nuffnang ads

Saturday, August 6, 2011

Tikar Sejadah Diperbuat Dari Kertas & Dua Batang Pen Yang Paling COOL

Tahap tumpuan 200%!!


Seorang artis, Jonathan Brechinac telah menghasilkan sebuah tikar sejadah yang diperbuat dari kertas dan menghiasinya hanya dengan menggunakan dua batang pen berwarna hitam. Tikar itu yang direka bertepatan dengan saiz sebenar tikar sejadah dan beliau telah menyuntik inspirasi dari seni yang berbeza termasuk seni Perancis, seni tradisi Jepun, dan juga seni asli amerika dan mexico. Beliau juga memberi sentuhan elemen 'penyamaran' (camouflage) dan corak-corak haiwan didalam masterpiece beliau tersebut.

Ianya sememangnya hasil seni yang mengaggumkan, tetapi Jonathan menganggap beliau seperti bertarung dengan dirinya sendiri, kerana ia memerlukan tumpuan yang tinggi  bagi menghasilkan setiap inci corak yang ingin dihiasi di tikar tersebut . Beliau juga mengambil masa 15 bulan sebelum dapat menyiapkannya dan menganggap masa yang diambil beliau tidak seberapa jika dibandingkan dengan pereka muslim yang kadangkala mengambil masa seumur hidup untuk menghasilkan hanya sebuah tikar atau karpet yang hebat dan lagipun beliau hanya mengunakan dua batang pen! Apapun, ketekunan kamu sangat dikagumi.
















Sumber: Projektblog 

1 comment:

Gimi said...

ni klu pakai mau hitam tapak tangan dahi semua