nuffnang ads

Friday, March 4, 2011

PASKAL - Kejayaan Menumpaskan Lanun Somalia




1. Pasukan elit tentera laut kita, Paskal kini berada dalam rangking pasukan khas yang terbaik di dunia apabila kejayaan pasukan itu menawan kembali kapal MT Bunga Laurel hangat diperkatakan.

2. Pada mulanya sangat sukar untuk mencari respons media antarabangsa terhadap kejayaan ini yang dilapor dibuat pada 11.40 malam, 20 Jan kerana ia tidak dihebohkan lagi kepada media tempatan di Malaysia.

3. Kejayaan ini juga dibayangi dengan kejayaan pasukan khas Korea Selatan pada hari yang sama, kejayaan pasukan khas Korea Selatan ini menjadi berita hangat diseluruh dunia.

4. Pada 22 Jan, berita kejayaan ini mula tersebar di dada akhbar dan agensi berita antarabangsa, AFP dan Reuters mula memetik kejayaan itu untuk disebarkan ke seluruh dunia.

5. Susulan dengan itu, laman-laman Twitter milik rakyat luar negara mula mendedahkan kejayaan itu dan saya lihat jumlahnya semakin bertambah dan pesanan-pesanan ini mula terkeluar lebih kurang setengah jam selepas AFP menyiarkan kejayaan pasukan khas Paskal.


6. Ini bukan kali pertama Paskal mencipta kejayaan tetapi kali ini lain, dunia akan mengenal Paskal, pasukan khas dari Malaysia dan peminat ketenteraan akan menyenaraikan Paskal setaraf dengan pasukan-pasukan terbaik di dunia lain. Jika tidak percaya, cubalah lihat data pencarian enjin pencari internet, nama pasukan ini pasti akan popular dalam beberapa hari ini.

7. Yang paling mengkagumkan, tidak ada casualty atau korban di kalangan anggota Paskal, anak kapal mahu pun di kalangan lanun-lanun itu sendiri kecuali tiga daripada tujuh lanun Somalia terbabit cedera.

8. Keadaan ini sangat berbeza sekali dengan kejayaan-kejayaan tentera laut lain di perairan Somalia, pasti akan melibatkan kematian di kalangan anggota lanun dan sebagai contoh melalui operasi menyelamat pasukan khas Korea Selatan itu tadi, habis kesemua enam lanun menjadi korban.

9. Mungkin anggota Paskal ini sudah beri arahan untuk mengelakkan kematian di kalangan anggota lanun dan arahan ini saya yakin ada kaitan dengan polisi jangka panjang kerajaan Malaysia.

10.Saya berpendapat, lanun-lanun ini bukan tentera profesional atau berjuang kerana agama.

11.Mereka juga tidak akan membunuh anak kapal yang ditawan kerana motif mereka cuba mahu mendapatkan wang tebusan, lanun-lanun ini juga bimbang dengan tindakan yang bakal mereka dapat nanti jika operasi mereka melibatkan pembunuhan.

12.Secara mudahnya, mereka tidak akan berjuang bermati-matian…kalau sudah terperangkap, mereka akan menyerah diri dan jika anda seorang anggota lanun, bertempur dengan pasukan tentera merupakan perkara yang anda akan seboleh-bolehnya cuba elakkan.


KOMANDO TLDM (Paskal) mengawasi tujuh lanun Somalia



RENTETAN OPERASI MENYELAMAT PASKAL

13.Pada pukul 11.37 malam (waktu Malaysia), Pusat laporan kecemasan milik Syarikat Perkapalan Antarabangsa Malaysia (MISC) menerima siaran radio kecemasan dari kapal dagang miliknya, MT Bunga Laurel.

14.Petugas di dalam bilik pusat itu cuba menghubungi kapal MT Bunga Laurel tetapi gagal kerana tidak ada respons.

15.Kapal Bunga Mas 5 (yang ada pasukan Paskal) menghubungi pusat laporan kecemasan MISC pada pukul 11.40 malam dan menyatakan bahawa MT Bunga Laurel sedang ditawan lanun, kapal itu turut melihat sebuah kapal induk lanun berada di kawasan berhampiran.

16.Kesemua 23 orang anak kapal bersembunyi dalam bilik enjin, semua lampu dipadam dan engin dimatikan, lanun cuba memasuki bilik enjin tetapi gagal.

17.Komando Paskal kemudian disediakan  dalam dua pasukan dan mereka menyerbu dalam dua buah bot dari kapal Bunga Mas 5 yang terletak kira-kira 29.5 kilometer dari MT Bunga Laurel, operasi bermula jam 1.20 pagi.

18.Pada masa yang sama, sebuah helikopter Fennec dilepaskan untuk mengumpul maklumat dan bantuan tembakan.

19.Berlaku tembakan dari lanun yang berada di atas dek kapal MT Bunga Laurel, anggota penembak hendap (sniper) dari helikopter Fennec membalas tembakan.

20.Lanun dari kapal induk cuba menghampiri kapal MT Bunga Laurel untuk memberi bantuan tetapi digagalkan oleh pasukan Paskal dalam helikopter Fennec.

21.Kapal Bunga Mas 5 yang meningkatkan kelajuan ke arah kapal MT Bunga Laurel turut memberi bantuan tembakan, lanun akhirnya menghubungi kapal Bunga Mas 5 untuk menyerah diri.






SIAPA BERKATA APA DALAM MASALAH LANUN DI SOMALIA


22. Laksamana tentera laut Thailand iaitu Chaiyot Sundaranaga pernah memberi kenyataan bahawa beliau kesal kerana tentera lautnya gagal membebaskan rakyat Thailand yang ditawan yang berada di atas kapal kargo MV Thor Nexus. Laksamana itu berkata demikian selepas menyambut kepulangan anak kapal perang HTMS Similan and HTMS Pattani. Kegagalan ini disebabkan syarikat pemilik kapal terbabit meminta tentera laut Thailand menarik balik misi menyelamat mereka. Akibat kebodohan syarikat itu, anak-anak kapal Siam yang ditawan ini terus tidak dibebaskan.

23. Kapal penyiaran dari United Kingdom,  The Spirit of Adventure berjaya menewaskan lanun Somalia dengan senjata Sonic (sistem bunyi yang menyebabkan telinga sakit) dalam insiden pada awal bulan ini.

24. Komander tentera laut NATO Michiel Hijmans yang mengetuai Operasi Perisai Lautan (operasi untuk isu lanun Somalia ini) pernah membuat kenyataan demikian, penggunaan kapal induk oleh lanun Somalia menyukarkan lagi misi menyelamat oleh tentera laut ke atas kapal yang ditawan (nampaknya komodor ini terpaksa menarik kenyataan itu semula kerana Paskal sudah pun membuktikan keupayaan mereka.


PASKAL MASUK MEDIA ANTARABANGSA


*Akhbar  yang berpengkalan di Israel iaitu ynetnews dengan judul : Malaysian navy foils hijack attempt in Gulf

*Akhbar dari Turki iaitu seanews dengan judul : Malaysia navy frees hijacked tanker “MT Bunga Laurel”

*Sebuah agensi keselamatan maritim, Neptune Maritime Security yang berpengkalan di United Kingdom turut menyiarkan kejayaan pasukan ini dalam laman web mereka

*Suratkhabar India iaitu HindustanTimes menyiarkan berita penuh kejayaan komando Malaysia itu hari ini.

*Stesten TV dari Amerika Syarikat, Foxnews turut menyiarkan berita kejayaan ini.

*Akhbar WashingtonExaminer

*BBC news dengan tajuk : Malaysia navy foils ship hijack attempt, seizes pirates

*Jakarta Post dari Indonesia


Artikel ini diambil dari : Military Of Malaysia 
Sumber Gambar: Google

3 comments:

F_H said...

ohhh terbaik sei... like

GreenLava said...

Semua rakyat Malaysia patut berbangga dengan kejayaan ini.
Thanks for sharing :)
Tweeted and shared.

Henry Zackery said...

bagus

YAHOO dot COM ADA HANTU ?? BETUL KE ??

JUSTIN BIEBER SUKA BLOG BEBAS