nuffnang ads

Tuesday, August 16, 2011

Marbelous - Meja Diukir Dengan Laluan Guli Yang Paling GENIUS

sesuai untuk kanak-kanak 

Sebuah meja (kurang pasti samada meja makan ataupun meja ape) yang paling genius telah direka oleh pereka Belanda iaitu Nathan Wierink dan Tineke Beunders. Meja ini diperbuat daripada kayu dan mempunyai laluan bersilang yang mana guli boleh melaluinya dan terus jatuh ke lantai. Amat menyeronokkan jika melihat guli-guli yang melalui ukiran tersebut, walaupun ianya masih belum begitu detail tetapi pergerakan guli-guli tersebut membuatkan kita terpukau. Sebelum menunggu hidangan makanan (jika dibuat sebgai meja makan), kita boleh merehatkankan dulu minda dengan bermain guli. Meja yang telah mendapat berbagai anugerah ini direka berdasarkan minda kanak-kanak dan dewasa ini agak berbaloi untuk dimiliki. Enjoy!









Sumber: ontwerpduo

1 comment:

Queenara said...

wah krestif betul pereka Belanda tu yep, mesti syok kalau ada meja macam ni kat rumah.