nuffnang ads

Tuesday, August 9, 2011

Teori Konspirasi Lagu Friday Oleh Rebecca Black

When you see it, you'll be like......


Kamu semua kutuk-kutuk, gelakkan minah ni, tapi kamu tahu tak, lagu ini mungkin dicipta atas sebab-sebab tertentu dan bukannya dicipta untuk suka-suka. Kenapa aku cakap macam tu? ok, cuba kamu semua lihat, semua orang yang mendengar dan melihat video klip friday ni, kebanyakannya menyumpah dan memaki-maki dan tak kurang juga yang tergelak sakan akibat dari menonton video klip ini. Adakah ianya secara kebetulan? Kerana tidak kesemua pihak producer yang waras,  berani untuk menerbitkan lagu ini jika mereka melihat klip video ini. Tetapi mengapa masih ada yang berani untuk menerbitkannya? Mungkin kerana bagi mereka kebencian itu menguntungkan kerana semua akan menyaksikannya hanya untuk mengutuk dan seterusnya menjadi fenomena sedunia. mana tahu?

Adakah anda semua mengetahui tentang pembunuhan John F. Kennedy? Ya, peristiwa pembunuhan seorang presiden US suatu ketika dahulu. Tahukah anda, ketika ini, ada tangan-tangan yang melihat lagu friday dari sudut yang berbeza telah mengemukakan suatu teori konspirasi terhadap lagu ini yang mana ianya berkaitan dengan pembunuhan JFK! Bagaimana perkara ini boleh timbul sedangkan ianya jauh berbeza dan tidak ada kena mengena langsung? 

Tunggu dulu, adakah anda pasti yang video ini tidak ada kena mengena langsung? persoalan ni akan terjawab di gambar dibawah. Tetapi, jika ingin lihat kepada realiti dan kebetulan atau possibility terhadap teori itu, sememangnya tidak dinafikan ianya memang ada. Contohnya seperti video klip dan seni lagu itu sendiri. satu je persoalan disini, mengapakah lagu tersebut dicipta hodoh dan jijik sebegitu rupa? Walaupunbegitu, lagu tersebut tetap famous, famous dengan kutukan dan gelak tawa. Jika teori ini betul, maka kita semua mengutuk dan mengelakkan ke atas kematian JFK tersebut. Betul atau tidak teori ini, kamu semua yang tentukan. Jadi sediakan minda anda untuk sesuatu yang agak creepy dibawah. Enjoy! 

Jika melihat digambar ini, ape kejadahnya beliau tersengih seperti kerang basi apabila video beliau dilabel 'worst video in the world'. Adakah ini suatu petanda?





p.s: Maybe its true or maybe you're just paranoid.

Sumber: chriszim

No comments: