nuffnang ads

Tuesday, September 6, 2011

Pasangan Muda Di China Telah Mengubah Lori Kepada Sebuah Rumah Bergerak

Ingenious home to cut cost!

Diakibatkan tidak mampu untuk membeli rumah sebenar, sepasang kekasih di Kunming China, telah mengubah lori milik mereka kepada sebuah rumah bergerak yang selesa. Susah untuk kita semua yang berumah membayangkan seseorang boleh hidup dengan selesa di belakang lori, tetapi disebabkan harga rumah disana terlalu mahal, mereka terpaksa mengubahsuai lori milik mereka untuk dijadikan kediaman. Dengan keluasan hanya 8.5 meter persegi, ianya dilengkapi dengan kjelengkapan seperti rumah-rumah biasa yang lain seperti sebuah dapur kecil, sinki, dapur elektrik, katil, peti ais, flat screen tv dan juga sebuah komputer yang dilengkapi intenet. Di lori tersebut juga terdapat sebuah tandas, dan pastinya mereka tahu bagaimana untuk membuangnya. 

Berbanding dengan rumah biasa, mereka hanya membelanjakan 130,000 yuan (anggaran RM 59,240) untuk menghasilkannya yang mana jauh lebih murah. Ianya bukanlah sebuah rumah yang luas, tetapi kelengkapannya sudah cukup untuk membuatkan mereka selesa berada disitu walaupun susah untuk mengemas (rumah selalu bergoyang apabila lori tersebut bergerak). Yang penting disini, kekreatifan dan survival skill yang mereka miliki menyebabkan mereka mampu hidup walaupun dihimpit masalah kewangan.















Sumber: chinasmack

No comments: