nuffnang ads

Monday, December 26, 2011

Mahkota Yang Mengurai










Rambutnya, panjang mengurai, seringkali menutup matanya belah kanan. Lurus, sedikit berwarna perang dan tidak hitam kelam , seakan membaluti kepalanya yang bulat pabila ditiup sepoi angin petang. Rambutnya, pabila berselisih, keharumannya meresap dikalbu, menggamit perasaan yang resah gelisah di hatiku. Rambutnya, tersidai sehingga ke bahu, seakan menjadi perisai kepada dirinya yang halus seperti kapas atau baldu. Rambutnya sentiasa menjadi bahan rintihan dihatiku...








Roller Suit Yang Paling AWESOME!!

Keep rollin' rollin' rollin' rollin' - Limp Bizkit





Kalau dulu time kita kecik-kecik, kite tengok budak-budak main rollerblade je. Itu pn pakai kat kaki je. Tapi sekarang ROLLER SUIT...satu badan pakai tau!! Hebat tak hebatnya lah orang zaman sekarang....So, keep on rolling baby!!!


Jean-Yves Blondeau A.K.A. ROLLERMAN adalah seorang designer yang berasal dari Perancis telah mencipta sebuat suit yang mempuyai 31 roda. Ya, inilah dia pencipta Roller Suit (juga dikenali sebagai Wheel Suit atau Buggy Rollin). Roda-roda pada suit ini diletakkan pada sendi-sendi utama, torso dan belakang badan. Jadi anda boleh anda boleh bergerak dalam pelbagai posisi pada kelajuan sehingga 70 mph (116 km/h) semasa menuruni bukit. Ia juga boleh digunakan diatas apa jua permukaan. 


Pada awalnya, dia mencipta suit ini sebagai projek graduasinya di industrial design school École nationale supérieure des arts appliqués et des métiers d'art atau lebih dikenali sebagai The Olivier de Serres yang terletak di Paris.

Dua daripada suitnya boleh di lihat dalam sebuah filem lakonan Jim Carrey, Yes Man (2008) iaitu di saat kredit filem tersebut. Dia juga membuat kemunculan di sebuah iklan untuk Megapass, iaitu sebuah syarikat telekomunikasi di Korea Selatan. Selain itu, dia juga menyertai dalam Stan Lee's Superhuman TV program

Watak Kartun Membesar Yang Paling COOL

Pernah tak korang tengok kartun seperti Spongebob, Hey Arnold! dan Monster inc? Pernah tak korang bayangkan sekiranya watak-watak kartun tersebut membesar? Bagaimana agaknya rupa mereka kan? So seat back and ENJOY!!!


                                               

 Monster inc - Boo & Mike



Dexter's Laboratory - Dexter