nuffnang ads

Tuesday, January 25, 2011

(KEHEBATAN ARKITEK MASA LAMPAU) TINGGALAN MENAKJUBKAN DI BANDAR TIAHUANACO



Pernahkah anda mendengar tentang bandar Tiahuanaco? Saya pasti, ramai antara kita yang tidak pernah mengetahui tentangnya. Bagaimanapun, ia adalah salah satu bukti bahawa pada zaman silam telah terdapat teknologi yang canggih sehinggakan pakar-pakar arkeologi abad ke-21 tidak dapat menjelaskan bagaimana ia dibina. Interesting isn’t? So, check this out!

Bandar Tiahuanaco terletak ebih kurang 4,000 meter (13,000 kaki) di atas paras laut, di Pergunungan Andes yang terletak antara Bolivia dan Peru. Kawasan ini dianggap sebagai antara satu keajaiban arkeologi di Amerika Selatan, dan mungkin juga di dunia.

Antara tinggalan Tiahuanaco yang paling menakjubkan adalah satu kalendar yang menunjukkan musim- musim, dan posisi bulan pada setiap jam dan pergerakannya. Kalendar ini antara bukti yang menunjukkan bahawa masyarakat yang tinggal di kawasan itu memiliki teknologi yang tinggi. Antara tinggalan lain yang mengagumkan adalah monumen-monumen yang diperbuat daripada blok batuan besar, sesetengah daripadanya mempunyai berat sehingga 100 tan.

Seorang penulis Reader's Digest menulis, "...para jurutera terbaik hari ini masih lagi bertanya kepada diri sendiri tentang keupayaan mereka untuk memotong dan menggerakkan batuan besar seperti yang digunakan untuk membina bandar tersebut. Batuan gergasi itu kelihatan seperti acuan telah digunakan untuk memotongnya..." Sebagai contoh, dinding-dinding bandar berkenaan dibina dengan meletakkan blok-blok seberat 60 tan di atas blok batu pasir yang beratnya lebih kurang 100 tan. Kerja-kerja batu yang digunakan untuk membina dinding tersebut memerlukan kepakaran yang amat mendalam. Blok-blok segi empat sama dicantumkan dengan alur yang tepat. Lubang sepanjang 2.5 meter (8 kaki) telah dibuka di dalam blok-blok seberat 10 tan. Pada sesetengah bahagian runtuhan tersebut, terdapat saluran air yang diperbuat daripada batu dengan kepanjangan 1.8 meter (6 kaki) dan keluasan setengah meter (1.5 kaki). Ini adalah sebahagian ketetapan yang jarang dipadankan walaupun di hari ini. Adalah amat mustahil untuk mereka menghasilkan kerja-kerja berkenaan tanpa kehadiran teknologi seperti yang digambarkan oleh evolusionis. Ini kerana dalam keadaan yang serba primitif, ianya akan memerlukan masa yang lebih panjang daripada hayat manusia untuk mendirikan hanya satu daripada struktur-struktur tersebut. Secara tidak langsung, ini bermakna yang pembinaan bandar Tiahuanaco mengambil masa berkurun lamanya, dan dengan sendirinya membuktikan kesalahan pendapat evolusionis.



Antara satu daripada monumen terpenting di Tiahuanaco adalah Gate of the Sun. Diperbuat daripada satu blok tunggal, dengan ketinggian 3 meter (10 kaki) dan kelebaran 5 meter (16.5 kaki) serta berat yang dianggarkan lebih daripada 10 tan. Gerbang tersebut dihiasi dengan pelbagai ukiran. Tiada penjelasan tentang teknik-teknik yang digunakan dalam pembinaannya. Apakah jenis teknologi yang diaplikasikan pada struktur yang sebegitu menarik? Bagaimana batu seberat 10 tan diekstrak, dan dengan apakah ianya dibawa dari kuari batuan.Sekiranya anda mengambil kira keadaan geografi di kawasan Tiahuanaco, semua pencapaian mengandaikan bahagian yang lebih mengagumkan. Bandar itu terletak berkilometer jauhnya dari mana-mana kawasan petempatan biasa dan dibina pada dataran tinggi yang lebih kurang 4,000 meter (13,000 kaki), di mana tekanan atmosfera hanya separuh berbanding atmosfera di paras laut. Tahap oksigen yang berkurangan ini akan menyebabkan sebarang kerja memerlukan lebih banyak tenaga kerja.

Melihat kepada ini, saya rasa dengan menggunakan teknologi sekarang pun adalah lebih susah dari apa yang dijangkakan. Bagaimanakah mereka melakukannya? You think about it.

 petikan dari karya Harun Yahya: Zaman Batu Satu Pembohongan (klik untuk baca lebih lanjut)

p.s: cane la agaknye shopping complex kat tempat diowang nih

9 comments:

si para para said...

wah best blog ni..

tapi..err maaf tuan blog..saya first time datang sini...
berminat nak baca tapi tulisan tu macam menyakitkan mata..
ke mata saya ni dah berpinar sebab dari tadi ngadap leptop...
hehe

kalau tukar tulisan yang lagi clear lagi best baca...
maaf ye..saya tak ada hak nk tegur..harap tuan blog tak marah..

salam ukhwah :)

si para para said...

waktu dulu rasanya memang maju...
tengok piramid..sampai sekarang arkitek tak tahu macam mana diorang buat...

tapi secanggih mana pun, tak leh lawan kuasa pencipta..
kalau kita kufur, segala kemajuan dan tamadun tu akan hilang dalam satu malam je..

tengok sejarah lepas lepas..

Anikimaro said...

terime kasih kerana komen...saya amat menghargai komen2 yang membina macam ni...insyaallah saya akan membaik pulih blog yang xseberape ni dari semasa ke semase...teruskan memberi komen-komen mebina seperti ini...

♥ aiNa yaZiD ♥ said...

menarik.....^_^ keep it up dear!

Anikimaro said...

thanks...rjin2 la singgah

si para para said...

sama sama kita perbaiki... :)

Anikimaro said...

insyaallah

Anonymous said...

salam...

saya cuma mahu menegur saja...

better awak letak kan 'petikan dari karya Harun Yahya-Zaman Batu Satu Pembohongan' sebab awak mengambil ayat2 yg sama dari buku beliau. takut disalaherti yg awak yg buat research ni.

harap maaf dengan kata2 saya. Wallahualam.

Anikimaro said...

terima kasih kerana menegur...segala kesilapan akan terus diperbaiki... :D