nuffnang ads

Thursday, September 1, 2011

Corak Karpet Parsi Moden Direka Dari Google Earth Yang Paling KREATIF

Thanks to Google Earth!

Dengan hanya menggunakan Google Earth, pereka dari Jerman, David Hanauer telah dapat menghasilkan corak-corak kontemporari terhadap pembuatan seni purba karpet parsi. Beliau menamakan projek ini sebagai 'Worldwide Carpets' telah memulakannya sejak 2008 lagi selepas beliau kagum melihat pandangan dari atas terhadap bangunan dan lanskap di Las Vegas dan juga pandangan dari atas penyusunan teratur kawasan perumahan. Selepas itu timbullah idea untuk menggunakan gambar-gambar bandar dari pada atas (ariel) untuk dijadikan corak keatas karpet parsi moden dan sebagai jalan altenatif, beliau telah menggunakan Google Earth memandangkan ianya boleh digunakan dengan percuma. Melihat kepada corak-corak yang telah direka beliau, pasti kita menganggap ianya adalah corak abstrak yang biasa tanpa memikirkan tentang ianya adalah sebenarnya gambar ariel Las Vegas. 

Sebelum melakukan satu-satu corak, beliau mengenalpasti terlebih dahulu bahagian mana yang sesuai untuk dijadikan sebagai corak di Google Earth. Setelah menjumpai tempat-tempat yang menarik, beliau akan menggabungkan 4 gambar yang sama dengan tempat yang dipilih beliau sekaligus membentuk corak karpet parsi. Tetapi corak-corak itu tidaklah diletakkan pada karpet biasa yang dijahit dengan menggunakan tangan, tetapi beliau telah printkan corak itu ke atas karpet Polyester. Walaupun begitu, jalan dan sumber yang digunakan untuk menghasilkan sesebuah corak adalah amat kreatif. Dibawah adalah sebahagian dari corakcorak menarik yang telah dihasilkan beliau. Enjoy!














Sumber: odditycentral via davidhanauer

No comments: