nuffnang ads

Monday, September 19, 2011

Kek Kahwin Yang Paling BADASS

Cinema is not a slice of life, but a piece of cake

Kek kahwin yang kelihatan BADASS ini mungkin hanya sekadar gurauan kepada pasangan pengantin yang sangat berfikiran open minded. Enjoy!!!




Komik Superhero Yang Paling BADASS

"Has millions of uses beyond just smoking"



Jahat gila dowh tajuk komik ni. Inilah dia sebuah lagi komik superhero yang dapat menjatuhkan moral anak-anak muda zaman sekarang, Marijuanaman. Superhero Ganja??? Aku tengok dah macam MariJahanamMan.....LOL!!! Ianya dilancar oleh anak kepada seorang lagenda reggae, Bob Marley iaitu Ziggy Marley pada 20 April 2011. Ziggy Marley berkolaborasi bersama penulis Joe Casey dan dilukis oleh Jim Mahfood

Komik ini mengisahkan tentang seorang "juara dari angkasa lepas" telah tiba di Bumi untuk menyampaikan pesanan yang penting dan pada masa yang sama untuk menyelamatkan planetnya sendiri. Berdasarkan Ziggy Marley, Marijuanaman melambangkan harapan masa hadapan. Harapan dimana kita akan menggunakan kuasa yang telah dikurniakan dengan sebaik mungkin untuk menyelamatkan planet kita.

Album terbaru Ziggy Marley iaitu albumnya solonya yang kelima, Wild and Free dilancarkan bersama-sama dengan pelancaran komik Marijuanaman ini. Jadi, kepada peminat-peminat lagu reggae boleh la cari album dan komik ini sebagai bahan bacaan rasmi. Geng-geng hippies dan reggae pasti teruja dengan berita ini. It's natural man!!! It come from the nature



R2-D2, C3PO Dan Stormtrooper Versi 1920-an Yang Paling KREATIF

Steampunk version of star wars characters!

Bagi peminat filem star wars, anda pasti mengenali watak-watak seperti R2D2, C3PO dan Stormtrooper. Ianya sememangnya watak lagenda bagi industri perfileman hollywood. Tetapi bagaiman jika karakter-karakter tersebut datang dari tahun 1920-an? Bagaimanakah rupa bentuk mereka? Bagi seorang pereka, Jordan Thomas, beliau telah mereka figura berupa karakter tersebut jika mereka datang darin tahu 1920-an.




Super Pixel Bros - Super Mario Dalam Versi 64 Pixel Yang Paling COOL

this is nice!

Brad Slattery telah mereka sebuah game yang sangat mirip kepada game Super Mario dengan hanya menggunakan skrin 64 pixels yang diberi nama Super Pixel Bros. Ya, ianya sangat simple dan mungkin juga mendatangkan ketagihan sama seperti game mario. walaubagaimanapun aku rasa, ianya tidaklah se'awesome' mario yang sebenar. kadang-kadang aku tak boleh terima game yang terlalu minimalis tapi ia boleh menghilangkan rasa bosan. Nak tau lebih lanjut bagaimana game ini direka? Boleh ke SINI.










Sumberbradsprojects

Perkara Yang Anda Tak Tahu Tentang Las Vegas (Infographic)

sins city

korang pernah pegi Las Vegas? aku yakin ramai yang tak pernah jejak kaki pun kat sana. Tapi takpe, infografik dibawa bakal membuka mata anda tentang aktiviti-aktiviti manusia lakukan bila berada disana. Enjoy!