nuffnang ads

Monday, December 17, 2012

Mysterious Quest


“Sometimes questions are complicated and the answers are simple.” Dr. Seuss

Cinta..

Apakah itu cinta. Cinta yang dikejar,diidam,dibenci,dikagumi,dinikmati oleh manusia? Adakah ianya hanya sebuah perkataan kosong? Ataupun adakah ianya mempunyai makna tersendiri? Yang hanya orang yang tertentu mengetahuinya? Cinta berada dimana? Dari manakah ia datang? ianya datang secara tiba tiba atau kita perlu mencarinya? Adakah cinta itu sesuatu perkara yang boleh dibina atau direka? Apakah yang dimaksudkan dengan cinta sejati? Wujudkah cinta itu sebenarnya ataupun ianya hanya sekadar gurauan? Adakah ianya sekadar rekaan? Tak keterlaluan, penipuan?

Keliru..

Mengapa manusia begitu mengaggumi cinta? Apakah yang terdapat pada konsonan C.I.N.T.A sehingga manusia sanggup melakukan apa sahaja? Mengangis kerananya, gembira kerananya, berduka kerananya dan bersumpah kerananya.. adakah mereka tahu apakah maksud dan erti cinta sebenarnya? Dari mana asal usul cinta ini sehingga ianya begitu sinonim dengan manusia? Adakah dengan mengenali seseorang dari berlawan jantina boleh mencetuskan cinta? Adakah cinta itu satu jenis rasa? Atau satu jenis kegilaan?


Sekali terjebak dengan cinta, bolehkah kita lari daripadanya? Mengapa dikatakan cinta begitu kejam sedangkan pada masa yang sama ianya teramat manis? Apakah hebatnya cinta sehingga banyak karya lagu, filem dan segala seni yang lain terilham dari perkataan itu? Adakah ianya satu perbuatan magis? Jenayah yang tak terkira disebabkan cinta tidak menghentikan manusia mencari dan mengaguminya, mengapa? Mengapa?

Tidak adil!

Mengapa degupan jantungku seperti tidak seiringan ketika ku melihat mu? Mengapa diriku berasa resah apabila berada bersama mu? Mengapa diriku perlu gelisah ketika ketiadaan kamu? Kenapa personalitiku yang biasa berubah kepada kelam kabut ketika berbicara denganmu? Mengapa aku menjadi seperti orang yang bodoh ketika berhadapan mu? Kenapa ku teringat kan senyum mu, bau mu, gelagat mu, mengapa perlu ingat kan kau sama sekali?  Mengapa diri ini perlu sentiasa merasai kehadiran mu sedangkan kehadiran mu didalam hidupku cuma seketika?  Mengapa aku rasa suatu kuasa yang tidak terkawal hadir dari dalam perasaan ketika kamu dalam keadaan bersedih? Mengapa timbul rasa sayu? Mengapa timbul rasa ingin memelihara kamu dari bahaya dan masalah sedangkan kamu bukanlah sesiapa bagiku melainkan hanya kenalan? Mengapa perasan ini perlu hadir ? mengapa perlu hadir berkali kali? Mengapa perasaan ini hadir hanya untukmu? Mengapa?

Dimana keadilan?

Aku tidak mengingini perasaan ini.. ianya tidak memberi sebarang kebaikan kepadaku melainkan hanya duka. Mengapa perlu aku yang merasainya? Adakah perlu perasaan ini didalam diri aku? Adakah orang lain merasai seperti apa yang aku rasakan sekarang? Dapatkah mereka merasai penderitaan jiwa yang ku rasakan ini? Apakah yang perlu aku lakukan untuk menghilangkan rasa yang bercampur baur ini? Bagaimanakah caranya untuk aku membuang perasaan gila ini? Ianya sangat rumit! Ianya membunuh aku! sedih, gembira, takut dan marah bersatu dalam satu masa..tidakkah ia pelik?

Adakah itu cinta?

Aku telah mencarinya untuk seribu tahun dan aku mungkin perlu menunggunya untuk seribu tahun lagi.

No comments: