nuffnang ads

Sunday, August 21, 2011

Skulptur Pelik Oleh Choi Xoo Ang Yang Paling KREATIF

freak creatures you got there

Hasil rekaan pelik oleh Choi Xoo Ang ini sememangnya penuh makna tersirat. Beliau yang berasal dari Korea Selatan telah menggunakan tanah liat polimer untuk menghasilkan skulptur sebegini. Terdapat banyak versi telah dihasilkan olehnya termasuklah arca figura manusia yang tidak boleh bercakap, mendengar atau melihat dan banyak lagi. Anda boleh lihat hasil kreativitinya dengan lebih banyak di SINI dan SINI. Enjoy! 



Lukisan Geometri Oleh Jim Denevan Di Pantai California Yang Paling AWESOME

art seeing from the sky   

Seorang artis seni pasir yang berpengkalan di Amerika, Jim Denevan, telah menghasilkan rangkaian seni geometri yang gergasi di Pantai California. Beliau yang menggunakan hanya batang-batang kayu dan pencakar, telah mengambil masa berjam-jam lamanya untuk menghasilkan sesebuah lukisan geometri ini di pantai California. Hasil seni yang dilakukannya ini, lebih menarik jika dilihat dari kawasan tinggi kerana ia kebiasaannya berskala besar dan mencecah berkilometer lebar! Walaubagaimanapun, hasil yang hebat ini tidak mampu bertahan lama kerana ia akan terhakis oleh angin dan ombak yang memukul. Apapun, ianya sememangnya amat menakjubkan. Enjoy!



Video Muzik Pecah Mental Dari Jepun Yang Paling DUMBASS

my eyes, orrghhh, my eyes!!

Kalau korang dapat tengok video ini sampai habis tanpa sebarang reaksi, aku respek!



Sumber: youtube via smapfun