nuffnang ads

Wednesday, March 20, 2013

Mengapa Doktor Bedah Memakai Baju Berwarna Hijau?

"Sometimes the Questions are Complicated and the Answers are Simple" - Dr. Seuss



Biasanya kita tengok kat hospital dan dalam TV, doktor bedah mesti pakai baju warna hijau kan...agaknya kenapa warna hijau? Kenapa tak warna ungu ke? Putih-putih melati ke? Merah-merah delima ke? Hmm....cuba anda fikirkan kenapa? Pasti ada sebabnya yang tidak kita ketahui.


Ceritanya begini... JENG! JENG! JENG! Pada mulanya doktor bedah dikatakan memakai baju warna putih kerana ia warna yang melambangkan kebersihan. Bagaimanapun, seorang doktor bedah yang berpengaruh telah menggantikan warna putih dangan warna hijau kerana menurutnya warna hijau lebih sejuk..

Walaupun sukar dipastikan mengapa warna hijau paling sesuai bagi doktor bedah untuk melihat lebih baik di bilik pembedahan, secara umumnya kerana warna hijau adalah warna yang berlawanan dengan warna merah.



Dikatakan warna hijau dapat menyegarkan mata doktor bedah semasa melihat benda-benda yang berwarna merah, termasuklah organ-organ tubuh yang berlumuran darah ketika pembedahan dijalankan.

Melihat warna merah secara terus menerus menyebabkan signal warna merah di otak mengurangkan sensitiviti terhadap variasi warna merah.

Alasan lainnya pula adalah, terus-menerus fokus pada warna merah akan menyebabkan doktor bedah kurang memberikan tumpuan dan mengganggu pengelihatan doktor.

Jika warna baju-nbaju doktor bedah berwarna hijau, ilusi ini akan memudar dan tidak akan mengganggu pengelihatan doktor tersebut.

Jadi itulah sebabnya doktor bedah memakai baju berwarna hijau....ayuh ramai-ramai kita laungkan kata-kata doktor bedah di bawah ini.... GREEN IS GOOD!!! ahahaha... =P



P/S: Banyak persoalan yang boleh muncul pasni...kenapa pekerja Pizza Hut pakai baju warna merah? ahahaha...apa-apa pun Go Green!!


Sumber: ros

No comments: