nuffnang ads

Wednesday, January 26, 2011

MORE FAKTAB!!!

xnak cakap banyak...nahhh,amek ko!!



  • Masyarakat Cina memerlukan 600,000 peti limau mandarin
    untuk merayakan Tahun Baru Cina. Ini bermakna mereka
    membelanjakan RM12 juta untuk membeli limau sahaja.

  • Pulau Batu Hairan, 65 kilometer ke timur laut Kudat,
    Sabah merupakan pulau terbaru wujud di dunia. Pulau
    ini mempunyai keluasan 0.77 hektar dan 3.1 meter
    tinggi, ditemui pada 14 April 1988.
  • Papua New Guinea dianggarkan mempunyai 4 juta penduduk, menggunakan paling banyak bahasa di dunia iaitu 869 kesemuanya. Setiap bahasa digunakan oleh lebih 4,000 orang penduduk.

  • Penerbit komersil maklumat hak cipta, MicroPatent, Connecticut, Amerika Syarikat, memiliki koleksi 1,730 CD-ROM yang mengandungi hampir 20 juta halaman senarai pemilik hak cipta utiliti di seluruh Amerika Syarikat
    .
  • Ladang kupu-kupu Pulau Pinang yang ditubuhkan pada tahun 1986,
    mengandungi 4,000 ekor kupu-kupu Malaysia terdiri daripada lebih
    120 spesies.
  • Kesesakan lalu lintas paling buruk direkodkan pada 12 April 1990 apabila 1.5 juta kenderaan berbaris panjang menyeberang sempadan Jerman Timur dan Jerman Barat.

  • Hutan hujan tropika Malaysia berusia 130 juta tahun dan
    dipercayai sebagai hutan yang paling tua di dunia. Terdapat
    sehingga 180 jenis pokok dalam satu hektar hutan tersebut.

  • Gua Gomantung di Sabah merupakan tempat kediaman lebih sejuta burung layang-layang. Sarang burung itu dieksport ke Hong Kong dan Singapura dengan harga RM8,750 sekilogram untuk dijadikan sup.
  • Pelabuhan Barat di Pulau Indah berharga RM1.2 bilion mampu
    mengendalikan 12.1 juta tan kargo setahun. Jumlah sebanyak itu
    memerlukan masa 10 hingga 12 tahun jika dikendalikan oleh
    pelabuhan Pasir Gudang dan Pulau Pinang.
  • Sungai Rajang di Sarawak merupakan sungai yang terpanjang di Malaysia, berukuran 563 kilometer. Ukuran tersebut boleh menghubungkan Muar dengan Butterworth.

  • Menara Kuala Lumpur berharga RM250 juta. Ia berukuran
    421 meter tinggi, seberat 100,000 tan, menggunakan
    45,000 meter padu konkrit, 5,300 tan keluli tetuli tetulang
    dan 1,300 tan keluli struktur.

  • Kuil Batu Caves mengandungi sebanyak 364 mata tangga
    iaitu dari paras bawah hingga ke dalam gua. Jumlah itu
    akan menjadi sepanjang kira-kira 170 meter jika mata
    tangga itu diluruskan menjadi satu garisan.

No comments: