"The only thing necessary for the triumph of evil is for the good men to do nothing" - Edmund Burke
Angin
sejuk menghembus belakang badannya..hembusan dingin malam yang masuk melalui
tingkap separuh terbuka itu sangat menyamankan dan pada masa yang sama menegakkan bulu romanya..Beliau tersenyum puas..bilik yang terasa hangat itu
kembali menyegarkan. Bau bauan yang ghairah sudah semakin pudar dibilas
kesejukan..peluh yang sedari tadi mengalir di dahi dan di belakang badannya
sudah mengalir habis sehingga ke peha.. tangan halus yang hangat masih memeluk
erat tubuh tegap si lelaki..bilik yang gelap gelita itu secara perlahan lahan
diterangi oleh cahaya neon dari luar
menampakkan secara samar ruang yang sempit itu.. bilik yang sekian lama
berdebu kini telah dinodai kesejukannya..kehangatan kembali menjengah..
Sambil
membelai rambut lurus gadis comel yang baru seminggu dikenalinya itu, otaknya
ligat berpusing..entah apa yang difikirkannya..keseronokan sementara atau
masalah dunia, dia sendiri buntu,berkali kali..ditatapnya sepasang mata yang
kelihatan berkilau di dalam bilik gelap tersebut, senyuman masih belum luput
dibibirnya..dua pasang mata kini sedang bertatapan antara satu sama lain..dua
pasang tangan, kiri dan kanan, merangkul
badan masing-masing..dada bertemu dada, kaki bersilang diantara
kaki..beeratan didalam kelam dan dingin malam yang baru menjengah..
15 minit
disangkakan seperti selamanya, penat dan puas bercampur aduk..pertarungan yang
membangkitkan aroma ghairah ke serata pelusuk bilik kini sudah tamat..
Jam
didinding menunjukkan waktu sudah pun melangkaui pukul 3 pagi tetapi mereka
masih berpelukan segar..mengeluh puas sang lelaki kemudian menolak tangan halus
itu dari belakang badannya..terduduk lelaki itu dibirai katil tanpa Seurat
benang sambil diperhatikan sang gadis leka.. kelihatan alur belakang badan
lelaki itu seperti diukir. Diusap perlahan oleh gadis itu dengan tangan
halusnya ibarat memuji indahnya ciptaan tuhan..si lelaki tidak mengendahkan
perbuatan si gadis seterusnya mencucuh sebatang rokok..satu perbuatan wajib
yang dilakukannya selepas bersenggama. Disedutnya dalam dalam tanda kepuasan
dan kemenangan yang dikecapi kemudian dihembus laju kearah tingkap yang terbuka..
Jauh
pandangan si lelaki ke luar tingkap. Bising sekali suara kecil didalam hatinya.
Ingin saja dia mencampakkan gadis kotor itu keluar tingkap.Nyah kau dari sini! Semua
yang aku mahukan dari kau telah ku kecapi, kini kau hanya hampas yang
tawar..tiada lagi manis yang boleh ditagih. Ah, berbaloi juga usaha ku selama
ini. Cinta yang kau harapkan hanya lah khayalan, khayalan yang terletak
dikemaluan ku..bersedialah kamu untuk menangis, wahai gadis.
Rokok yang masih tinggal separuh itu dijentik
keluar , pantas kerana si gadis sudah
menariknya kembali ke pembaringan, isyarat untuk pertarungan baru..
Kini si
lelaki bertatapan mata dengan gadis itu, tersenyum..Kemenangan yang berkali
kali digapai, kemenangan malam ini sudah menjadi sejarah. Kemenangan baru pasti
akan diburu lagi. Bersenjatakan kata kata manis, harapan dan janji, kemenangan
itu hampir pasti. Padan muka si lelaki jujur, kamu akan sentiasa terkebelakang.
Naifnya sang gadis.
Bilik
yang dingin itu hangat kembali..
No comments:
Post a Comment