh dilengkapkan senjata dan digunakan sebagai pesawat penyerang ringan.



Dibawah adalah Video yang menunjukkan beberapa pesawat pejuang yang dimiliki oleh TUDM sedang membuat latihan atau pertunjukan udara.








PERBANDINGAN KEKUATAN TENTERA UDARA DI ASIA TENGGARA

NEGARA
PESAWAT TEMPUR
PPESAWAT PENGANGKUT
HELIKOTER
AMARAN AWL
UAV
Indonesia
50
69
58


Thailand
166
35
28


Singapura
143
14
78
8
40
Malaysia
57
37
32

3


Sumber: Wikipedia, World Air Forces, Fighter-Jets, Youtube, Google (for images)

15 comments:

fiziesss said...

Wah..informasi yg berguna..rajin betul menulis n sediakan..terima kasih..sy hargai..

nego said...

wah, info yg berguna. sebelum aku tak tau pun..dengar2 org cakap kita x power sgt..tp bila baca post ni..ni dah power betul. thanks bro

si para para said...

semoga pertahanan negara kita baik dan bertambah baik..

kita cuma tak nak dengar berlaku penyelewengan berlaku ketika proses pembelian pesawat/sebagainya...

macam pembelian kapal selam yang penuh kontroversi..

macam kehilangan enjin jet...

perkara macam tu kita tak nak..

sebab semua tu melibatkan wang rakyat...

dan soal keselamatan negara perlu di titik beratkan...

jika berlaku penyelewengan/kebocoran maklumat, siapa yang rugi...



last, terima kasih atas perkongsian ni..rasa bertambah celik sikit minda pasal ni... :)

Anonymous said...

naper aku rase y belah2 atas tu mcm dari blog militaryofmalaysia je.. mcm copy paste..

Anonymous said...

kn die da mentioned kt atas tu.. mmg die ambik dr blog tu..

Anonymous said...

pandai cakap kosong aje, kat malaysia ni kebayakan nya indah khabar dari rupa, sebab pemerintah pun pandai bercakap aje, macam burung kakak tua, pandai bercakap, tapi sepatah haram tak tau maknanya, cukup lah, tukar lah burung burung kakak tua ni kapada MAKNUSIA yang pandai bercakap dan tahu maksud makna mya

We see you am said...

Long life TUDM! ~Salute...
thx to Admin.

IZZY said...

jangan sempitkan fikiran kita mcm org seberag yg tak tahu bersyukur dgn keadaan negara yg aman damai skang ni asyik komen je tapi tak tau bagi sumbangan kat negara bersyukurlah kau di lahirkan kat msia kalau kau lahir kat indon camane?

Anonymous said...

woo, Indon pun bab pertahanan dah banyak baik kot! diorang pun dah mampu cipta senjata sendiri ,kereta perisai sendiri...
kalau kita ada produk ketenteraan sendiri pun ok jugak...dapat cipta senjata yang murah tetapi berkualiti macam AK47 pun ok...

Anonymous said...

http://toharudinrasid.blogspot.com/2010/05/kemalangan-pesawat-tudm.html

most of the plane already crash !

Anonymous said...

Ada pihak mengatakan bahawa, " KENAPA NAK BELI BENDA TAK BERFAEDAH, SEDANGKAN BANYAK BENDA YANG BERGUNA YANG BOLEH DILAKUKAN MACAM PEMBINAAN JALAN, TAMBAHBAIK SEKOLAH & LAIN-LAIN LAGI DARIPADA MEMBAZIR BELI PERALATAN TENTERA, LAGIPUN, KITA MANA ADA ANCAMAN DALAM DAN LUAR". Benar!tapi harus diingat. Setiap anggota perlu dilatih dalam aset sedemikian untuk pakar dalam mengendalikan aset itu ketika keadaan memerlukan. Jika kita tidak membeli aset itu. Bagaimana kita hendak melatih tentera kita supaya pakar dalam peralatan itu. Takkan lah mahu tunggu perang, baru beli. kemudian tentera kita yang masih mentah dalam aset itu main tekan-tekan je. akhir sekali memakan diri sendiri... Takkanlah kita mahu mengabaikan nyama keselamatan anggota kita di pengaman PBB (buat masa kini)kerana memikirkan pembaziran semata-mata. Mesti diketahui, bahawa setiap anggota tentera yang dipanggil untuk menjalankan tugas akan bersalam-salaman @ berpelukan dengan isteri dan anak-anak dan isterinya tidak dapat tidur lena memikirkan suaminya di luar sana sehingga beliau pulang ke tanah air. " SEDIAKAN PAYUNG SEBELUM HUJAN "

Anonymous said...

kami british akan melindungi malaysia jika diserang singapork....

Anonymous said...

Il ya des milliers de blogs qui nécessite des observations sur eux. Quelle est l'intention de commentaires de blog?.

Anonymous said...

buy ativan lorazepam online - ativan side effects humans

Anonymous said...

malaysia kena jadikan turki & pakistan sebagai contoh...mereka dah berjaya bangunkan sistem pertahanan,persenjataan dan sistem bantu perang tp kita masih kurang membangun