nuffnang ads

Tuesday, March 19, 2013

Ayat Al-Quran Di Universiti Havard

Ungkapan Paling Hebat Bagi Keadilan Sejarah!!!


Latar Belakang...
Universiti Harvard adalah universiti swasta di Cambridge, Massachusetts, AS dan anggota Ivy LeagueUniversiti ini didirikan pada 8 September 1636 dan merupakan universiti tertua di Amerika Syarikat. Awalnya bernama New College, ia dinamakan semula menjadi Harvard College pada 13 Mac 1639 untuk menghormati penyumbang terbesarnya, John Harvard, seorang mahasiswa Universiti Cambridge.


                                                                  Tugu John Havard

Harvard adalah salah satu universiti paling berpengaruh di dunia dan mempunyai pendapatan terbesar di antara universiti-universiti di seluruh dunia (US$22.6 juta pada 2004), hampir dua kali ganda Universiti Yale, pesaing terdekatnya).
Penempatan universiti AS keluaran US News tahun 2005 menempatkan Harvard dan Princeton bersama-sama di urutan pertama. Harvard juga meraih urutan pertama pada tahun 2004, setelah lima tahun di tempat kedua dan ketiga. Times Higher Education Supplement World University Rankings juga menempatkan Harvard di urutan pertama.

Mottonya iaitu Veritas yang tertulis pada logonya bermaksud Kebenaran

Logo Universiti Havard



Ungkapan Paling Hebat...

Universiti Havard meletakkan ayat Al-Quran di pintu masuk ke fakulti undang-undangnya, menyifatkan ayat itu sebagai antara ungkapan paling hebat bagi keadilan dalam sejarah, lapor akhbar Arab Saudi baru-baru ini.

Ayat 135 Surah An-Nisa diletakkan pada dinding berdepan dengan pintu masuk utama fakulti itu, khusus untuk frasa terbaik mengenai keadilan.



"O ye who believe! stand out firmly for justice, as witnesses to Allah, even as against yourselves, or your parents, or your kin, and whether it be (against) rich or poor: for Allah can best protect both."

Maksudnya:
"Wahai orang-orang yang beriman! Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang sentiasa menegakkan keadilan, lagi menjadi saksi (yang menerangkan kebenaran) kerana Allah, sekalipun terhadap diri kamu sendiri, atau ibu-bapa dan kaum kerabat kamu. Kalaulah orang (yang didakwa) itu kaya atau miskin (maka janganlah kamu terhalang daripada menjadi saksi yang memperkata- kan kebenaran disebabkan kamu bertimbang rasa), kerana Allah lebih bertimbang rasa kepada keduanya."


Seorang penuntut Arab Saudi yang belajar di universiti berkenaan menyiarkan gambar poster itu dalam akaun Twitternya, menurut akhbar Ajel “Saya nampak ayat berkenaan diletakkan oleh fakulti undang-undang, yang menyifatkan ia sebagai ungkapan paling hebat bagi keadilan dalam sejarah,” kata Abdullah Jumma.

Selain dari itu, terdapat juga petikan ayat daripada tokoh falsafah seperti Thomas Aquinas, Augustine of Hippo, Magna Carta, Sir William Blackstone, Marian Wright Edelman dan lain-lain. 




P/S: orang kat Havard ni pun menghargai ayat suci Al-Quran, kita sebagai orang muslim macam mana?    
       Tepuk dada, tanya hati, tanya diri sendiri


Sumber: BH

No comments: