nuffnang ads

Saturday, August 27, 2011

Lakaran Konsep Muzium Animasi Dan Komik Di China Yang Paling AWESOME

style gila!

Sebuah kumpulan pereka dari Belanda, MVRDV, telah memenangi pertandingan antarabangsa atas projek lakaran konsep mereka iaitu 'China Comic And Animation Museum'. Rekaan yang sangat futuristik itu menampilkan bentuk rekaan seperti 8 buah belon yang mewakili 8 bahagian bangunan dan sangat kompleks walaupun ianya akan terbentang sehingga 30,000 kaki persegi. Walaubagaimanapun, lakaran itu hanyalah dibahagian depan yang termasuk Taman-taman, plaza umum dan pusat ekspo. Projek ini dijangka untuk memulakan pembinaannya ada 2012. Bagi lakaran terperinci, mereka meletakkan setiap satu dari 8 buah bangunan yang akan dibina, mempunyai fungsi-fungsi unik tertentu yang mana melibatkan dunia seni dan hiburan. 

Salah satu perkara yang menarik di muzium ini ialah perletakkan ikon-ikon komik yang terkenal sebagai mercu tanda bagi sesebuah bangunan supaya orang tahu bahawa tempat itu dikhaskan untuk komik, animasi dan kartun. Mereka juga merancangkan untuk meletakkan sebuah dinding maya yang mana setiap elemen 2D akan menjelma kepada 3D dan seterusnya membuatkan ia kelihatan seperti 'hidup'. Dimuatkan juga ruang-ruang pameran yang versatil bagi pertunjukan seni, sebuah perpustakaan komik dan 3 buah panggung wayang.




















Sumber: designboom

No comments: