nuffnang ads

Monday, August 29, 2011

Jaket Berpenghawa Dingin Yang Paling AWESOME

When fashion and science join forces


Anda selalu kepanasan? Selalu berpeluh? Inilah jawapannya!! Saintis-saintis di Jepun telah mencipta Jaket Berpenghawa Dingin!! Cool!! Jaket ini membuatkan anda kelihatan montel tetapi anda tidak akan kepanasan lagi.

Jaket ini dilengkapi dengan kipas yang berdiameter 10 cm yang terletak pada paras pinggang di bahagian belakang sisi kiri dan kanan. Ia menggunakan bateri nikel-hidrogen yang bersaiz AA yang boleh dicas semula dan ianya amat mesra alam.

Jaket ini didatangkan dalam lengan panjang dan lengan pendek. Ia juga ada didatangkan dalam bentuk blouse untuk kaum wanita. Bagi mereka yang menyukai kain jenis cotton, anda pasti gembira kerana jaket ini merupakan 100% cotton manakala bagi blouse ianya merupakan 100% polyester

Jadi sekiranya anda ingin kekal sejuk walaupun di hari yang panas, pastikan anda dapatkannya sekiranya ia dipasarkan. Harga jaket ini dianggarkan sekitar $110 - $150. Tapi bila dah masuk Malaysia tak tau la harga dia macam mana pulak. Al-maklumlah cukai barangan import kat Malaysia ni tinggi.











p/s: dengan jaket ini tiada lagi masalah ketiak asham...LOL!!! =D


Sumber: vyperlook



No comments: