nuffnang ads

Wednesday, January 26, 2011

FAKTAB!!

kehidupan seharian kita sebenarnya memiliki banyak fakta-fakta yang menarik yang kita tidak ketahui selama ni. Jadi, untuk buka minda kita semua, saya akan terus menerus menyediakan info-info yang menarik untuk anda semua. Semoga diri anda diselubungi ‘FAKTAB’ :


· Meteorit yang jatuh di Hoba West, Afrika, pada tahun 1920 merupakan yang terbesar dan paling berat pernah gugur ke bumi. Ia berukuran 2.7 meter panjang dan 2.4 meter lebar dengan jumlah berat 60 tan.

· Motor elektrik terkecil di dunia berukuran 0.04sm iaitu lebih
kecil daripada kepala jarum peniti, dibina oleh William MCLellan
dari Amerika Syarikat. Ia mengandungi 13 bahagian dan pergerakan
motor itu hanya boleh dilihat menerusi mikroskop.

· Ukuran red kangaroo ketika dilahirkan ialah dua sentimeter, tetapi ia
membesar sehingga 2.6 meter panjang. Haiwan itu boleh melompat
sejauh lebih 12 meter dalam satu lompatan dan berupaya bergerak
dengan kelajuan 48 km sejam.

· Logam osmium adalah bahan yang paling tumpat di dunia iaitu
enam kali lebih tumpat daripada emas. Jongkong osmium setebal
saiz wang kertas seringgit adalah seberat 2.4 kilogram.

· Kereta api penumpang terpanjang di dunia berukuran 1,733
meter panjang dicatatkan di Belgium pada tahun 1991.
Ia mengandungi 70 buah gerabak, sebuah lokomotif elektrik
dan seberat 2,786 tan.

· Kelajuan maksimum 39,897km sejam yang dicapai
oleh Apollo 10 merupakan yang terpantas pernah
dicatat manusia. Kelajuan itu 15.4 kali ganda Tupolev
Tu-14, pesawat penumpang paling laju di dunia.

· Bom atom pertama dibina mengambil masa selama 3 tahun dengan
kos AS$3 bilion dan memerlukan saintis, jurutera dan tenaga
pekerja yang ramai.

· Upacara menyarung cincin berlian di majlis pertunangan telah
dimulakan pada tahun 1475 oleh Archduke Maximilian (Autria)
ke jari tunangnya Princess Mary (Burgundy). Ketika itu cincin
disarungkan ke jari hantu.

· Maharaja Morocco, Moulay Ismail (1672 - 1727) mempunyai
525 anak lelaki dan 342 anak perempuan yang dilahirkan
oleh 1,703 orang isterinya.

· 90 peratus pengeluaran beras dunia adalah dari benua
Asia dengan China sebagai pengeluar terbesar iaitu
177.7 juta tan metrik berbanding Malaysia 2.17 juta
tan metrik.


p.s: there's more to come to opened up our mind.

3 comments:

Abang Zam said...

waah..sangat membuka mata aku..nice info....

Langit Biru said...

Tq2 Anikimaro... sy share kt page, sy crdt kan oke~ :)

Anikimaro said...

ok... :D