nuffnang ads

Monday, August 15, 2011

Glass Beach - Pantai Unik Hasil Tangan Kejam Manusia

This is amazing!!

Glass Beach (Pantai Kaca) adalah sebuah pantai unik dan pelik yang berada di Fott Bragg, California. Mengapakah dikatakan ia unik dan pelik? Pada pandangan pertama melihat pantai ini, pasti tiada banyak bezanya dengan pantai-pantai lain, tetapi jika kita mengambil segenggam dari pasirnya, anda akan melihat butiran-butiran kaca yang cantik ditapak tangan anda. Ya, sememangnya dipantai tersebut, pasir-pasirnya kebanyakannya adalah kaca dan sebab itulah dikatakan ianya unik.

Pada asalnya pantai ini adalah sama seperti pantai-pantai yang lain, tetapi pada awal tahun 1949, kawasan pantai itu dijadikan tempat untuk melupuskan sampah secara terbuka. Sejak dari itu, penduduk disitu dengan sesuka hatinya membuang sampah dipinggiran pantai tersebut. Mereka membuang segala jenis sampah-sampah ke situ termasuklah bertan-tan kaca, barangan rumah, dan juga kereta!

Keadaan pada masa itu sangat menyedihkan sehinggalah pada tahun 60-an, terdapat beberapa percubaan untuk mengawal pembuangan sampah secara berleluasa dan bagi pembuangan sisa tosik, dilarang sama sekali. Akhirnya pada tahun 1967, Kerajaan pada ketika itu menyedari bahawa pembuangan sampah tersebut adalah kesilapan besar dan seterusnya melarang pembuangan sampah ke situ dan juga menutup tempat itu serta merta.




Sekarang, setelah 30 tahun terbiar, alam semula jadi telah mengubah semula keadaan pantai itu. Bertahun-tahun ombak yang memukul telah menghakis sampah-sampah yang terdapat disitu dan telah merubah kaca-kaca menjadi kecil, lembut dan berwarna yang meliputi pantai itu ketika ini. Walaupun begitu masih terdapat kesan-kesan sampah yang masih tidak terhakis contohnya spark plug yang terdapat disekitarnya tetapi anda boleh lihat jutaan kaca kecil yang berwarna-warni melitupi seluruh pantai tersebut. Pantai ini unik bukanlah ianya hasil buatan manusia, tetapi ianya unik kerana alam semula jadi yang merubah kesilapan manusia sebagaimana ombak yang memukul tebing pantai itu selama bertahun lamanya telah menghakis sampah dan seterusnya menjadikan ia 'hidup' kembali.



Pada tahun 2002, California State Park System telah membeli 38 ekar tapak pantai kaca tersebut dan menyerahkan tugas pembersihan semula kepada Mackerricher State Park. Kawasan ini kerap dilawati oleh pengunjung walaupun ia masih belum dibuka secara rasmi. Tetapi apa yang pasti, para pengunjung pasti merasa kagum akan pantai tersebut dan membawa pulang kaca-kaca yang unik.







Sumber: fortbragg via amusingplanet

3 comments:

Unknown said...

seriously mmg cntik..:)

Anonymous said...

Cam batu lah pulak

Anonymous said...

kaca kan asal kejadian die drp pasir jugak...tp mmg cantik..