nuffnang ads

Tuesday, September 6, 2011

Magnet Untuk Shopping List Yang Paling KREATIF

Sesuai untuk suri rumah!

Bagi para isteri, suri rumah dan juga mereka yang bujang, magnet ini adalah inovasi kreatif bagi membantu anda untuk mengingati barangan keperluan yang perlu dibeli. Magnet rekaan Chriss Glass ini terdapat dalam dua jenis, magnet khas untuk barangan keperluan harian dan juga senarai rempah ratus. Bagi barangan keperluan harian disediakan dalam 35 jenis magnet yang menyenaraikan barangan seperti roti, daging, minyak masak, telur dan lain-lain. Manakala bagi rempah ratus pula, terdapat 20 jenis magnet yang tertulis rempah-rempah seperti cili, kulit kayu manis, daun kari dan macam-macam lagi. Sekarang, jika terdapat keperluan dapur yang telah habis, hanya lekatkan sahaja magnet yang berkaitan di peti ais atau tempat lain. 









Sumber: plentyofcolour via harringtonandsquires

No comments: