nuffnang ads

Thursday, February 3, 2011

Teori Evolusi adalah Penipuan, Al-Qur'an adalah benar, Fitnah Dajjal Dan Pengikutnya

Video dibawah menceritakan tentang penipuan teori evolusi yang telah mempengaruhi kita sejak sekian lama, bahkan kita juga diajar tentang teori ini disekolah-sekolah selama ini tanpa menyedari bahawa itu semua adalah tahyul atau dongengan barat yang mahu memesongkan aqidah kita semua. Video ini juga mendedahkan kita tentang pakatan FREEMASON yang sekarang tanpa kita sedari telah berada disekeliling kita! mungkin ramai yang telah menonton video ini dan kebanyakan kita juga telah lupa dan buat tak peduli tentang semua ini. So untuk refresh balik IMAN kita, luangkanlah sedikit masa anda dan  mari kita sama-sama menyaksikannya semula dan hayati sepenuh jiwa pengajaran yang terdapat didalam video ini.

video

p.s: sila share video ini kepada semua supaya kita dapat menyedari tentang semua Fitnah-fitnah ini. Insyaallah

MATI BERULANG KALI?!


Amaran: Kisah ini adalah khayalan semata-mata. Tidak ada kena mengena samada yang masih hidup mahupun yang telah mati. Entri ini juga agak panjang. Luangkan sedikit masa anda untuk membacanya. Selamat berfikir!

Saya bangun pagi ini dengan perasaan yang sangat teruja. Bangun je dari tidur terus pergi menghadap cermin. Senyum sendiri. Tengok rambut, hmm. Kusut masai. Bela-bela rambut jap.Teleng kan kepala kiri kanan tengok mana tau ada benda melekat. Mm, semua da ok. Saya berjalan pula menghala ke tingkap bilik . hmm, cuaca yang indah. Saya buka tingkap sambil menghirup udara pagi yang sangat segar. “Good morning, malaysia!” jerit saya sambil senyum dan angkat tangan macam orang mengeliat.

Sesudah puas amek feel pagi-pagi. Tutup tingkap balik, tanggal baju, capai tuala then go to the bathroom.  Masuk je bilik air, tengok cermin lagi, amek berus gigi sambil sentel sikit ubat gigi colgate. Senyum dulu pastu baru gosok gigi. Dah siap kumur-kumur , tengok cermin lagi. “hmmm, gigi dah putih.” Senyum sendiri. Pastu paling kebelakang sambil nyanyi lagu ‘last night on earth’ (green day). Bukak shower pastu mandi!

5 minit pastu

Badan dah segar mandi, mulut tak henti nyanyi ulang lagu sama. Tengok cermin lagi. Senyum-senyum then amek bedak ‘dashing’, tepek-tepek kat badan. Abis putih. Amek deodorant ‘nivea for men’, rolling kat bawah ketiak, mulut tak henti nyanyi lagi. Happy punya pasal sebab hari ni ada interview kerja. Dah sebulan dok mencari kerja, baru ni la dapat. Tu yang happy giler tu. Pastu pergi capai boxer stripe merah hitam, seluar slack coklat, dengan baju kemeja G2000 warna hitam. Pakai cepat-cepat tak sabar.
Tengah pakai-pakai tu, dengar suara mak menjerit dari bawah,

“MAL, DAH BANGUN KE BELUM?! AWAK TU NAK PERGI INTERVIEW ARI NI!”

“YA, SAYA DAH BANGUN NI, DAH SIAP PAKAI BAJU DAH NI!.”

“HAH, ELOK LA TU, MEH TURUN CEPAT. BREAKFAST DULU.”

COMINGG!!”

Wah, hari ni saya bangun awal, excited nak pergi interview punya pasal. Dah siap spray cologne adidas, saya berlari kebawah. Tengok-tengok abah, mak, adik perempuan saya semua dah ada kat meja makan. Jarang dapat tengok permandangan camni pagi-pagi, biasa dalam mimpi lagi.

Interesting Facts All Around The World (Part 7)

Sekadar Hiasan

  • Tikus beranak pinak sangat cepat dan dalam waktu 18 bulan, dua tikus dapat memiliki lebih dari 1 juta keturunan.
  • Memakai Headphone selama 1 jam dapat mengembang biakkan bakteri dalam kuping 700 kali lebih cepat. 
  • Seekor Babun bernama „Jackie‟ menjadi prajurit rasmi dalam angkatan bersenjata Afrika Selatan pada Perang Dunia Pertama
  • Kapal submarine German World War II karam hanya kerana kerosakan pada tandsanya.
  • Jantung ikan paus biru berdenyut 9 kali dalam seminit
  • Arabic numerals bukan berasal dari Arab, tapi diciptakan di India.