nuffnang ads

Tuesday, August 2, 2011

10 Perkara Tentang Torture (Infographic)

Feel The Pain!!




Gambar Sekitar Festival Belon Udara Sedunia Yang Paling AWESOME

Lots of  Balloons


Pada tanggal 27 Julai lalu, sebuah festival belon udara Lorraine telah diadakan untuk edisi yang kedua belas di Chambley-Bussieres, Perancis. Sebanyak 343 belon udara yang menarik telah dilepaskan ke udara sekaligus mencatat rekod dunia baru untuk kategori 'Belon yang paling banyak dilepaskan ke udara'. Rekod sebelum ini dicatatkan difestival sama pada tahun 2009 dengan sebanyak 329 belon dilepaskan. Setiap belon yang menyertai festival tersebut sememangnya mempunyai bentuk yang menarik ditambah dengan warna-warna menceriakan, maka ruang udara Chambley-Bussieres ketika itu merakamkan permandangan yang paling AWESOME apabila belon-belon tersebut dilepaskan ke udara. Enjoy!




Pendedahan Makna 'Sebenar' Warna Bendera Yang Paling KREATIF

Every flag has its own colour

Di setiap bendera didunia ini, tidak kira bendera negara ataupun yang lain-lain, pasti mempunyai warna tersendiri yang melambangkan maksud atau makna tertentu. Setiap warna atau lambang tidak diletakkan hanya sebagai hiasan. Walaupun sesetengah dari bendera sesebuah negara mempunyai makna yang diselaputi propanganda dan tidak 'jujur'. Jadi untuk menerangkan maksud 'sebenar yang lebih jujur' warna di bendera negara-negara yang berkenaan, Icaro Doria, seorang pekerja di Majalah Grande Reportagem yang berpengkalan di Lisbon, Portugal telah menghasilkan sebuah kempen bendera (koleksi 8 buah bendera negara-negara yang terpilih) yang diberi nama Meet The World.

Beliau yang melihat kepada berita semasa global, fakta-fakta terkini telah mendapat idea untuk meletakkan makna baru pada warna dibendera-bendera dunia. Dengan menggunakan data dan fakta yang sebenar, maka terhasillah sebuah seni yang ringkas tetapi jujur dan seterusnya memberi makna baru berdasarkan permasalahan dinegara tersebut contohnya tentang perang Iraq di Amerika, keganasan terhadap wanita di Afrika, AIDS dan malaria di Angola, Penyeludupan dadah di Colombia dan lain-lain. Enjoy!