nuffnang ads

Sunday, January 29, 2012

Mitos Arnab Di Bulan

What's Up Doc? - Bugs Bunny

Pernah tak anda terfikir bahawa anda boleh melihat arnab apabila bulan mengambang? Untuk melihatnya anda perlu memandang ke arah bulan dan pusing kepala anda ke kanan dan gunakan daya imaginasi anda.


Bagaimana arnab boleh berada di bulan? Baca kisah selanjutnya untuk mengetahui cerita disebalik mitos ini...

Thursday, January 26, 2012

Star Wars Parody Versi Muzikal Yang Paling AWESOME

The sound and music are 50% of the entertainment in a movie - George Lucas

Dulu aku pernah wat entry Star Wars Parody Yang Paling AWESOME, tapi kini dalam bentuk MUZIKAL pulak dengan menggunakan "Cello" sebagai alat muzik utama
Kepada peminat-peminat Star Wars, YOU MUST SEE THIS!! 





Ingin tahu siapa mereka ini? Anda boleh ke laman web mereka di  http://www.ThePianoGuys.com atau facebook mereka di  http://www.Facebook.com/PianoGuys



Sumber: weirdthings

Sunday, January 22, 2012

Bagaimana Untuk Menjadi Skateboarder Yang Paling AWESOME!!

"I consider skateboarding an art form, a lifestyle and a sport" - Tony Hawk

APA ITU SKATEBOARD? 

Skateboard dalam bahasa melayu adalah papan luncur atau papan selaju ialah sejenis papan yang memiliki empat roda dan digunakan untuk meluncur papan. Papan ini memiliki tenaga yang dipacu dengan menggunakan satu kaki sementara kaki sebelahnya di atas papan. Pengguna boleh juga berdiri di atasnya apabila papan ini meluncur ke bawah di atas permukaan yang curam dan dengan ini menggunakan graviti sebagai pemacu.


Friday, January 20, 2012

Jam Loceng Untuk Kaki Tido Yang Paling Berkesan

very efficient for DUMB people

Anda suka tido? Sukar untuk bangun tido? Ingin bangun tido tetapi malas? Jadi ini adalah penyelesaian kepada masalah anda. Gunakan lah "iQ Alarm Clock". Ia dapat membantu mengejutkan anda dari tido dengan cara yang sungguh berinfomatif. We can gain knowledge from the using of this clockOliver Sha adalah orang yang bertanggungjawab mereka jam ini.


Jam ini tiada butang tunda (snooze) seperti jam-jam loceng yang lain. Apa yang menariknya, anda perlu menjawab beberapa soalan (bergantung kepada tahap kesusahan yg dipilih oleh pengguna) untuk mematikan bunyi jam loceng ini berhenti. Sekiranya anda menjawab salah, jam ini akan berbunyi dengan lebih kuat. Anda mungkin terfikir untuk mencabut baterinya saje terus kan? Tapi sori la der, tempat baterinya amat sukar untuk dibuka. Kemudian anda mungkin terfikir untuk shut off power dia kan? Yup! Boleh memang boleh, tapi anda perlu push and hold butang power tu selama 30 saat.

Tuesday, January 17, 2012

"Parrot AR. Drone" Pesawat Kawalan Jauh Yang Paling COOL!!!

I want this with MISSILES!!!!

Inilah dia pesawat kawalan jauh generasi baru, "Parrot AR. Drone". Jadi kepada iFag, anda kini boleh la nak berlagak kerana pesawat kawalan jauh ini boleh dikawal dengan menggunakan iPhone atau iPad. Tapi hendaklah melalui Wi-Fi network. So, aku assume benda ni tak boleh terbang jauh dan tinggi sangat la...sebab kena ada dalam range Wi-Fi tu je la.


Parrot AR. Drone ni dilengkapi dengan kamera depan dan kamera bawah yang High-Def!!! So, kita boleh membuat rakaman video. Boleh la nak skodeng orang guna benda ni. LOL!!! =D

Monday, January 9, 2012

Awan Berbentuk Tsunami Yang Paling AWESOME!!

BEAUTIFUL, WEIRD & FRIGHTENING

Pada 16 Disember 2011, satu fenomena alam yang menakjubkan telah terjadi  di Alabama, Amerika Syarikat di mana seolah-olah terjadinya satu tsunami yang sangat besar di langit. Ianya begitu menakjubkan dan semua mata asyik memandang ke langit. Gambar kejadian ini sempat ditangkap menggunakan handphone pada petang Jumaat itu di Birmingham, Alabama 




Mengikut pakar kaji cuaca, biasanya kejadian sebegini berlaku di kawasan-kawasan yang mempunyai dataran yang luas, di mana pergolakan awan berlaku disebabkan angin bertukar kelajuan dan apabila satu lapisan dibahagian atas iaitu udara bergerak lebih pantas dan bertukar arah berbanding lapisan bahagian bawah iaitu air menbuatkan awan menyerupai satu ombak tsunami yang bergolek di sepanjang bahagian atas air.

Tuesday, January 3, 2012

Temuramah Pemain Bola Sepak Yang Paling RARE

Wayne Rooney dari pasukan Manchester United dan Lionel Messi dari pasukan Barcelona bukan lah satu nama asing dalam arena bola sepak. Mereka berdua memang cukup terkenal dan mempunyai peminat yang ramai. Jadi tidak perlu lagi untuk aku menulis banyak-banyak. Korang saksikan temuramah kedua tokoh ini yang tidak pertontonkan di kaca televisyen anda. Selamat menonton =D


TEMURAMAH BERSAMA ROONEY




TEMURAMAH BERSAMA MESSI




p/s: pandai pulak diaorang cakap melayu ek...


kredit to faradyable

Pemain Bola & Iklan Komersial Yang Paling DUMBASS

Iklan komersial ini memang susah kita nak lihat di kaca televisyen anda dan pemain-pemain bola ini memang sangat berpotensi tinggi untuk menjadi duta yang terbaek bagi produk yang mereka wakili. Tahniah buat Luis Suarez, David Luiz dan Didier Drogba!!! LOL!!! =D




LUIS SUAREZ - IKLAN COLGATE







DAVID LUIZ - IKLAN PANTENE






DIDIER DROGBA - IKLAN OLAY 




p/s: kepada peminat-peminat diaorang jangan marah ea...

credit to ridzBORED

Sunday, January 1, 2012

Lampu Isyarat Berkonsepkan Jam Pasir Yang Paling KREATIF

RED.YELLOW.GREEN

Biasanya kita tengok lampu isyarat dia ada 3 bulat yang berwarna merah, kuning dan hijau. Yang terkini yang ada kat Malaysia pun just yang ada timer, so kita bole tahu berapa lama lagi masa yang tinggal untuk kita terus memecut. Tapi kini, Thanva Thivawong telah membawa lampu isyarat ke satu level yang baru dimana ia berkonsepkan jam pasir. Huhu....sangat kreatif dan menarik!!! Bile la nak ada kat Malaysia ni??