Sebuah reaktor nuklear di Kalkar, Jerman yang telah dibina pada tahun 1972 adalah reaktor nuklear yang pertama disana. Ia telah menggunakan plutonium sebagai 'minyak' dan telah disejukkan oleh Sodium dan boleh mengeluarkan 372 megawatts tenaga dalam satu-satu masa. Ketika itu, ia masih teknologi yang amat baru, tetapi kerajaan Jerman ketika itu tetap menggunakannya bagi menampung kekurangan tenaga.
Tetapi pembinaan telah tertangguh kerana kerajaan ketika itu amat menitikberatkan keselamatan tenaga nuklear dan setelah kemalangan reaktor nuklear di Pulau Three Miles pada tahun 1979, kritikan dan bantahan rakyat terhadap pembinaan itu semakin meningkat. Walaupun begitu, pembinaan diteruskan dan siap pada tahun 1985. Tetapi malangnya, ia hanya sempat beroperasi selama setahun sebelum ditutup kerana bimbang berlaku kejadian yang sama seperti letupan reaktor nuklear di Chernobyl, Ukraine yang terjadi pada tahun yang sama.
Ketika itu sahaja, kerajaan jerman telah menghabiskan sebanyak 7 bilion Deutsche Mark (lebih kurang 3.5 bilion euro atau lebih 4 bilion USD) terhadap reaktor tersebut dan seterusnya menjadikan reaktor itu sebagai benda yang tidak berguna yang paling berharga didunia.
Pada tahun 1991, tanah tersebut telah dijual kepada pemaju dengan keadaan reaktor tidak terusik seterusnya pemaju tersebut mendirikan satu kawasan taman tema yang dinamakan "Kernies Wunderland." dan akhirnya ditukarkan kepada "Wunderland Kalkar."
Terdapat 40 lebih permainan yang menarik yang terdapat disitu antaranya rollercoaster, merry go around, ferris wheel dan macam-macam lagi. "Wunderland Kalkar" telah menerima 600,000 pengunjung setiap tahun dan telah mengambil sehingga 550 pekerja pada musim percutian. Kalau anda berminat untuk berkunjung kesini, bolehla melawat laman web wunderlandkalkar ..Enjoy!!
Sumber: wunderlandkalkar, amusingplanet & google
1 comment:
fuyohh pandai dowg ubah jd teman tema..
mmg mantappp!!:D
Post a Comment