nuffnang ads

Sunday, January 22, 2012

Bagaimana Untuk Menjadi Skateboarder Yang Paling AWESOME!!

"I consider skateboarding an art form, a lifestyle and a sport" - Tony Hawk

APA ITU SKATEBOARD? 

Skateboard dalam bahasa melayu adalah papan luncur atau papan selaju ialah sejenis papan yang memiliki empat roda dan digunakan untuk meluncur papan. Papan ini memiliki tenaga yang dipacu dengan menggunakan satu kaki sementara kaki sebelahnya di atas papan. Pengguna boleh juga berdiri di atasnya apabila papan ini meluncur ke bawah di atas permukaan yang curam dan dengan ini menggunakan graviti sebagai pemacu.



BAGAIMANA SEJARAH SKATEBOARD BERMULA?

Skateboard petama dilahirkan pada pertengahan tahun antara 1940-1950 an ketika peluncur dari California ingin mencari sesuatu untuk dikendarai ketika air laut tidak berombak. Papan pertama dibuat dengan papan yang diberi ban roller skate.

Kemudian tahun 1970anFrank Nasworthty membuat ban skateboard dengan bahan polyurethane atau biasa dipanggil cadillac. Dia berharap agar orang yang gemuk boleh membeli dan mengunakan papan skate. Dengan adanya pelancaran ban baru tersebut pada tahun 1970an, populariti skateboarding meningkat Banyak syarikat mula menghasilkan truck (gandar roda) dan mereka bentuk khusus untuk para skater. Pengusaha kilang mula mengadakan percubaan dengan mengabung bahan eksotik dengan metal, seperti fiberglas dan aluminium. Para Skateboarders menerima keuntungan daripada papan mereka yang dibaiki dan mereka mula mencipta trick baru. Beberapa Skater, khususnya Ty Page, Bruce Logan, Bobby Piercy, Kevin Reed, dan Z-Boys (dinamakan begitu kerana kedai tempatan mereka bernama zephy shop) mereka mula meluncur di dalam kolam renang yang dibiarkan kosong di masa Kemarau California 1976. Jadi inilah asal trend vert bermula di dunia skateboarding.

Pada tahun 1980an, ia dipandukan oleh syarikat skateboard yang dikendalikan oleh skateboarders. Fokus awalnya adalah vert. Penemuan no-hands aerial (ollie) oleh Alan Gelfand di Florida pada 1976 dan kemudian terus berkembang dengan penemuan grabbed aerial oleh George Orton dan Tony Alva di California. Para skater boleh melakukan trick ini di ramp vertical. Kebanyakan orang tidak mampu membina vert ramp atau tidak mempunyai akses kepada ramp, jadi mereka bermain dijalanan (street) dan menjadi popular. Freestyle street seperti Rodney Mullen mencipta banyak trick asas, di antaranya trick asas moden seperti impossible dan kickflip. Pengaruh freestyle street skating masih menjadi trend selama pertengahan 80an, tetapi street skating masih dilakukan di papan vert yang lebar dengan nose yang pendek. Skateboard pada tahun 1980an berkembang dengan cepat tetapi terganggu dengan trend street skating .

Pada tahun 1990an sehingga kini skateboarding didominasi dengan street skating. Dengan lebar papan 7 ¼ hingga 8 inci dan panjang 30 hingga 32 inci. Ukuran roda relatif kecil supaya papan menjadi lebih ringan, dan supaya roda berputar dengan lebih cepat, lantas lebih banyak trick baru dapat dilakukan. Bentuk kontemporari skateboard didapati dari freestyle papan 1980an dengan bentuk dan lebar relatif sempit yang sangat simetri. Bentuk ini sudah menjadi standard dipertengahan 90an.



BAGAIMANA UNTUK MENJADI SKATEBOARDER YANG PALING AWESOME!!

Kepada para skater di luar sana, sekiranya anda ingin menjadi seorang skateboarder yang paling AWESOME!! anda perlu mengamalkan 3 prinsip ini iaitu :
  • STYLE
  • ATTITUDE & GAYA
  • JANGAN SALAHKAN DIRI ANDA, SALAHKAN SKATEBOARD ANDA??
Apa-apa pun saksikan video dibawah untuk menjadi seorang skateboarder yang AWESOME!!
Enjoy!! =D


credit to KP


Sumber: sk8

1 comment:

Anonymous said...

Cara yang baik untuk mengatakan , dan sepotong tulisan yang baik untuk mendapatkan fakta-fakta pada topik subyek presentasi saya , yang saya akan sampaikan di sekolah .