nuffnang ads

Thursday, August 25, 2011

Sekeping Poskad Dari Seorang Askar WW1 Akhirnya Sampai Setelah 94 Tahun Terlewat

sad story behind this postcard

Sekeping poskad perang dunia pertama akhirnya telah sampai ke alamat yang ditulis setelah terlewat selama 94 tahun selepas ia diposkan. Seorang askar, Alfred Arthur, 19, berniat untuk menghantar poskad ini kepada adik perempuannya, Ellen, dan nama manjanya sebagai Nell, pada januari 1916 ketika perang dunia pertama sedang meletus. Akhirnya, Arthur, si penulis, telah terbunuh sebelum sempat sampai kepada adiknya di dalam peperangan tersebut ketika terlibat dalam pertempuran di Barat Perancis pada 1918. Beliau yang meninggal setelah bertarung dengan kecederaan parah selama 4 hari. Malangnya, adiknya juga telah meninggal dunia didalam kesengsaraan setelah kematian abangnya pada tahun 1964 tanpa sempat mengetahui bahawa abangnya ada memberi poskad kepadanya.


Akhirnya, poskad ini telah sampai ke tangan Lauren Bleach dan pasangannya Jill Liversidge setelah hampir 10 dekad tertangguh. Lauren Bleach berkata ketika beliau membacanya beliau telah bersedih dan beremosi kerana poskad tersebut datang dari seorang askar muda yang berada di kem latihan dan sedang berharap untuk keluar bersama adiknya. 

Kandungan poskad tersebut :  "Dear Nell, Just a postcard to let you know i have not forgotten you. On other side you will see our orders for next week. i will need your pity. Drop me a line, your brother, Alfred."




 Poskad yang bertarikh 1916 itu mempunyai gambar kartun seorang askar yang baru direkrut dihadapannya. Kata Bleach, beliau merasa ingin tahu akan siapa penulis asal poskad tersebut dan melakukan sedikit kajian terhadap poskad tersebut dan akhirnya mereka mengetahui bahawa kisah disebalik poskad itu agak menyedihkan. Poskad ini sungguh lewat sehinggakan aku pun post lewat tentang ni. haha.






Sumber: interesting-amazing-facts via dailymail

No comments: