nuffnang ads

Tuesday, January 25, 2011

Institusi Perubatan Mesir Purba Yang Sistematik


masyarakat Mesir pada 5,000 tahun dahulu mengalami perkembangan perubatan yang amat luas. Sebagai contoh:

1. Paderi Mesir yang terlibat dalam perubatan merawat banyak penyakit di kuil mereka. Seperi juga hari ini, ramai doktor Mesir yang mengkhusus dalam pelbagai cabang perubatan. Setiap doktor memberi perkhidmatan mengikut kepakaran masing-masing.

2. Para doktor di Mesir dikawalselia oleh Negara. Sekiranya pesakit gagal untuk sembuh atau meninggal dunia, kerajaan akan menyiasat puncanya dan menentukan sama ada cara rawatan yang digunakan oleh doktor bersesuaian dengan undang-undang. Jika didapati berlaku kesilapan semasa rawatan, doktor tersebut akan didenda mengikut rangka perundangan yang ditetapkan.

3. Setiap kuil memiliki makmal yang serba lengkap di mana ubatan disedia dan disimpan.

4. Kejayaan pertama dalam farmakologi, dan penggunaan balutan dan tekapan, bermula di zaman Mesir purba. Papirus Smith (yang sepenuhnya berkaitan dengan perubatan) menerangkan bagaimana jalur perekat linen – bahan yang sesuai untuk membuat balutan – digunakan untuk menutup luka.

5. Penemuan arkeologi telah mendedahkan satu gambar terperinci berkenaan amalan perubatan di Mesir. Tambahan pula, nama dan gelaran lebih daripada 100 orang doktor yang mengkhusus dalam bidang masing-masing telah ditemui.

6. Ukiran timbul pada dinding sebuah kuil di Kom Ombo menunjukkan ukiran sebuah kotak peralatan pembedahan. Kotak ini mengandungi kekacip logam, pisau bedah, gergaji, kuar, spatula, cangkuk kecil dan angkup.

7. Teknik-teknik yang digunakan adalah pelbagai. Bukaan dan retakan ditetapkan, splin digunakan dan luka ditutup dengan jahitan. Retakan yang berjaya sembuh selepas rawatan boleh dijumpai pada kebanyakan mumia.

8. Walaupun tiada kesan pembedahan ditemui pada kebanyakan mumia, terdapat 13 rujukan kepada jahitan pembedahan pada Papirus Smith. Ini membuktikan bahawa masyarakat Mesir purba mengurus luka pembedahan dengan baik dan menggunakan benang linen. Jarum dalam segala kemungkinan diperbuat daripada tembaga.

9. Doktor-doktor Mesir dapat membezakan antara luka yang tidak berkuman dan yang dijangkiti kuman. Mereka menggunakan campuran lemak kambing gurun, minyak fir dan kacang pis hancur untuk membersih luka yang dijangkiti.

10. Penisilin dan antibiotik hanya ditemui baru-baru ini. Walau bagaimanapun, masyarakat Mesir purba telah menggunakan versi organik pertama ubatan ini dan juga jenis-jenis antibiotik yang lain, serta menulis penerangan bersesuaian untuk pelbagai jenis penyakit.

p.s: institusi perubatan sekarang lagi hebat, tak payah gune doktor, ‘operate’ diri sendiri je kat tepi-tepi jalan dengan hanya menggunakan sebatang jarum.

No comments: