nuffnang ads

Friday, September 23, 2011

Akodessewa Market - Pasaraya Buat Pengamal Voodoo Di Togo

Kedai khas untuk pawang-pawang sekalian

Akodessewa market di Togo adalah salah satu kedai yang menyediakan keperluan bagi pengamal Voodoo yang terbesar di Afrika dan juga didunia. Pengamalan Voodoo ini telah bermula di Barat Afrika sebelum kebanyakan dari mereka telah dibawa ke Amerika untuk dijadikan sebagai hamba. Voodoo ini amat terkenal di Togo, Ghana dan Nigeria yang mana ramai dari mereka mempercayai bahawa segala kesakitan dan masalah boleh diselesaikan dengan menggunakkan bahagian-bahagian dari haiwan melalui pelbagai kaedah dan upacara pelik dikendalikan oleh pengamal voodoo. Dan untuk mendapat barangan keperluan untuk melakukan upacara tersebut ialah dengan berkunjung ke Akodessewa.

Walaupun dari jauh kedai ini kelihatan seperti kawasan biasa yang dihiasi dengan perabot yang diperbuat dari kayu, tetapi apabila mendekatinya anda akan melihat banyak tengkorak-tengkorak, kulit-kulit dan ekor-ekor haiwan-haiwan yang terpilih disitu. Apabila sampai disitu, anda akan dipelawa oleh penjaga kedai tersebut untuk diberikan layanan dan dijadikan sebagai petunjuk didalam kawasan itu. Penjual kedai itu telah mengumpul barangan-barangan yang diperlukan oleh pengamal voodoo dari setiap pelusuk di barat Afrika dan tidak kira apa masalah anda, mereka pasti mempunyai barangannya. Mereka juga mendakwa barangan disitu boleh menyembuhkan kesemua penyakit dan masalah didunia ini.

Jika anda tidak berminat dengan cara perubatannya sekalipun, tempat ini berbaloi untu dilawati sebagai tempat eksotik kerana terdapat barangan pelik dan juga terdapat berbagai tengkorak haiwan. Anda juga boleh mengetahui dengan lebih lanjut bagaimana cara penggunaan barangan disitu dan herba apa yang sesuai bagi setiap penyakit. Tetapi bagi umat islam, kesemua ini adalah jalan ikhtiar untuk mendapatkan penyelesaian kerana segala-galanya datang dari Allah.












Sumber: odditycentral