Waktu malam memang menjadi lumrah bagi saya untuk membazirkan masa di kedai kopi. Memang itu lah rutin harian saya bersama rakan-rakan. Memang pantang la kalau tak dapat keluar melepak, silap haribulan boleh demam.
Sampai je dekat kedai kopi, first sekali kitorang mesti port dekat meja luar. Kedai tu besar, ada bahagian luar dan dalam. Bahagian dalam agak crowded kalau dah sampai waktu kemuncak untuk melepak. Duduk luar dapat menghirup udara segar. Bila dah port baik, masing-masing keluarkan segala benda yang ada dalam poket (berat kot). Henset, kunci kereta, lighter dan kotak rokok john sorang satu(saya sorang je sebenarnya). Abes berselarak atas meja. 2-3 minit pastu datang la sorang brader nak amek order. Dialog dia tiap-tiap malam sama je, xpernah nak tukar. Ayat keramat dia,”minum pe?” sambil buat muka letih. Kitorang bese nya tak terus order. Tengok keliling dulu air apa yang orang lain tengah minum agak-agak best baru order.tapi tak banyak beza pun menu air kitorang tiap2 malam. Yang wajib ada teh tarik, barli suam, radix ais dengan teh ‘o’ halia (rare sikit minum ni). Pastu brader tu pun ulang lagi dialog keramat dia, “makan?” serentak kitorang geleng. Makan angin je sudah. Pastu baru la kitorang mula membuka cerita-cerita panas.
Ada satu malam ni, member saya nama dia Amer (bukan nama sebenar) dia nak open topik malam ni. Dia telah mengatakan bahawa ini adalah sebuah kisah benar yang agak tragis dan beliau juga telah memberi amaran kepada saya dan rakan supaya tabah untuk mendengar kisahnya kerana cerita ini mungkin akan menganggu pemikiran dan jiwa saya dan rakan. Saya terfikir, apakah yang tragis sekali sehingga memerlukan jiwa yang kental untuk mendengarnya. Tanpa berfikir panjang dan merasakan cerita itu tidak mempunyai kesan mendalam saya terus berkata,
”hah,apa tunggu lagi, cerita je lah.”
Amir pun berkata,
”Ok, aku cerita. Tapi aku tak tanggung kalau ko dapat demam kure , xpun tekanan jiwa. Ok?”
Kawan saya yang sorang lagi tu nama dia zul (bukan nama sebenar),”Eleh koya lak mamat ni”.
“ Cerita je la, banyak bunyi pulak” kata saya.
Ok, ceritanya begini.......
Kehidupan aku ni menyedihkan. Aku tak ramai member. Sejak kecik lagi memang aku ni tak ramai member. Masa sekolah dulu, aku duduk belakang sorang-sorang dalam kelas, takde siapa nak kawan dengan aku. Nak cakap aku ni tak hensem, memang tak hensem pun tapi ade la gak rupenye. Nak cakap aku busuk, lagi la tak nye. Tiap-tiap pagi mandi pakai sabun ‘dettol’, bedak takde hengat punya, minyak wangi lagi la plak, jenama ‘dashing for men’ tu. Takkan la aku ni busuk tapi tetap takda orang nak kawan ngan aku melainkan ada sorang budak ni, name die Shafiq (bukan name sebenar).
Die memang kawan sejati la. Pergi makan sama-sama, pergi sekolah pun sama. Kadang-kadang tu, siap pimpin tangan lagi kalau nak pergi bandar ke apa ke. Senang macam ni la, kalau takde dia memang hidup aku merana la. So, dia la sebab utama yang membuatkan aku masih meneruskan persekolahan aku, yelah kalau takde dia nak mampus duduk macam kera sumbang, xnak aku! Tapi masalah nye, kitorang tak sekelas. Dia kelas first. Biasa la, macam dalam filem jugak. Yang baik-baik, mesti cerdik. Tapi aku tak kisah la tu sebab walaupun tak sekelas, kitorang still boleh jumpe waktu rehat. Ada jugak teman nak borak. Dia selalu support aku dalam semua benda yang aku buat. Kerja sekolah pun buat sama-sama. Waktu balik pulak, mesti aku cepat-cepat nak keluar sekolah nak amek port kat tepi pondok pak guard sebab nak tunggu dia keluar kelas, nak balik sama-sama. Mesti ko pelik kan kenapa aku kena amek port kalau nak tunggu kat sebelah pondok pak guard tu kan. Jawapan nya bukan aku sorang je nak tunggu orang, banyak tu. Ada balak yang tunggu awek dia la, nak balik sambil pimpin tangan paling tidak pun naik basikal sama-sama. Mak bapak comfirm ada punya nak amek anak diorang yang tercinta. Tapi biasanya budak-budak nerd la mak bapak diorang amek. Yelakan, takut la nak naik bas or jalan kaki, kang sampai rumah lambat, masa nak study dah singkat. Ada jugak golongan member-member tunggu kat situ. Ha, aku termasuk golongan yang ni.
Tapi jangan salah sangka, aku bukan gay ek. I’m straight ok! Hehe. Bukan apa, ramai orang port dekat situ nak tunggu orang, port tu memang stategik la ibarat kedudukan Melaka yang strategik untuk pedagang-pedagang. Ade satu pokok besar ni, dia punya rimbun, terbaek! Tak kena la matahari kat atas kepala tu siap ada kerusi lagi disediakan pihak sekolah untuk rehat. Kuantitinya terhad, dua bijik je ada. Kira nya kalau congak-congak tu ada la dalam empat orang boleh duduk. So kerusi ni la yang aku cari.
“Kejap Mer, ko merapu mende ni? Melalut dah aku dengar”. Saya menyampuk.
“Aduh ko ni nep, lek r. Baru je nak feel. Kacau la ko ni! Tak boleh bawak majlis betul la ko ni”. Amer sedikit tidak puas hati kerana telah membantutkan mood dia.
“Hehe, ok-ok. Sambung cepat, jangan nak merepek panjang sangat”
Cerita diteruskan sambil menghirup air teh tarik yang dah makin sejuk.
Dipendekkan cerita suatu hari tu aku balik la same-same ngan Shafiq. Kitorang jalan kaki jek. Rumah pun tak jauh dari sekolah. Umah Shafiq pun dekat je ngan umah aku, selang 15 bijik umah je dengan umah aku (dekat ke?). So tengah syok jalan-jalan ngan Shafiq ni, tiba-tiba dia bukak mulut
“Mer, aku ingat aku nak pegi overseas la lepas habis belajar ni, aku nak sambung belajar sana. Ko tau la kan, aku nak jadi doktor nanti. Mak bapak aku pun selalu cakap, sambung belajar overseas lagi bagus.”
Aku pun pelik, apsal tiba-tiba je dia cakap camtu. Selama ni tak pernah pulak pasang niat nak pergi luar negara.
“Hmm, ikut ko la Fiq. Ko orang bijak, pegi belajar mane-mane pun boleh.”
Aku cakap dengan selamba walaupun dalam hati aku ni, aku xnak berpisah dengan die. Kalau takde dia habisla aku, aku takde member dah. Die lah satu-satunye sahabat aku,dunia dan akhirat.
“Mane ade Mer, aku ni bese-bese je. Tak cerdik mane lah. Tapi kan, aku ingat nak belajar kat havard. Pakcik aku pernah belajar kat sane dia cakap memang sesuai untuk aku. Aku search kat Google pun memang universiti tu antara yang terbaik kat dunia ni. So apa pendapat ko Mer?”.
“Ikut ko la Fiq, pilihan ko”.
Nak tak nak je aku jawab, bukan apa, masa tu aku tak tau havard tu apa, aku ingatkan hospital.
“Hehe, yelah Mer. Suatu hari nanti pasti aku akan ke sana!” Shafiq cakap.
Lepas tu kitorang jalan,jalan,jalan lepas tu sampai rumah. Tak cakap pape da. Tapi dalam hati aku meronta-meronta supaya dia cancel kan niat dia nak belajar kt overseas tu.
“ Jap Mer, ko ingat Havard tu hospital? Hahahaha. Aduh ko ni, mundur tol la.” Saya tak dapat menahan gelak.
“Hehe, Relaks la bro. Masa tu mana aku tau!” Amer cuba backup diri dia.
“Dah-dah, sambung cerita.hik2” (tahan gelak)
Nak jadikan cerita. Kitorang pun berkawan baik sampai la habis sekolah. Time ni la aku paling sedih. Aku ingat lagi mase time nak ambik result SPM. Aku pergi dengan Shafiq. Ko tau la kan camne SPM punya penangan, bedebar takde ingat. Habis satu badan berpeluh. Yang aku tension nye, aku tengok Shafiq die relaks je, siap senyum lagi. Die cakap kat aku,
“Relaks la Mer, watpe nak gelabah. Ni bukan kat padang mahsyar pun”.
Nah! Sekali dia cakap camtu, terkedu aku dibuatnya. Relaks r sekejap, tapi tak tahan lama beb. Aku gelabah balik. Pastu bil dah dapat result, perkataan first sekali aku cakap, ko tau pe?
“Alhamdulillah, tak sangka result aku tak teruk sangat, yeeehhaaa”.
Bangga beb, ko tau la kan aku ni bukan nya jenis ulat buku, ok la kalau dapat 3A yang lain semua B-, pastu ada la D+ sikit-sikit. Aku tanya Shafiq, aku tengok dia maintain cool je, nak kata gembira takde lah gembira sangat, nak kata sedih, jauh panggang dari api. So aku tanya,
“Fiq, ko amacam? Kurang sepuluh A ke? hehe”.
Shafiq diam je, pastu dia senyum sambil cakap.
“jom kita balik!”
aku pelik, apsal dia ni. Dia budak cerdik, takkan tak dapat A kot. Semalas-malas aku pun dapat la tiga butir. Tapi aku malas nak tanya banyak sebab aku masa tu tengah happy. So aku dengan dia pun balik la.
3 bulan berlalu......
Satu malam ni, aku memang tak dapat tidur. Dah macam-macam style baring aku wat, tak dapat jugak tidur. Mata ni cerah semacam. Nak kata lapar, aku dah bedal maggi 3 bungkus. Tapi yang penting, aku memang resah. Dah tiga bulan aku resah, dah tiga bulan jugak aku susah nak tidur, dah tiga bulan jugak aku still duduk melepak dekat rumah, tak buat apa-apa. Yelah, malas lagi nak cari kerja ke apa ke. Nak amek feel sikit lepas SPM, yela baru lepas merdeka, tak lama aku nak sambung belajar dah. Baik aku relaks dulu, duduk rumah.
“Tapi ko nak tau sebab pe? Sebab dia...jeng, jeng, jeng. Ko tunggu la esok, dah lewat ni wei!. Dekat subuh dah, esok nak kerja pulak. Dah-dah, jom blah, esok aku sambung.”
Cis, potong betul Amer ni. Saya punya lah khusyuk dengar dia bercerita tak sedar dah pukul 4 pagi, air teh tarik yang saya order pun baru seteguk minum.
“Yela, jom balik. Tapi esok ko cerita balik. Mane syok tak habis cerita.”
“Yela2, esok aku cerita. Tapi ko bayar air aku.” Amer cuba memancing.
“No problemo, aku bukan excited nak dengar cerita ko, tapi aku nak tengok, apa yang tragis sangat tu. Hehehe”
Saya bayar air apa semua, pastu kitorang blah naik EVO 3 Amer memecah kepekatan malam.
Bersambung..............
p.s: Lenguh dah jari ni nak menaip, nanti lah sambung. hehehe
6 comments:
la bersambung pulak....br nak panas...nanti dah update bg tau ok..hehe
wokey babeh :D bg link ur blog..
cih....ak sanggup baca panjang2 ni sb nak tau apa benda yg tragis nye, alik2 sambung lak..
cepat2 sambung..
ceh! punyela semangat bace skali bersambung~ hahah...sabar je la =))
lerr... sepanjang2 cerita, last2 bersambung -.- cepat2 sambung :)
wah~menarik..!
ap agaknye yg tragisnye..ye
Post a Comment