nuffnang ads

Tuesday, August 16, 2011

Seni $100,000 Di Dinding Muzium Yang Paling SARKASTIK

Spendable art that's not for sale

Kamu ada duit sebanyak USD$100,000, dan apa yang kamu ingin lakukan dengan duit tersebut? Bagi seorang artis yang berumur 70 tahun, Hans-Peter Feldmann, beliau tahu apa yang ingin dilakukannya. Pada musim luruh yang lepas, beliau telah menerima anugerah Biennal Hugo Boss atas hasil seni yang dilakukannya dan membawa pulang USD$100,000 sebagai ganjaran. Beliau merupakan artis yang paling tua ketika anugerah itu berlansung. Bagi menunjukkan apresiasi beliau terhadap hadiah yang diterimanya, beliau telah menyusun setiap satu dolar daripadanya di sebuah bilik di Musium Guggenheim.

Beliau yang menyusun duit itu bersama rakannya telah mengambil masa selama 13 hari untuk mengabiskan 100,000 keping duit 1 dolar untuk memenuhi setiap dinding yang telah disediakan untuknya. Beliau melakukan tersebut supaya apabila ada pengunjung yang melawatinya, akan kagum dengan permandangan tersebut dan sedar akan kuantitinya yang banyak.

Beliau telah menggunaka semua jenis duit 1 dolar termasuklah yang telah dipakai bagi menunjukkan betapa  bergunanya jika ianya dihabiskan ke arah kebaikan. Beliau ada menerangkan bahawa pecinta-pencita seni pada suatu ketika dahulu membuat sesuatu seni hanya kerana mereka mencintainya, tetapi sekarang hasil seni hanyalah dilakukan untuk duit dan itu juga salah satu sebab mengapa beliau melakukan seperti ini. Di dinding ini, kita dapat lihat gambaran betapa banyaknya nilai 100,000 itu, tetapi ianya tidak dapat dibandingkan dengan jumlah keseluruhan hutang negara Amerika yang aku paparkan pada beberapa hari lalu. Ianya terlalu banyak untuk digambarkan. Enjoy your 100,000 dollar bills!












Sumber: thisblogrules via newyorktimes

4 comments:

Hans said...

nih kalau aku letak RM1 dkt dinding rumah sah waktu raya nih habis lesap
heheehe

Anikimaro said...

haha..tu betul..

si para para said...

mintak singgit boleh tak.hehe

Anikimaro said...

mintak boleh...dapatnya belum tentu..haha