nuffnang ads

Thursday, August 4, 2011

Keajaiban Buah Tunjuk Langit

Semalam aku pergi bazar Ramadhan, tengah jalan-jalan sambil usha-usha makanan, aku ternampak sesuatu benda yang pelik. Mula-mula aku ingat perhiasan. Aku pun pelik la kat tengah-tengah bazar Ramadhan ni ada pulak jual perhiasan. Pastu aku pun pergi la tengok. Rupa-rupanya, itu adalah sejenis buah.



Buah Tunjuk Langit (Swietenia macrophylla.) juga dikenali sebagai Sky-fruit atau Buah Mahagony merupakan sejenis tumbuhan herba yang terdapat di Asia Tenggara. 

Swietenia macrophylla, Mahogani Daun Besar atau Mahogani Honduras adalah tumbuhan liar yang berasal dari jenis pokok Meliaceae (keluarga pokok Mahogani atau Mahoni). Pokok ini tumbuh di kawasan hutan hujan tropika yang bersuhu kering dan lembap terutamanya di Amerika Selatan, India Barat, Kepulauan Indonesia, Fiji, Honduras, Kepulauan Solomon dan juga Malaysia. Ia digelar Raja Swietenia atau Raja Mahogani oleh kerana mutu kayunya yang tinggi di pasaran dunia sejak beratus tahun yang lalu.


Pokok Tunjuk Langit mempunyai akar yang serumpun, berwarna merah dan memiliki rasa lemak. Ia mudah tumbuh di kawasan lembah yang lembab dan agak teduh. Kebiasannya herba ini boleh didapati berhampiran dengan kampung dan kebun kecil getah di bahagian utara Semenanjung.



Pokok Tunjuk Langit digunakan sebagai ubat tradisi untuk membuat ubat periuk bagi wanita selepas bersalin. Manakala pucuknya dijadikan sayur dan kadang kala dimakan bersama sirih. Jauh daripada itu rizomnya pula digunakan untuk merawat batuk, penyakit siplis, caranya dimakan bersama sirih dan juga dijadikan tonik. Bagi batangnya yang tua pula boleh digunakan untuk menganyam tikar.





Pelik tapi benar, cuba lihat gambar-gambar di atas. Kedudukan buahnya menegak ke arah langit, sebab tu namanya tunjuk langit. Subhanallah...Memang menakjubkan ciptaan Allah itu. Untuk pengetahuan anda, pokok tunjuk langit ni berbuah setahun sekali sahaja. 


Buahnya mempunyai nilai perubatan yang tinggi, disahkan melalui kajian saintifik oleh ahli Biokimia Amerika, Dr Larry Brookes (1996). Kebelakangan ini ia telah digunakan oleh pakar perubatan dan doktor dalam bidang perubatan dan diiktiraf sebagai antara makanan kesihatan terbaik di dunia. Buah tunjuk langit adalah semulajadi, mengandungi nutrien yang tinggi kerana akarnya mencecah 20 kaki ke dalam tanah. Tidak mengandungi kesan sampingan walaupun diambil dalam tempoh masa yang lama.





Tiga  bahan aktif yang utama



1. FLAVONOIDS                                                                                                                                          seperti yang terdapat dalam Gingko biloba dan tongkat ali. Ia merangsang pembukaan pembuluh darah, membekalkan oksigen dan nutrisi  keseluruh badan, agen anti –pengoksidaan.


2. SAPONINS                                                                                                                                                  seperti yang terdapat  ginseng Panax. Enzim yang bertindak seperti sabun /pelincir  yang mengurangkan lemak dan kolesterol pada dinding salur darah.Ia menguatkan fungsi jantung dan sistem imuniti .


3. BITTER ALKOLOID                                                                                                                                   rasa pahit adalah kerana kandungannya yg tinggi, dapat merencatkan pertumbuhan  virus dan bakteria. Ia membantu membina sel darah putih  dan menguatkan imuniti badan.


Fungsi-Fungsi Utama Flavonoids

  • Mengurangkan tahap gula dalam darah
  • Menyeimbangi kandungan gula dalam darah
  • Memperbaiki kelancaran peredaran darah
  • Menyingkirkan redikal bebas dalam tubuh badan
  • Memperbesarkan dan menguatkan keanjalan saluran darah
  • Mengurangkan kandungan kolestrol yang tidak baik di dalam darah

Fungsi-Fungsi Utama Saponins
  • Mempertingkatkan daya tubuh badan (daya imuniti)
  • Merangsangkan perembesan insulin dari pankreas
  • Mempertingkatkan fungsi pembinaan darah
  • Menangani kekejangan otot di dalam saluran pernafasan
  • Melancarkan sistem saluran pernafasan
  • Mempertingkatkan kesuburan dan keupayaan seks
  • Memperbaiki sistem peredaran darah
  • Menyah toksid dalam badan (detoksifikasi)
  • Mengelakkan kemabukan dan keracunan
  • Mententeramkan fikiran dan otak
  • Menghilangkan kelesuan minda
  • Melambatkan proses penuaan
  • Memperbaiki insomnia
  • Menguatkan hati

Faedah-faedah lain:
  • Menghilangkan sembelit/penghadaman, 
  • Gastrik
  • Saraf
  • Tumor
  • Kecantikan kulit
  • Jerawat
  • Rheumatism 
  • Lelah
  • Nyanyuk


Buah tunjuk langit ini mempunyai keistimewaan yang sukar diperolehi dari mana-mana tumbuhan herba di seluruh dunia. Ia merupakan satu anugerah dan keajaiban dari Allah SWT kepada kita.

“Tidakkah kamu melihat bahwasanya Allah menurunkan hujan dari langit lalu Kami hasilkan dengan hujan itu buah-buahan yang beraneka macam jenisnya" - QS Faathir:27

Sumber: iklaneka

13 comments:

si para para said...

banyak betul kelebihan buah ni....
kenapa tak ketengahkan je dalam pasaran moden.

Namekoi said...

ade je orang jual buah ni buat ubat...yang dah di proses dalam bentuk kapsul pun dah ade dah...

cik dot said...

baru tau nie. ^^~

zaminc said...

pokok renek dan menjalar berdiameter sehingga 1 cm?

di sini (Kedah) Pokok tunjuk langit (mahogany) adalah pokok balak berdiameter sehingga lebih 100 cm.

pokok yang sama mungkin?

Namekoi said...

Alamak jep...sori jep...salah info rupenye...aku gali balik dalam-dalam...rupe-rupenye aku terkonpius antara buah tunjuk langit (mahagony) dan paku tunjuk langit...entry dah edit balik dah...hehehe...harap maaf sume...TQ jep for noticing.... =)

Anonymous said...

saya pemborong buah tunjuk langit minat sila hubungi din 0192314560 atau layari www.gmaxkapsul.blogspot.com atau facebook/cincin kanda

Adnee said...

Saudara saya ambil atrikel ini dan publish dalam blog saya. Terima kasih.

Anonymous said...

Inilah yang juga dikenali sebagai Skyfruit. Sekarang terdapat minuman kopi campuran 3+1 sebagai mana tongkat ali, ginseng dan sebagainya.

Hakim said...

Saya ada memproses buah tunjuk langit dalam bentuk kapsul.. 40 kapsul RM30

Boleh jadi stokis dan pengedar dengan keuntungan 50%

Jika mahu buat branding sendiri pun boleh. Saya siapkan dari segi label, pembungkusan dan jenis botol mengikut kehendak anda.. Anda tinggal jual sahaja..

Layari http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=370157

atau call 010-7780 007

Anonymous said...

tpt aku tiap2 bulan berbuah. Bertahun2 dah. Tupai je kenyang makan. Hehehe

muslimkasturi said...

Terima kasih atas info... memang baik baik buan nie.. boleh membantu... usaha tangga kejayaan

Adwihalim Halim said...

ummpphh

Adwihalim Halim said...

Di kg istri sye di semarang indonesia
banyak terdapat buah tunjuk langit.mereka disana tidak tau khasiat buah ini.buah ini dibuang begitu saja.saya bercadang ingin membawa buah ini ke malaysia untuk di pasarkan